Hyera pov.
"Maksud saya ... saya ni kan ... pembunuh." Suaraku diperlahankan.
"Mwo?? Saya tak dengarlah."
"Hehe. Maksud saya, semua orang tak nak berkawan dengan saya. Tapi awak ....."
"Ooohhh. Entahlah, saya cuma rasa nak berkawan dengan awak." Jawabnya sambil tangnnya bermain-main di atas mejaku.
Aku memandangnya sejenak. Dia hanya asyik bermain dengan barang2 di atas mejaku sehingga dia tidak perasan aku memandangnya.
Aku masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya tadi. Tak mungkinlah dia cuma saja2 nak berkawan dengan aku. Semua orang menjauhi aku atas sebab yang aku tak pernah buat. Tapi, dia tak.
Mata kami bertaut. Kami memandang mata satu sama lain buat beberapa saat.
"Kenapa awak pandang saya macam tu??" Soalnya.
Aku terus mengalihkan pandanganku dan memandang buku yang beraburan di atas mejaku.
Aku hanya membiarkan soalannya tidak dijawab. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku pandang dia tadi.
Aish, lebih baik aku siapkan semua kerja ni.
-
-
Setelah 2 jam aku terperuk di dalam kelas menyiapkan kerja sekolahku dan kerja sekolah Junghee, akhirnya, aku dapat keluar.
Tapi, Dino sudah tertidur di atas meja milikku dengan berbantalkan lengannya.
Rasa bersalah pulak aku sebab aku terpaksa buat dia tunggu aku selaama 2 jam.
Perlukah aku bangunkan dia?? Dia nampak penat je. Tapi, takkanlah aku nak tinggalkan dia sorang2 kat sini kan??
Perlahan-lahan tanganku didekatkan ke arahnya dan aku menggoncangkan badannya perlahan. Chan-ah, bangunlah. Saya dah nak balik ni."
Chan membuka matanya perlahan. Dia mengelipkan matanya beberapa kali sebelum dia membetulkan kedudukannya.
"Saya kat mana ni??" Tanyanya sambil memerhati sekelikingnya.
"Maafkan saya. Disebabkan saya, awak terpaksa balik lewat. Awak masih nak ikut saya ke??"
"Ikut awak?? Pergi kemana??"
"Takpelah. Nantilah saya beritahu awak pasal omma saya tu. Awak nampak penat sangat. Lebih baik awak balik."
Aku pun mula mengemas buku2 yang bertaburan di atas mejaku dan meletakkannya ke dalam beg.
"Saya nak ikut." Kata Chan secara tiba2.
Aku memandang ke arahnya. "Lain kali lah awak ikut. Lagipun saya dah tak jadi nak melawat omma saya sebab hari dah lewat sangat."
Chan mengangguk. Jelas terpancar perasaan kecewa pada wajahnya.
"Saya janji saya akan beritahu awak. Ok?? Janganlah kecewa." Aku cuba memujuknya.
Sebaik sahaja barang2 ku siap dikemas, aku terus memulakan langkahku.
Tapi, ada sesuatu yang membuatkan langkahku terhenti, iaitu Chan.
"Chan-ah, awak tak balik ke??" Aku bertanya kepada Chan yang masih duduk.
Dia kemudiannya memandangku. Satu senyuman mula terpancar pada wajahnya dan dia pun mendekatiku.
"Boleh tak kita balik bersama? Lagipun, saya tak berani jalan sorang2." Beritahunya kepadaku sambil tersengih.
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fiksi Penggemar"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17