50 years laterLaura's POV
Leyra menepuk tangan.
"Jadi macam tu ke nenek kahwin dengan atok? Sweetnya nenek dengan atok ni," kata cucuku, Leyra.
"Hebatkan, kisah nenek dengan atok?" tanya anakku pada Leyra.
"Hebat! Leyra nak jadi macam nenek," kata Leyra.
Aku tersenyum. Dulu aku lincah dan kuat. Kini, aku telah berkerusi roda.
"Lepas mama dengar cerita nenek dulu, mama terus berazam. Kalau mama ada anak perempuan, mama nak namakan Leyra. Sebab dah nak dekat dengan nama nenek," kata anakku.
Aku memandang mansion yang kini telah menjadi museum. Gambar-gambar aku masih lagi terlekat pada dinding dan siling. Sewaktu ketika dahulu, semasa mansion sah dijadikan museum. Aku telah dinobatkan sebagai wanita tercantik.
"Nenek, tempat ni kiranya rumah neneklah. Harta nenek dan atok. Kenapa nak jadikan museum?" tanya Leyra.
"Nenek nak hidup bersederhana dengan atok. Nenek nakkan sebuah keluarga," kataku.
"Himitsu? Macam mana dengan dia orang?" tanya Leyra.
"Mereka setuju. Mereka kata, mereka pun nak merasa mencintai dan dicintai. Semenjak itu, Himitsu bubar. Tapi mereka selalu lawat nenek," aku tergelak kecil kerana teringat sesuatu. "Ada sekali tu, nenek terlukakan jari. Biasalah baru belajar masak. Himitsu terus datang. Segala benda penting semua ditinggalkan sebab nak tengok nenek," aku rindu saat-saat itu.
"Sedihnya nenek. Mesti nenek rindu dia orang," kata Leyra.
Aku sekadar tersenyum.
"Nenek, nikan tempat yakuza. Macam mana boleh jadi museum? Tak kecoh ke masa tu?" tanya Leyra.
"Nenek ingat lagi, masa tu memang huru hara. Sebulan sebelum nenek berkahwin dengan atok, nenek senyap-senyap menulis kisah kami. Macam mana nenek boleh terlibat dengan Shirotani, kegiatan kami dan sehinggalah nenek jadi sebahagian dari Himitsu. Nenek tulis dengan terperinci. Asalnya, karya nenek tidak diterima sebab terlalu kebudakan dan tak logic. Mana mungkin, yakuza jatuh ke tangan seorang wanita. Tapi, itulah yang terjadi.
"Nenek tak mengharapkan apa-apa. Bagi nenek, sekurangnya kisah kami tak mati bersama kami. Tak apalah, biarlah karya tu jadi sebuah sejarah yang tidak dijulang. Kemudian, majlis kahwin kami pun berlangsung. Seminggu lepas tu, masuk paper. Gambar buku nenek dan gambar persandingan kami. Nenek ingat lagi tajuk besar muka hadapan surat khabar tu. 'Bunuh Lari Cinta'."
"Bunuh Lari Cinta? Maksudnya?" tanya Leyra.
"Bunuh Lari Cinta. Itu tajuk buku nenek. Semasa nenek kerja dengan Shirotani. Nenek terpaksa pilih antara dua. Bunuh dan selamat atau melarikan diri sebagai terbunuh yang bermaruah," terangku.
"Jahatnya Shirotani. Tetap nak nenek membunuh. Then, kalau nenek larikan diri, nenek pula terbunuh. Nasib baik nenek licik," kata Leyra.
"Antara bunuh lari cinta. Nenek pilih ketiga-tiganya," kataku.
Leyra berwajah pelik.
"Macam mana tu nenek?" tanya dia.
"Nenek bunuh Shirotani dan kuncu-kuncu dia. Nenek lari ke Himitsu. Dan nenek cintakan lelaki bernama Haries," aku memandang mansion yang penuh dengan kenangan.
Leyra menangis.
"Kesiannya nenek. Leyra tak mampu jadi sekuat dan setabah nenek. Lepas tu nenek. Apa jadi?" dia masih ingin tahu perkara selanjutnya.
"Kami tukar identity. Mansion kami tinggalkan. Buku nenek laris. Masa mansion ni kena serbu, kami dah larikan diri. Pihak polis siasat setiap pelusuk mansion ni. Harta Himitsu yang Shirotani rampas pun dah berada dalam kawalan pihak polis. Rumah yang selama ni nenek ingat milik Shirotani rupanya milik atok. Dekat rumah tu penuh dengan logo SM. Nenek ingatkan Shirotani dan Mizutani. Rupanya SM tu untuk Smith. Haries Erwin bin Ghaffar Smith.
