Hyera pov.
"Berhenti!!!" Jeritku sekuat hati sebaik sahaja aku melihat perkara yang berlaku di hadapanku. Aku kemudiannya berlari mendekati mereka.
"Junghee ... ja-jangan buat macam ni. Saya dan Joshua sunbae dah bersetuju tak nak ceritakan perkara ni kepada sesiapa termasuk pihak polis. Jadi, tolong jangan cederakan Joshua sunbae. Kalau awak benci sangat dengan saya, awak selesaikan perkara ini dengan saya dan jangan sentuh siapa2 lagi. Saya yang patut awak cederakan, bukannya mereka." Beritahuku.
Pada masa yang sama, seseorang keluar dari bilik latihan tersebut.
Junghee pantas menyembunyikan pisau kecil di tangannya.
"Junghee?? Apa yang kamu buat kat sini??" Soal Jeonghan.
Junghee mempamerkan senyuman yang sangat manis kepada Jeonghan lalu menuju ke arahnya. "Oppa, betulke Joshua oppa kata yang Junghee ni cederakan dia?? Junghee terdengar tadi." Dia membuat muka sedih.
Jeonghan menjeling ke arah Joshua. "Kau nak buat apa kat adik aku ni hah??"
"Mana ada aku buat apa2. Dia--" aku mencubit paha milik Joshua agar dia tidak menyambung kata2 nya.
"Dahlah. Jom Junghee kita pergi dari sini." Ajak Jeonghan dan kemudiannya berlalu pergi bersama Junghee.
Aku berpaling ke arah Joshua. "Kenapa awak beritahu perkara ni kepada Jeonghan sunbae??"
"S-saya cuma nak dia tahu perkara ni."
Aku mengeluh kecil. "Saya dah beritahu awak. Biar saya sendiri yang selesaikan hal ini. Tengok apa dah jadi sekarang ni. Kalau saya tak datang ke sini tadi, mesti nyawa awak dah melayang." Aku kemudiannya hendak melangkah pergi sebelum pergelangan tanganku dipegang oleh Joshua.
"Saya nak tolong awak."
Aku menolak perlahan tangannya. "Jadi, saya nak awak tolong jangan buat apa2. Cuma itu yang awak boleh tolong saya." Kataku sebelum berlalu pergi meninggalkan Joshua.
"Hyera!!" Panggil seseorang dengan nada yang ceria.
Aku mencari suara tersebut sehingga mataku tertancap ke arah Chan. Aku memandangnya sekilas sebelum menyambung perjalananku.
Itu cuma khayalan aku.
Aku terasa tanganku dipegang membuatkan aku menoleh ke arah Chan.
"Kenapa ni??" Soal Chan.
"Awak ni cuma khayalan saya je kan??"
Chan sepertinya terkejut dengan soalanku.
"Saya bukannya khayalan awak. Saya memang wujud ... cuma awak seorang yang boleh nampak saya. Sebab itulah saya perlukan bantuan awak." Beritahunya sambil tertunduk.
"Kenapa awak tak beritahu saya awal2??"
"Saya takut. Saya takut awak akan lari daripada saya."
Aku melepaskan satu keluhan. "Tolong jangan ganggu saya buat masa ini kalau awak nak saya tolong awak. Saya cuma nak tenangkan fikiran saya sekarang ini."
"Hyera ... awak nak ke mana?? Bukankah, kelas awak kat sana??" Soalnya.
"Saya tak nak masuk ke kelas buat masa ini. Dan jangan ganggu saya." Beritahuku tanpa memandang ke arahnya dan terus melangkah pergi.
Kemudian aku bertembung dengan Junghee dengan senyuman sinis yang ditampal pada wajahnya.
Keningku bertaut. Kenapa dia tersenyum sebegitu?? Dia nak buat apa selepas ini?? Kenapa aku rasakan yang ada benda buruk yang akan berlaku selepas ni??
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fanfiction"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17