Ai 26

280 14 0
                                    




                  

"Arghh!! Sakit!" jerit seseorang dalam kesakitan.

Aku pantas menoleh ke arah bunyi tersebut. Aku dapati ia datang dari belakang semak samun. Perlahan-lahan aku bangun dari dudukku. Aku menyelinap masuk ke semak samun. Kayu-kayu kering yang kecil telah menghalang aku untuk berjalan namun aku tempuhinya juga. Perlahan-lahan aku nampak apa yang terjadi.

Aku terundur ke belakang. Macam.. Macam mana dia ada dekat sini? Dia cari aku ke? Dia nak bunuh aku ke? Sebulan selepas pertemuan pertama kami aku ingatkan itulah juga bakal menjadi pertemuan terakhir.

"Senpai!! Kenapa ni senpai! Tolong senpai! Jangan macam ni!" kata anak buahnya.

Lima orang lelaki memegang dia. Senpai memakai sweater hitam dan hood menutup kepalanya. Mask hitam bercorak tengkorak warna putih masih setia dipakainya. Aku teringin nak tahu macam mana rupa asalnya.

"Tenang senpai?!" mereka semua menjadi kucar kacir kerana ketua mereka mengamuk.

Aku nampak senpai kembali tenang. Dia memandang anak buahnya. Di sebalik topengnya, aku nampak bibirnya sedang bergerak-gerak berkata sesuatu. Aku mendekatkan lagi jarakku dengan mereka bagi mendengar apa yang diperkatakan oleh senpai.

Aku menarik gaun pendekku kerana tersangkut dengan akar pokok. Jarak aku dengan mereka masih dikira jauh. Aku cuba mendekati mereka lagi tetapi bajuku tersangkut dengan akar pokok. Aku menarik-narik bajuku namun sukar. Urgh!! Masa-masa macam nilah dia nak buat hal. Oleh kerana terlampau geram, aku terus merentap bajuku.

"Argh!!" jeritku kerana terjatuh ke luar dari tempat persembunyianku.

Darahku terus berderau. Such a stupid girl!!!!

"Tunduk hormat!!" kata salah seorang dari mereka.

Semua orang terus menunduk pada aku yang sedang terduduk. Aku memandang senpai. Dia memandang aku sambil tangannya berada di dalam kocek seluar. Dia menghampiriku. Aku yang terduduk pantas mengesot ke belakang. Dia mencapai pergelangan kakiku. Aku menendang-nendang kakiku supaya dilepaskannya. Gaun pendek ini menyukarkan pergerakkan aku. Senpai memegang hujung gaunku.

"Gulp!" aku menelan air liur.

Apa yang dia nak buat ni?! Cukuplah Haries seorang je yang buat perkara gila hari ni.

"Apa kau nak buat ni?!" aku memegang kain gaunku.

Senpai memandang anak buahnya, pantas mereka membelakangkan kami. Senpai menyingkap sedikit gaunku. Menyerlahkan pehaku yang putih. Eh! Aku baru perasan, pehaku calar dan berdarah. Mesti sebab ranting pokok yang durjana tadi! Senpai mengeluarkan sapu tangannya. Dia menutup kawasan yang berdarah. Aku hanya memerhatikan dia.

Dirinya yang seakan-akan Haries membuatkan aku rindu pada lelaki itu. Tangan senpai yang tiba-tiba menyentuh tanganku, membuatkan aku tersedar ke alam nyata. Dia menarik tangan aku lalu dia mencium belakang tapak tanganku. Wajahku memanas! Dia membawa tangan aku ke sapu tangan yang berada di pehaku. Aku menekan sapu tangan bagi menghalang darah keluar. Senpai bangun lalu berpaling dari aku. Dia ingin melangkah pergi.

"Why? Kau jahat tapi kau tak bunuh aku!" kataku.

Senpai melangkah pergi meninggalkan aku. Anak buahnya mengikuti langkahnya. Tiba-tiba, salah seorang dari mereka berpaling dan berkata..

"Lelaki jahat hanya kecundang dengan wanita yang dia cintai."

Aku terkedu. Terasa kepalaku berat dengan beban. Apa yang dah jadi ni?!

______________________________

Aku masuk ke bilik hotel. Aku melangkah ke katil. Tubuhku hempaskan ke katil. Aku meletakkan lengan ke atas dahi. Tanganku yang sebelah lagi menyeluk ke bawah bantal. Mengambil handphone.

LauraWhere stories live. Discover now