"Satu hari tu, pihak polis semua setuju nak rampas mansion ni. Dia orang nak robohkan. Nenek sedih sangat. Dalam buku nenek, nenek ada kata. 'Kisah ini akan terkubur bersama kematian kami. Jadi, yang tinggal biarlah terus kekal sebagai tugu kisah cintaku dalam dunia yakuza'. Peminat buku nenek buat rusuhan. Semenjak itu, mansion ni tak di robohkan. Setelah capai kata sepakat, mansion ni dijadikan museum.
"Ada kala, nenek dan atok mencuri masuk mansion ni. Mansion kami. Waktu tu merupakan zaman kegemilangan nenek. Himitsu diterima dunia luar. Nenek dinobatkan sebagai wanita paling cantik. Kami hidup bahagia dan sederhana. Buku nenek laris dari semasa ke semasa," aku memejamkan mata.
"Dahlah Leyra, nenek dah penat tu," kata anakku.
"Mama. Mama pernah tak benci nenek dan atok? Lepas mama tahu dia orang pernah membunuh?" tanya Leyra.
Aku tertarik dengan soalan dia.
"Mama tak pernah benci nenek. Mama rasa tu keputusan yang memang betul," kata anakku.
"Leyra pun! Kalau Leyra hidup zaman nenek, Leyra akan tolong nenek. Leyra akan jadi tulang belakang nenek," katanya.
Aku tergelak. Terasa seseorang mencium kepalaku. Aku menoleh Haries yang sedang tersenyum.
"Galaknya bercerita," tegur Haries.
"Abang, jom kita jalan dekat luar," kataku.
Haries menolak kerusi rodaku.
"Sayang tengok tu. Dah 50 tahun berlalu tapi ada lagi yang pegang 'Bunuh Lari Cinta'. Hebat sangat ke kisah kita?" tanya Haries.
Aku tergelak.
"Mungkin cinta abang terlalu sempurna sampai dia orang pun rasa juga," kataku.
"Dah 50 tahun dah, sayang," kata Haries.
"Dah tua kita ni," kataku.
Haries tergelak.
"Terima kasih sebab tunaikan kata-kata sayang. Terima kasih sebab terima abang sampai abang dah tua sekarang," katanya.
"Terima kasih juga, abang. Terima kasih sebab masih cintakan Laura yang sama," kataku.
"Terima kasih kerana dah jadi Laura untuk abang," dia tersenyum padaku.
Terima kasih Tuhan, kerana dah jadikan aku seorang Laura.
"Atok! Nenek! Dah! Dahlah tu! Bersemut tempat ni nanti," laung Leyra dari jauh.
Kami tergelak bersama. Kami bahagia bersama. Kami juga bersepakat, biarlah perpisahan seterusnya diaturkan oleh maut.
Aku, Laura. Kisahku merupakan dongeng rakyat bagi masyarakat kini. Logik? Biarlah mereka yang menentukannya sendiri. Bagiku, ini adalah kisah aku dan kebenaran itu hanya aku sahaja yang tahu. Aku tak minta dunia untuk menyangjungku. Cukuplah jika mereka tahu, ada seorang Laura yang ingin menyampaikan sesuatu.
Permulaan hidupku tak ubah bagai tersungkur di dalam lumpur. Melewati hari-hari yang mendatang dengan langkah yang berat, kotor dan hina. Terperangkap dalam dunia yang indah sebagai seorang pendosa. Aku ingin menjerit dan berteriak.
'Dunia! Aku layak dimaafkan'
Untuk dosa yang aku tak pernah lakukan.
Makin lama, langkahku makin ringan lalu aku bisa menari. Menari bagai esok tiada lagi. Kemudian aku tersedar, aku menari sendirian dalam kesunyian. Tak ubah seperti primadona yang hilang populariti. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku penat menari sendirian.
Bagai jarum yang menikam, halus tapi berbisa. Aku bangkit sebagai srikandi yang terpalit noda, lalu menarik prajurit dari terus jatuh ke lembah hina. Kini, usahaku berjaya. Malah, aku, Laura, adalah tugu sebuah cerita.
Aku tahu, kebenaran ini akan mati di waktu terkuburnya kami. Lalu aku harap, semoga Laura terus hidup dihati semua orang.
Dan itulah kisahku sebagai seorang Laura.
----Tamat----
YOU ARE READING
Laura
Action'Dalam cinta, membunuh atau melarikan diri, bukan pilihan.' Satu kemalangan telah menjebak Laura ke kancah yakuza tanpa keinginannya. Laura telah dilatih untuk menjadi senjata hidup oleh Tuan Shirotani. Syarat untuk Laura keluar dari kumpulan...