Special Chapter II

1.4K 135 35
                                    

Jeonghan pov.

"Betul ke ni hyung?! Takkan hyung nak tinggalkan kitorang?! Tak lengkap kitorang kalau tak ada hyung." kata Chan yang duduk berhadapan dengan aku.

Aku nampak dengan jelas sekali kesedihan yang terpancar pada matanya. Tetapi, apakan daya aku terpaksa berbuat demikian. Aku pun tak nak. Namun, ia bukannya kehendak aku. Aku hanya menurut sahaja.

Aku hanya mengangguk lemah. "Hyung terpaksa pergi. Appa dah buat keputusan, dia akan bawa hyung sekeluarga berpindah ke tempat lain untuk merawat Junghee."

"Takkan tak ada hospital di Seoul yang dapat merawat Junghee? Kan banyak hospital di sini." soal Hoshi pula.

"Aku tahu tu. Cuma, appa kata dia nak elak daripada cerita tentang Junghee ini tersebar. Dia tak nak air mukanya jatuh. Dia takut kalau aku akan diejek disebabkan kejadian itu sebab khabar angin kan cepat tersebar." jelasku. Aku sebenarnya tak kesah sangat kalau diejek sedemikian, yang penting mereka semua, iaitu kawan yang bersamaku sekarang ini ada bersamaku.

"Jeonghan, tak boleh ke kalau kau tak pergi? Nanti siapa nak temankan aku pergi tandas? Takkanlah aku pergi sorang diri?" kata-kata daripada Seungcheol itu membuatkan kami tergelak kecil. Masa macam ini sempat lagi dia nak buat lawak.

"Heol, kau ni. Joshua kan ada."

"Tapi dia dari kelas lain." rungut Seungcheol. Dia ni kan, macam budak tadika.

"Hyung, tak lengkaplah kumpulan kami tanpa hyung. Hyung ada suara yang lain daripada yang lain. Tiada siapa yang boleh ganti tempat hyung." beritahu Seungkwan. Matanya sudahpun berkaca.

"Seungkwan-ah, hyung minta maaf sangat sebab terpaksa tinggalkan kumpulan kita. Tapi, tak mustahil kita akan berjumpa lagi kan? Pada masa tu nanti, hyung pasti akan sertai korang lagi. Ok?" pujukku. Aku tak nak dia menangis nanti. Kalau dia dah menangis, susah nak berhenti.

"Tapi hyung, macam mana dengan aku?" soal Seokmin. Haih, nae pabo.

"Kau ni, cubalah buangkan sedikit kenaifan kau tu. Sedikit pun jadilah. Takkan kau nak berkepit dengan hyung 24/7 ?"

Seokmin tertunduk. "Cuma hyung yang boleh memahami aku."

Satu pelukan ku hadiahkan kepadanya. Aku tahu dia sangat sedih dengan pemergianku. Tapi, aku tak boleh berbuat apa2. Ini bukan kehendakku.

Sekarang, keadaan menjadi sunyi. Masing2 mempamerkan wajah yang sugul. Suasana menjadi sangat suram. Sedikit senyuman pun tidak terpancar pada wajah mereka membuatkan aku sedikit sedih untuk meninggalkan mereka.

"Aku janji yang aku akan kembali. Aku pasti." kataku. Mereka terus mengangkat kepala memandangku.

"Betul ke ni?" soal Joshua. Aku mengangguk.

"Aku janji yang aku akan kembali. Jadi, korang mesti tunggu aku ok?"

Kini, ada sedikit kegembiraan terpancar pada wajah mereka. Aku lebih suka tengok mereka gembira  daripada sedih memikirkan tentang kepergian aku nanti.

"Hyung janji tau?" soal Chan dengan matanya yang sudahpun merah dek menangis. Aku tersenyum seraya mengangguk perlahan.

"Eo, hyung janji. Korang pun kena janji jangan lupakan hyung."

"Kami pasti takkan lupakan hyung." kata Wonwoo yang dari tadi diam memerhati.

Sebelum aku melangkah pergi, aku sempat memeluk seorang demi seorang mereka. Kalau diikutkan hati, aku tak nak lepaskan pelukan mereka. Aku pasti akan rindukan mereka nanti terutamanya gelagat pelik mereka yang bagai tiada tanda nokhtah.

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now