Hyera pov.
Semua yang cikgu ajarkan di depan langsung tak masuk ke dalam otak aku. Satu benda pun aku tak faham. Aku nak tanya pun, tak ada sesiapa yang duduk di sebelah aku dan aku mana ada kawan dalam kelas ni. Haha.
Sedang aku tengah fokus mendengar apa yang diajar oleh cigku walaupun aku tak faham, bunyi ketukan pintu di kelas aku membuatkan semua mata memandang ke arah pintu tersebut termasuk aku.
"Ah, choisunghaeyo. Betulke ini kelas 2-2??" Soal seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu tersebut. Dia tersenyum manis.
"A-ah, betullah. Jadi, kamu lah pelajar baharu tu?? Masuklah." Kata Ms. Yoon iaitu cikgu yang sedang mengajar subjek Kimia sekarang ni.
Lelaki tersebut pun masuk dengan senyuman yang belum lepas dari mulutnya sejak dari tadi. Aku, seperti biasa aku memandang dia dengan pandangan kosong.
Bertambahlah orang yang akan benci aku kali ni.
Aku malas nak dengar sesi perkenalan diri lelaki tersebut kerana aku asyik menconteng buku notaku yang lebih kepada buku contengan sebab dalam buku tersebut banyak lukisan yang diconteng olehku.
Bahuku tersentak sebaik sahaja ada seseorang menyergahku. Aku memandang ke arah orang tersebut.
"Hai, saya Jaemin." Katanya dengan senyuman. Tangannya dilambaikan ke arahku.
"U-uh, h-hai." Balasku pendek.
Bila masa pula dia duduk kat situ??
Ok, sekarang aku faham. Memandangkan sebelah aku kosong, jadi dia duduk di situ. Tapi, aku rasa dia takkan lama duduk di situ.
"Awak siapa nama??" Soalnya tanpa mandangku.
"Awak tak perlu tahu. Dan awak tak nak tahu." Jawabku tanpa memandangnya juga.
"Ke--"
Aku pantas memotongnya. "Maafkan saya, boleh tak kita borak lepas ni?? Saya nak fokus ni sebab ini matapelajaran yang saya tak beberapa pandai sangat."
"Saya boleh ajar awak. Lagipun, saya memang suka sangat matapelajaran ni." Katanya dengan penuh yakin.
Aku tidak membalas kata2 nya tadi. Kan aku kata aku nak fokus, buat apa aku nak balas apa yang di cakapkan.
---
"Hey, awak boleh tunjukkan saya di mana cafeteria tak??" Soal Jaemin sebaik sahaja aku ingin melangkah keluar dari kelas.
Aku memandangnya sejenak sebelum menjawab pertanyaannya.
"Maafkan saya, saya memang nak tunjukkan awak mana cafeteria. Tapi, saya tak nak ke sana. Saya ada tempat lain nak dituju." Beritahuku.
"Oh, kalau macam tu saya ikut awak boleh??"
"Ermm ... ok ..."
Aku terus melangkah ke tempat yang aku ingin pergi, mendahului Jaemin.
Sebenarnya, tempat itu cumalah tangga yang selalu aku pergi tu. Lagipun kat situ ada sebuah tingkap yang menampakkan pemandangan yang sangat cantik di belakang sekolah. Tempat itu juga merupakan tempat di mana aku selalu mengosongkan fikiranku yang berserabut.
"Jja, inilah dia. Kalau awak nak pergi, pergilah. Saya tahu awak tak nak ke tempat macam ni." Ujarku.
"Apa yang awak cakapkan ni?? Saya tak pernah pergi tempat macam ni tau. Tempat ni cantik. Saya dapat tengok pemandangan kat luar. Lagipun tempat ni sunyi, tiada pelajar yang lalu lalang. Memang tempat yang sesuai untuk tenangkan fikiran. Macam mana awak boleh jumpa tempat ni??"
![](https://img.wattpad.com/cover/81729368-288-k368506.jpg)
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fanfiction"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17