Ai 32

292 15 4
                                    







Aku dibawa ke satu ruang di tingkat yang sama. Dari kejauhan aku nampak lift. Dindingnya dari kaca lut sinar. Kami menghampiri lift lalu menaikinya. Aku nampak Leo menekan butang yang berhuruf H. Aku jadi berdebar-debar.

"Leo," panggil salah seorang dari mereka.

Aku nampak mereka saling membuat isyarat. Seakan yang lain tidak membenarkan Leo membawa aku ke tempat yang bakal aku lihat.

"Kalau aku tak diundang, tak apa. Bawa aku ke tempat lain," kataku.

"Cik sentiasa diundang di sini," kata Leo sambil tersenyum padaku lalu dia menjeling yang lain.

Aku hanya mendiamkan diri dan mengikut sahaja mereka. Aku tak tahu macam mana aku boleh percaya pada mereka sedangkan aku tak pernah kenal mereka pun. Hati aku cuma kuat mengatakan kalau mereka ini budak-budak Haries, maka aku kena percaya pada mereka.

"Thinkk!!" bunyi lift.

Pintu lift terbuka. Mataku bersinar. Dinding tingkat ini bewarna gold. Lantainya bekarpetkan karpet merah. Dinding pula terhias dengan bingkai-bingkai kosong dan lampu-lampu yang bercorak bunga tulip yang baru hendak kembang. Mewah! Luasnya koridor ni! Kalau aku main lari-lari mesti semput.

Aku meneroka sendiri bilik ini tanpa arahan dari Leo. Aku berjalan-jalan sambil memandang kiri dan kanan. Menilik setiap fabric, reka bentuk dan butir-butir belian. Aku tertonjet sedikit menilik lampu dinding. Mentolnya dari belian. Hhhmm.. Kayanya!!! Aku perasan sesuatu, kalau mansion yang berbentuk U dekat depan tadi, kebanyakkan barang dari emas tapi kalau tempat ni kebanyakkannya dari belian. Aku nampak ada dua pintu besar, kiri dan kanan. Aku memilih untuk masuk pintu kanan dahulu.

Mereka yang lain hanya mengikut jejak langkah aku. Aku masuk ke dalam ruang yang luas ini.

"Wow! Besarnya tempat ni!" kataku.

Ada tiga tingkap besar  yang memenuhi dinding dan lutsinar. Menampakkan aku pokok-pokok yang berada di luar sana sedang melambai-lambai ditiup angin. Manakala dinding pula dipenuhi dengan cermin. Di tengah-tengah ruang ini terdapat sebuah piano bewarna putih. aku menghampiri piano tersebut. Aku duduk di kerusinya. Aku menoleh ke mereka. Mereka hanya berdiri dan memerhatikan aku dari pintu luar. Mataku alihkan ke piano semula. Aku bangun dari duduk dan aku mendekati tingkap. Tingkap ni tingginya dari syiling hingga ke lantai. Aku menjengah ke bawah dan kemudian aku terundur ke belakang. Aku gayat!

Aku berjalan menghampiri dinding yang dipenuhi cermin. Aku memandang diri aku. Serabut! Mataku sembap. Aku tak terurus. Aku membawa langkah ke luar.

"Kenapa tak masuk sekali?" tanyaku pada Leo.

"Ni kawasan  larangan bagi kami. Kami melangkah ke sini pun dah kira satu kesalahan besar," kata Leo.

Aku tak faham namun aku biarkan sahaja persoalan tersebut. Aku melangkah ke satu lagi pintu yang besar dan bertentangan dengan bilik ini. Agak janggal kerana pintu besar di depanku ini berwarna biru. Pintu bilik yang ada piano ini bewarna coklat, sepadan dengan dinding yang berwarna gold.

For some reason, aku jadi berdebar-debar. Tanganku sejuk memegang tempat membuka pintu yang besar dan panjang ke atas ini. Aku menolak pintu tersebut dengan mata yang terpejam.

"Dump!!!!" jantung aku berdetak!

Aku buka sahaja pintu, terus satu muzik dimainkan. Muziknya sangat sedih. Ia macam diset secara automatic. Kalau pintu dibuka, muzik ini akan dimainkan.

LauraWhere stories live. Discover now