Ai 16

297 14 0
                                    




                  

"Kenapa pulak ni?" aku mengerutkan dahi.

Aku lalu depan kaunter yang ada dekat luar ruang katil pesakit, then nurse yang halau aku and papa keluar tadi tak kasi aku masuk balik.

"Cik tak dibenarkan masuk," katanya perasan bagus.

"Apahal pulak?!" aku mula emo.

"Cik buka siapa-siapa lelaki tu. So, cik tak ada hak nak jumpa dia," dia menghadiahkan aku senyuman sinis.

"Kepala otak dia! Hak-hak jadah awak! Biarlah aku nak jumpa Haries. Kau tu apahal nak halang-halang?" marahku.

Tadi papa, now nurse ni pula? Hell!

"Jaga sikit bahasa tu. Kau tu budak mentah je. Kalau dah kena penyepak aku".

"Pang!!!!"

"Huh! Ni baru sikit," kataku.

Kalau setakat cakap nak lempang ja buat apa? Tengok aku, tak cakap nak lempang pun tapi tiba-tiba dah melekap tapak tangan dekat pipi nurse ni.

"Sundal betul perempuan ni!"

"Enough!" muncul Haries.

"Awak, perempuan ni lempang saya," tiba-tiba nurse ni bersuara manja.

"Hahahahahaha!!!!!" aku ketawa berdekah.

Oooo! Kau nakkan si Haries ni eh. Ada hati dia nak Haries.

"Apa dah jadi ni?" muka Haries nampak marah.

"Ni ha, buah hati kau tak kasi aku jumpa kau," aku menunding jari pada nurse.

Wajahnya mula senyum-senyum kucing apabila aku labelkan dia sebagai buah hati Haries.

"Huh?! Buah hati apa ni, saya tak kenal pun dia ni. Entah siapa-siapa?" kata-kata Haries menggelegakkan lagi ketawaku.

"Bukan ke? Habis tu, bersungguh benar dia tak kasi aku jumpa kau. Siap kata aku tak ada hak bagai," aku memeluk tubuh memerhatikan permainan nurse ni.

"What? Apa ni semua nurse?" Haries bercekak pinggang memandang nurse.

"A.. Awak kata dia bukan wife and gf awak. So, saya tak benarkan dia jumpa awak," katanya takut-takut.

"Nurse jangan nak memandai-mandai. Suka hatilah siapa sekalipun nak jumpa saya, tu urusan saya. One more thing, memanglah saya kata dia bukan  wife saya or gf but it doesn't mean that dia ni bukan seseorang yang istimewa. Please mind your own business," marah Haries.

Haries menarik tangan aku dan kami menuju ke katilnya. Mukanya masih nampak marah. Aku duduk di katilnya sambil mengoyang-goyangkan kaki. Aku berhemmm, menyanyi-nyayi kecil. Aku hanya memerhatikan dia mengenakan pakaian formal dia. Pakaiannya ini di bawa oleh papa tadi. Berkerut-kerut dahinya membelit tali leher. Comel! Aku menahan gelak. Dia ni sebenarnya tahu ke tidak nak ikat tali leher? Macam kalut aja.

"Sini," aku menarik tali lehernya.

Aku menunjukkan skill aku mengikat tali leher. Aku tahu ni pun sebab someone pernah ajar aku macam mana nak ikat tali leher. Thank to him. I miss him. Aku mendongak memandang Haries yang sedang ralit melihat kelincahan tangan aku mengikat tali lehernya. Hari ni dia bertali leher merah. Hahaha! Itu aja yang dapat membezakan pakaian dia sebab yang lain sama. Kot dan seluar slack hitam. Kemeja lengan panjang putih. Tak bosan ke pakai pakaian yang sama aja.

"Hei," aku menarik tali lehernya yang aku dah siap ikat.

Wajah kami dekat. Wajahnya terkejut. Aku tersenyum.

LauraWhere stories live. Discover now