Laura's POV
"Laura!" panggil seseorang.
Bahu aku terhincut kerana terkejut. Alamak! Kantoi.
"Eh? Ha.. Hai! Apa khabar?" kataku gugup.
"Kau buat apa dekat masion aku ni?" tanya Haries.
"Amboi, sombongnya. Dah tak boleh datang ke?" kataku.
"Bukan tak boleh...." dia memandang bawah sambil menggosok belakang lehernya.
"Cik Laura," tegur seseorang.
Naim! Penyelamat! Aku buat isyarat supaya selamatkan keadaan aku.
"Hai Naim!" kataku.
"Datang pun, lama kami tunggu," kata Naim.
Padahal dia tahu yang aku datang sini sebab nak kemas tingkat yang..
"Penuh warna nafsu."
Bukanlah! Bilik tu just warna merah dan kelabu!
"Kami tunggu?" tanya yang lain tak faham.
"Eh, kitakan yang jemput Cik Laura. Nak ajak dinner sama-sama," Naim membuat muka pada mereka.
"Ouh! Malam ni eh. Lupa pula," kata Fajar.
"Kenapa aku tak tahu" kata Haries.
"Kita orang dah cakap tapi senpai tak dengar," tipu mereka.
"Habis tu, kau orang dah masak belum?" tanya Haries.
Masing-masing memandang sesama sendiri.
"Cik Laura jalan-jalanlah dulu dengan senpai dekat sini. Kita orang nak masak," kata Naim.
"Tak akan semua nak masak?" kataku.
"Lagi ramai, lagi cepat siap," kata Acul.
Mereka menolak-nolak aku supaya mendekati Haries.
"Woi! Woi!" aku membatukan diri.
"Laura," panggil Haries.
"Ha? Apa? Apa?" aku kelam kabut.
"Jom," katanya sepatah.
Pipi aku memerah.
______________________________
"Tak sangka kita jumpa lagi," kata Haries tiba-tiba.
Kami sedang berjalan di sekitar air pancut yang berada di antara mansion Haries dan ayahanda.
"Ha? A.ah.. Tak sangka," kataku.
Aku memandang Haries. Ada senyuman di bibirnya. Untuk seketika, aku berasa tenang.
"Esok kau dah tunang," dia masih tersenyum tapi seri senyumannya telah mati.
"Hemm!" aku mengangguk.
Senyap seketika.
"Haries," panggilku.
Kami sedang duduk di bangku panjang. Kaki aku terhayun-hayun.
"Hmm?" dia menoleh sambil tersenyum.
"Kau happy?" tanyaku sambil memandangnya.
Pandangan kami bersatu. Masa seakan terhenti. Angin malam seakan lambat bertiup. Bulan kian kelam. Aku tahu, dua perkataan ini berjaya merosakkan keadaan.
"Kau happy?" tanya dia semula sambil tersenyum.
Aku terjerat dengan soalan sendiri.
"Mestilah aku happy, esok aku nak tunang," kataku sambil memandangnya.
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...