Joshua pov.
Hyera memandangku dengan riak yang terkejut sebaik sahaja aku memberitahunya yang Junghee adalah orang yang cederakan aku. Aku hairan, kenapa dia terlejut sangat apabila aku menyebut nama Junghee.
Dan satu lagi. Wonwoo.
Dulu, dia selalu elakkan diri dari Hyera. Kini, tiba2 pula datang dengan Hyera.
"Hyera ... kita perlu beritahu polis tentang ni." Beritahuku kepada Hyera.
"Jangan ..."
Aku mengerutkan dahi. "Kenapa pula tak boleh??"
"Cuma ... jangan buat macam tu."
"Saya tak faham." Kata Wonwoo tiba2. "Dia dah buat perkara ni kat awak bertahun-tahun sampai awak disalah anggap sebagai pembunuh padahal bukan awak yang buat." Sambung Wonwoo lagi.
"Apa yang kau cakapkan ni Wonwoo?? Aku tak faham." Soalku.
"Aku dah lama tahu yang Junghee tu yang sebenarnya pembunuh. Yang kes kematian pelajar sekolah kita dulu itu pun Junghee juga yang buat." Jelas Wonwoo dengan suaranya yang diperlahankan.
"Macam mana awak tahu??"
"Saya nampak semuanya. Saya nampak yang Junghee tolak dia sampai jatuh. Dia sebenarnya cuba untuk membunuh Hyera dengan bantuan budak lelaki tu. Tapi, oleh kerana dia gagal, dia cuba untuk bunuh lelaki tu." Beritahu Wonwoo lagi.
Hyera yang tadinya tertunduk memandang Wonwoo dengan matanya yang membulat. Mungkin, terkejut mendengar kata2 Wonwoo sebentar tadi. Sejujurnya, aku pun agak terkejut.
"Tapi, kenapa awak lari dari saya dan tak beritahu perkara sebenar kepada pihak polis??" Soal Hyera dengan suaranya yang agak serak.
"S-saya takut. Saya takut nak berdepan dengan awak pun sebab saya rasa bersalah. Bersalah kerana tidak membetulkan apa yang salah. Saya mula berani nak beritahu awak tentang ni sebab ianya melibatkan kawan2 saya." Kata Wonwoo.
Hyera mengeluh.
"Hyera, kita beritahu polis tentang perkara ni." Ujarku.
"Jangan. Saya boleh uruskan perkara ni. Semua ni salah saya. Saya patut tamatkan apa yang sudah saya mulakan. Jadi, tolong jangan beritahu polis perkara ni."
Aku teragak-agak untuk membuat keputusan sama ada aku ikut kehendak Hyera atau kehendak diri aku.
Dan akhirnya .. aku mengangguk tanda aku bersetuju untuk tidak memberitahu perkara ini kepada pihak polis.
Kenapa Hyera tak nak beritahu perkara ni kepada pihak polis?? Apa maksud dia yang dia perlu tamatkan apa yang dia dah mulakan??
"Mesti sukar untuk awak lalui semua ni kan??" Soal Wonwoo. Riak wajahnya seperti dia berasa sangat bersalah atas apa yang dia dah lakukan.
Hyera tersenyum.
Aku agak terkejut melihat Hyera yang tersenyum seperti tiada apa2 yang berlaku kepadanya. Aku tahu, dia seorang yang susah untuk mengukir senyumannya untuk orang lain kerana bagi dia, dia tiada sebab untuk tersenyum.
"Awak dah pergi melawat Chan??" Soalku kepada Hyera.
"Chan?? Dia kan ada kat rumah. Buat apa saya nak lawat dia. Ke, dia sakit??"
Aku dan Wonwoo saling berpandangan.
"Dia kan ditempatkan di hospital ini juga. Chan mesti sunyi seorang diri di bilik dia." Kata Wonwoo.
"Di hospital ini?? Maksud?? Saya tak faham??" Soal Hyera dengan dahinya yang berkerut seribu.
Hyera tak tahu ke pasal Chan??
![](https://img.wattpad.com/cover/81729368-288-k368506.jpg)
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fanfic"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17