Hyera pov.
"Hyera!!" Jerit seseorang dari satu arah semasa aku sedang membersihkan kedai tempat aku bekerja.
Aku mencari-cari empunya suara tersebut sehinggalah mataku tertancap pada satu susuk tubuh yang aku rasa aku kenal sedang melambai-lambai ke arahku.
Dia kemudiannya berlari anak memasuki kedai ini.
Jaemin??
"Apa awak buat kat sini??" Soalku ingin tahu.
Dia tersengih sebelum menjawab pertanyaanku. "Saya baru je datang dari kedai 24 jam kat sana tu. Semasa saya nak balik tadi, saya ternampak awak. Jadi, saya pun terus ke sini."
Aku menganggukkan kepalaku tanda faham.
"Hyera, siapa tu??" Soal Jinhye.
"Eo, eonni. Kawan sekelas Hyera." Jawabku.
"Awak nak pesan apa2 ke?" Soal Jinhye eonni kepada Jaemin.
"Eh, takpelah. Saya nak cepat ni. Lagipun, saya datang sini cuma nak jumpa Hyera." Balas Jaemin lalu menundukkan sedikit badannya sebelum meninggalkan kedai. Dia sempat melambai ke arah kami sebelum kelibatnya menghilang.
"Eii, boyfriend eh??" Ejek Jinhye.
Aku membuat muka terkejut. "Mana adalah. Siapalah yang nakkan perempuan yang tak cantik macam saya ni." Kataku.
Jinhye kemudiannya mencubit pipiku dengan kuat sehinggakan aku mengaduh kesakitan. "Tak cantik konon. Kalau boleh, eonni nakkan wajah macam Hyera ni tau. Dahlah, eonni ada kerja nak buat ni. Kamu teruskanlah kerja kamu." Beritahu Jinhye sebelum menghilangkan diri ke dapur.
Cantik??
Kalau aku cantik, mesti aku dah ada ramai kawan sekarang ni.
Tiba2 loceng pintu kedai berbunyi menandakan ada pelanggan yang masuk dan aku terus menundukkan sedikit badanku untuk menyapa mereka.
"Hyera??" Satu suara yang kedengaran gedik memanggilku membuatkan aku mengangkat sedikit kepalaku untuk memandangnya.
Junghee ...
"Eo, Hyera. Annyeong." Sapa Jeonghan dengan senyumannya yang angelic tu.
Aku hanya mempu tersenyum pahit ke arahnya kerana Junghee sedang memerhatikan aku.
"Oooo, rupanya kau bekerja kat sini. Daebak." Kata Junghee sambil tersenyum sinis dan aku tak suka senyuman tersebut. Dia kemudiannya menapak ke arah meja yang masih kosong diikuti oleh oppanya, Jeonghan.
Aku dapat rasakan yang sesuatu yang tak baik akan berlaku tak lama lagi.
"Hyera, tolong ambil pesanan untuk pelanggan meja 12 tu dulu. Saya nak ke tandas ni." Pinta Jin, salah seorang daripada pekerja kedai ni.
Aku mengangguk dan menyambut buku kecil dan pen yang dihulurkannya ke arahku. Aku kemudiannya menuju ke arah meja 12 yang dikatakan oleh Jin tadi.
Iaitu meja yang terdapat Junghee dan oppa nya ... Oh tidak ...
Aku berdiri di sebelah meja mereka menunggu mereka untuk memberitahuku makanan atau minuman yang mereka ingin pesan.
"Saya nak Hot Chocolate." Pesan Junghee dengan senyuman sinisnya.
"Saya pula .... ermmm. Apa minuman yang istimewa hari ni??" Soal Jeonghan.
"Green Tea special." Beritahuku.
"Baiklah, bagi saya itu."
Aku pun menulis pesanan tersebut pada buku kecil tadi dan meletakkannya di kaunter tempat meletakkan pesanan.
![](https://img.wattpad.com/cover/81729368-288-k368506.jpg)
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fanfiction"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17