Mesin yang menemani Chan kini berbunyi nyaring menandakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Chan atau lebih tepat lagi, Chan dalam keadaan yang kritikal.
Mrs. Lee yang masih memegang erat tangan milik Chan mula berasa cemas. "J-Joshua, kamu tolong panggil d-doktor sekarang juga. C-Chan ... Kenapa dengan C-Chan ni??" arah Mrs. Lee kepada Joshua. Suaranya bergetar dalam ketakutan.
Takut akan perkara yang akan terjadi kepada Chan nanti.
Tangan Chan yang dipegangnya masih belum dilepaskan, malah tangan Chan digenggamnya dengan lebih erat.
Airmata yang dipenuhi dengan ketakutan mula mengalir deras di pipi Mrs. Lee. Apa yang mampu Mrs. Lee lakukan sekarang ini hanyalah berharap agar Chan sedar.
Tidak lama kemudian, doktor dan jururawat tiba di bilik Chan bersama dengan Joshua.
"Maafkan saya puan, puan terpaksa keluar sebentar." pinta doktor tersebut dengan sopan.
Tetapi, Mrs. Lee langsung tidak menunjukkan tanda2 mahu melepaskan Chan. Dia hanya memandang doktor tersebut dan wajah Chan bergilir.
Mrs. Lee tidak mahu melepaskan salah satu anaknya itu. Dia sangat menyayangi anaknya yang telah menemaninya sejak kematian suaminya. Chanlah satu2 nya anak yang dia ada. Kalau Chan pun pergi meninggalkannya, siapa lagi yang akan menemaninya.
"Puan, puan terpaksa keluar juga. Kami perlu membuat pemeriksaan terhadap pesakit ini puan." kali ini jururawat pula yang memintanya pergi.
Mrs. Lee menggelengkan kepalanya laju. "Sirheo."
"Mrs. Lee ... Mari kita pergi sekarang. Saya yakin Chan takkan apa2 " Joshua cuba memujuk Mrs. Lee dengan memegang kedua belah tangan Mrs. Lee erat.
"Chan takkan apa2 kan??" Mrs. Lee memandang wajah Joshua sekerika sebelum kembali memandang Chan. "Chan, janji dengan omma yang Chan takkan tinggalkan omma. Nae??"
Dengan berat hatinya, Mrs. Lee memalingkan badannya menghadap pintu keluar. Esakan tangisannya masih lagi berlagu dan ianya semakin kuat dibandingkan dengan tadi.
Joshua yang berada di sebelah Mrs. Lee mengurut lembut belakang Mrs. Lee agar dia berasa tenang sedikit.
"Hyera ..."
Sebaik sahaja nama tersebut kedengaran di telinga Mrs. Lee dan Joshua, mereka kembali memandang ke arah Chan.
Suara yang memanggil nama Hyera tersebut, seperti suara yang biasa didengari oleh gegendang telinga mereka. Iaitu suara milik Chan.
"H-Hyera ... "
Sekali lagi nama tersebut meniti di bibir Chan dengan matanya yang masih dipejamkan.
Doktor dan jururawat yang berada di situ saling berpandangan. Mereka sendiri pun tidak faham dengan apa yang berlaku sekarang ini rasanya.
"Hyera!!"
Kali ini, suara Chan yang kuat itu kedengaran di setiap sudut bilik tersebut dan dia sudahpun bangun daripada pembaringannya.
Chan kemudiannya memandang ke arah Joshua dan Mrs. Lee dengan wajah yang ketakutan.
Tanpa berfikir tentang keadaannya, Chan terus turun dari katilnya untuk berdiri. Namun cubaannya itu sama sekali gagal dan dia terjatuh atas lantai yang keras itu.
Kakinya masih lemah dan belum dapat untuk menampung berat badannya kerana telah lama terbaring di atas katil tersebut.
Doktor, jururawat, Joshua dan Mrs. Lee bergegas ke arahnya.
"Chan-ah ... Kamu nak ke mana?? Kamu baru sahaja sedar. Kenapa ni?? Kenapa kamu banyak berpeluh ni??" soal Mrs. Lee, risau dengan keadaan anaknya yang baru sahaja terjatuh tadi.
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Hayran Kurgu"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17