Hyera pov.
Masa berlalu dengan agak lambat pada hari ini membuatkan aku agak bosan duduk menghadap dinding yang berwarna putih di hadapanku. Semuanya putih. Ke, aku dah meninggal??
Ok. Tak lawak.
Tiba2 aku teringatkan Chan. Dia kan roh. Jadi ... dia boleh muncul sekaranglah kan?? Tapi, mesti doktor gila tu akan fikir aku ni gila jika aku bercakap dengan Chan sekarang. Tch, tak guna.
Oleh kerana aku sudah berasa bosan tahap gaban, aku mula merayau-rayau di dalam bilik tersebut walaupun tiada benda yang menarik ada di situ. Lagipun, bilik itu kecil sahaja dan langsung tiada apa2 di sini kecuali katil yang dilengkapi dengan bantal. Kedua-duanya berwarna putih.
Huhh ... kalau macam ini keadaan aku, boleh jadi gila aku dibuatnya.
Akhirnya, aku membuat keputusan untuk melihat ke arah luar tingkap.
Entah kenapa pemandangan di luar hospital tersebut menarik perhatianku. Aku berasa tertarik melihatnya. Sebelum ini, aku tidak pernah pun nak melihat pemandangan di luar tingkap bilikku mahupun sekolahku sendiri.
Sebabnya, aku tidak pernah dapat melihatnya dengan tenang. Aku tak pernah pun menikmati pemandangan rersebut kerana fikiranku hanya dipenuhi dengan pelbagai perkara. Tidak kiralah masalah aku sendiri mahupun masalah aku di sekolah. Semuanya berada di benak fikiranku sepanjang masa sehinggakan aku tiada kesempatan untuk menikmati pemandangan di luar kelasku dan bilikku.
Aku mula tersenyum sendiri. Aku mula berfikiran bahawa duduk di hospital ini tidaklah seteruk yang disangkakan. Aku boleh lepaskan diriku daripada masalahku sebentar. Aku boleh lupakan masalah2 yang melanda aku. Aku boleh berehat daripada memikirkan perkara2 yang telah mengangguku selama ini. Akhirnya, aku boleh berehat.
"Hyera??"
Aku terus menoleh ke arah suara tersebut. Empunya suara tersebut dipandangku dengan pandangan yang kosong. Aku malas mahu memikirkan apa yang akan berlaku terhadap aku nanti.
"Mari ikut saya sebentar." Katanya.
Tanpa banyak songeh, aku berdiri dan lantas mengikutinya dari belakang sehingga aku tiba di sebuah bilik. Sebaik sahaja pintu bilik tersebut dibuka, wajah milik doktor yang bernama Minhyuk terus menyapa pandanganku membuatkanku agak geram.
Dia tersenyum menyambutku. Namun, senyumannya tidak dibalas. Aku hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong. Aku masih geram akan layanannya terhadapku.
"Adakah awak ada masalah sekarang ini atau sejak kebelakangan ini??" Soalnya.
"Buat apa awak nak tahu??"
"Tolong jawab soalan saya kalau awak nak keluar dari sini." Tegasnya.
"Psh, semua orang ada masalah. Jadi, ianya bukan perkara yang pelik jika saya menghadapinya." Beritahuku.
Minhyuk mengangguk sebelum menulis sesuatu pada sekeping kertas.
"Apa yang awak rasa sejak kebelakang ini?? Maksud saya, perasaan awak. Adakah awak selalu marah2 atau menangis."
Soalan apa yang dia berikan ni??
"Hyera, jawab soalan saya." Katanya dengan nada yang agak lembut.
Aku masih mendiamkan diri. Bukan kerana aku tidak mahu menjawabnya, aku cuma tak tahu apa yang perlu aku jawab.
"Hyera, ini untuk awak juga. Awak perlu jawab soalan saya. Awak mesti nak keluar dari sini kan??"
"Saya rasa seolah-olah saya ini tak perlu wujud dalam dunia ni??"
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fanfiction"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17