2

1.6K 174 30
                                    

Hyera pov.

"Ji Hyera. Kenapa kamu lambat??" Tanya guru yang sedang mengajar sekarang ni.

"Choisunghabnida, saem. Saya ada masalah sedikit tadi." Jawabku sambil tertunduk.

"Masalah apa yang penting sangat tu??" Soal Ms. Jung.

"S-saya tak boleh beritahu."

"Hmm, awak duduklah. Lagipun, saya baru sahaja nak bermula. Nasib baiklah awak datang tepat pada masanya." Beritahu Ms. Jung.

"Kamsahabnida, saem." Aku kemudiannya menapak ke tempat dudukku yang berada di belakang kelas.

Heh, mana ada sesiapa duduk di sebelahku. Tiada sesiapa yang ingin,jadi kawan aku.

Aku memandang ke arah Ms. Jung yang sedang mengajar sekarang ini. Tapi, satu patah perkataan yang dikatakannya langsung aku tak dengar. Sebab, fikiranku hanya memikirkan tentang macam mana aku nak bayar bil rawatan omma.

"Ji Hyera."

Aku tersentak apabila namaku disebut dengan tiba2. Mataku pantas memandang Ms. Jung yang berada di hadapanku.

Dia sedang melangkah ke arahku. "Awak dengar tak apa yang saya terangkan tadi?? Cuba awak jawab soalan tu." Arahnya.

Aku berdiri dan hanya memandang soalan yang berada di papan tulis tersebut. Malangnya, aku tak tahu jawapan untuk soalan tersebut sebab aku tak dengar apa yang dikatakan oleh saem tadi.

"Lain kali, sila tumpukan perhatian awak semasa saya mengajar. Bukannya berangan. Arasseo?!?"

Aku mengangguk tanda faham.

Junghee yang duduk tidak jauh daripada tempat dudukku ketawa kecil melihatku. Dia memang suka sangat kalau aku kena marah macam ni. Memang hidup dia cuma nak tengok aku menderita. Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia buat macam tu.

"Dah, kamu keluar dari kelas saya sekarang. Berdiri dekat luar tu sampai saya habis mengajar" Arah Ms. Jung.

Aku hanya akur dengan arahan tersebut. Apa yang boleh aku buat?? Lawan balik?? Memang taklah sebab dia cikgu aku.

Aku berdiri seorang diri di hadapan kelasku. Sesekali, aku diketawakan oleh pelajar2 yang lalu lalang di situ.

Malu. Aku tak pernah2 kena hukum macam ni sebelum ini.

"Yah!!" Sergah seseorang.

Bahuku terhinjut akibat terkejut. Lantas, aku menolah ke arah orang tersebut.

Ohh, budak pendek tadi.

Aku kembali memandang lantai, malas nak layan budak tu.

"Yah, awak buat tak tahu je saya kat sini eh."

Aku mendiamkan diri. Kan aku malas nak layan dia, buat apa aku nak  bersuara.

"So, siapa nama awak??" Tanya budak tersebut.

"Ji Hyera." Jawabku pendek.

Jap, kenapa aku jawab?? Kan aku tak nak layan dia?? Haih, apa2 je lah. Aku pun dah bosan berdiri kat sini.

"Ooo, saya Lee Chan. Panggil je Chan." Beritahunya. "Kenapa awak berdiri kat luar kelas ni?? Awak kena hukum eh??"

Dah tahu, kenapa nak tanya lagi. Haih budak ni.

"Silent means yes. Hey, awak belum jawab lagi soalan saya tadi. Kenapa awak me--" dengan pantas aku menekup mulut si Chan ni.

"Janganlah cakap kuat2. Nanti orang dengar."

Mulutnya mula membentuk huruf '0' .
"Kenapa awak tak nak orang tahu awak me--" sekali lagi mulutnya ditekup pantas olehku.

"Awak ni, memang tak faham bahasa kan?? Saya tak nak orang fikir saya ni lemah." Aku mendiamkan diri. Mataku ditumpukan ke arah lantai yang berada di tapak kakiku kini. "Walaupun saya ni memang sudah lemah..." gumamku.

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now