Aku dan Tuan Ghaffar duduk di kerusi seakan kerusi di istana. Bumbung zink memayungi kami daripada terkena hujan. Di hadapan aku seakan satu pandang lumpur. Tangan aku masih lagi diikat dan mulutku disaletip. Dari kejauhan, aku nampak Haries dan yang lain datang dalam kebasahan hujan. Wajah Haries nampak marah.
"Hahahahaha! Haries, anak ayahan..."
"Pulangkan balik Laura. Dia tak ada urusan pun dengan ayahanda," Haries bersuara keras.
"Ayahanda cuma nak berlaku adil. Haries ambil bonda, ayahanda ambil Laura," Tuan Ghaffar bangun.
Aku nampak Haries mengepal penumbuk. Kenapa dia tak jelaskan kebenarannya? Kenapa dia tak back up diri?!
"Kalau ayahanda nak penganti. Ambillah Haries, lepaskan Laura," kata Haries.
Tuan Ghaffar tergelak. Dia menunduk sedikit dan mendekatkan bibirnya di sebelah telingaku.
"Ayahanda dah cakap, dia cuma fikir kepentingan orang lain," dia berkata sinis.
"Erm!!!" jeritku.
"Come here. Haries only," kata Tuan Ghaffar apabila yang lain juga ingin ikut melangkah bersama Haries.
Haries melangkah ke hadapan. Dia berdiri di kelilingi lumpur.
"No!!" kata budak-budak Haries serentak.
Mereka berlari mendapatkan Haries dan mengheretnya keluar dari gelanggang yang dipenuhi lumpur. Haries meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi mereka tidak mahu melepaskan dia. Aku tak faham dengan apa yang terjadi.
"Lepas! Kau orang jangan jadi bodoh! Kau orang tahukan macam-macam boleh jadi dekat Laura kalau aku tak buat apa yang ayahanda suruh. Kau orang tak sayang dekat Laura ke?" kata Haries.
"Sayang," jawab mereka serentak sambil menunduk.
"Jadi, kau orang duduk sini diam-diam," arah Haries.
Walaupun kami jauh. Walaupun bunyi hujan mendengungkan namun aku tetap dapat mendengarnya. Air mataku menitis.
"Cepat Haries," desak Tuan Ghaffar.
Haries kembali datang.
"Knee!" arahnya lagi.
Haries hanya patuh.
"Ambil cemeti!" kata Tuan Ghaffar sambil menghulurkan tangannya.
Aku nampak Haries menanggalkan bajunya. Dia kini topless.
"Erm!!!!!!" jeritku dengan mulut tertutup.
Aku kini faham apa yang Tuan Ghaffar ingin lakukan. Hujan makin lebat. Langit makin gelap. Angin makin kuat.
"Argh!!" jerit Haries apabila belakangnya dilibas dengan cemeti oleh Tuan Ghaffar.
Berkali-kali Tuan Ghaffar melibasnya namun Haries hanya berdiam diri. Aku tak mampu bertahan dengan keadaan ini. Aku menarik saletip yang menutup mulutku.
"Tuan Ghaffar!!! Stop it!!!" jeritku namun dia tidak mengendahkannya.
Haries yang tadi melutut kini tertiarap. Aku nampak dengan jelas belakang badan Haries yang berbirat dan berdarah.
"Don't .. Come!" regus Haries apabila dia nampak aku ingin melangkah ke arahnya.
Aku tergamam. Dia... Dia terlalu sayangkan aku dan dia terlalu hormatkan ayahanda dia.
"Jangan Tuan Ghaffar! Jangan!" air mataku mengalir.
Tuan Ghaffar melibas cemeti di belakang tubuh anaknya. Aku tak mampu bertahan dengan situasi ni lagi. Aku terus merempuh Tuan Ghaffar dan aku melutut di hadapan Haries. Aku tak mampu memeluknya. Aku tak mampu mendepakan tangan kerana tangan aku terikat tapi cukuplah aku menadah tubuhku bagi Haries tidak terseksa terkena libasan cemeti lagi.
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...