10 - 좋은 날이

1K 151 1
                                    

Chan pov

Sebenarnya, semasa Hyera cari aku tadi, aku ada di situ. Cuma, dia tak nampak aku. Aku memang ada di situ.

Aku turut gembira melihat wajah milik Hyera yang sungguh bahagia apabila ommanya sedar dari tidurnya.

Tapi aku ...

Aku tak tahu bila lagi aku akan kekal macam ni. Aku tidak dapat di lihat oleh siapa2 kecuali Hyera. Aku pun nak jumpa hyung2 aku yang lain. Aku nak jumpa omma dan appa.

Aku tahu, aku dapat lihat mereka. Tapi mereka ...

Mereka tak nampak aku ...

Huhh ... lebih baik aku keluar daripada aku berdiri di sini. Kalau aku tinggalkan Hyera nanti, pasti dia akan kata aku ni tak sudi nak berkawan dengan dia.

Ianya bukan begitu. Aku cuma tak boleh beritahu perkara sebenar kepadanya. Kalau aku beritahu pun, adakah dia akan percaya?? Aku rasa tak.

Semestinya tidak.

-

Rasanya dah 1 jam aku tunggu kat depan bilik omma Hyera. Sesungguhnya aku agak bosan sekarang ni. Aku tak tahu apa nak buat.

"Nanti Hyera lawat omma lagi-- eo?? Chan!?"

Kamunculan Hyera di depan pintu bilik itu membuatkan satu senyuman terukir di bibirku. Akhirnya, tak lah aku bosan lagi.

"Kenapa awak tak masuk?? Saya nak perkenalkan awak dengan omma saya tadi. Tapi, awak tak ada. Saya ingatkan awak dah balik. Mesti awak dah lama duduk kat sini. Kenapa tak masuk??" Hyera mula membebel.

"Jji ... awak ni macam omma je. Suka sangat membebel. Saya cuma rasa, masa ni tak sesuai untuk saya perkenalkan diri saya sebagai kawan awak kat omma awak. Lagipun, kita bukannya rapat sangat." Beritahuku.

"Haih, tak apalah kalau macam tu. Lain kali, kalau kita pergi sini lagi, pastikan awak ada kat sebelah saya. Jangan nak pergi mana2." Kata Hyera lalu memulakan langkah meninggalkan aku.

Aku berlari anak ke arahnya. "Arasseo saya janji. Hehe."

Aku sendiri pun tak tahu bila aku dapat pergi ke sini bersama dengan dia. Aku tak pasti sama ada aku dapat munculkan diri aku di hadapan omma dia masa tu.

"Tch. Iyelah tu. Dahlah, jom kita balik. Aku ada banyak benda nak buat lagi ni."

Aku hanya tersenyum memdengar kata2 Hyera itu. Dia tu, memang tak ubah macam seorang omma. Asyik2 nak membebel je. Haha.

"Awak ni kan, memang suka membebel eh?? Bukankah awak ni dulu pendiam??" Ejek ku.

Hyera menjeling tajam ke arahku.

Namun, jelingan itu langsung tidak memberi apa2 ancaman untuk aku. Malah, ianya membuatkan aku rasa seronok. He he.

"Mwo??" Soalku dengan muka selamba.

"Selamba badak je awak cakap saya ni suka membebel. Woah, heol. Tak sangka pula awak ni memang suka mengejek eh?? Ish, nak kena budak ni." Muka Hyera sudah berona kemerah-merahan dek menahan marah.

Aku yang berada di sebelahnya hanya menahan ketawa. Tapi, ianya tak lama. Dan aku pun ketawa di sebelahnya sambil menahan perutku yang sakit.

"Hahaha ... me ... merahnya muka ... awak ... hahaha" kataku.

Sekarang, muka Hyera menjadi semakin merah dan di menjelingku dengan tajam sekali.

"Awak jangan ingat saya ni lemah. Sekali saya pukul awak, seminggu pun tak cukup untuk sembuhkan kesan pukulan tu."

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now