Hyera pov
"Sunbaenim, maafkan saya. Saya perlu ke bali polis sekarang." Aku meminta diri. Kerana aku dah berjanji dengan pegawai polis tadi agar kembali ke balai polis setelah melawat Joshua yang terlantar di hospital.
"Kenapa pula awak perlu ke sana??" Soal Seungcheol.
Aku mengeluh ... "saya dituduh sebab mencederakan Joshua sunbae." Beritahuku jujur.
Jeonghan mendekatiku. "Beritahu saya yang awak bukan orang yang mencederakan Joshua kan??"
Mataku terus terbuka luas. Sekarang, semakin ramai orang akan membenciku dan menganggapku sebagai pembunuh.
Airmataku mula bertakung di tubir mataku. Aku menahannya daripada jatuh agar aku tidak kelihatan lemah di mata orang.
"T--takkanlah ... takkanlah saya nak cederakan dia sedangkan dialah orang yang banyak menolong saya."
Jeonghan memegang bahuku dengan lembut dan memandang wajahku dengan wajah yang bersalah.
Aku menepis tangan miliknya. "Baiklah, kalau kamu semua berfikiran bahawa saya ni memang pembunuh, saya ni jahat dan macam2 lagi, silakan. Jangan tegur saya lagi. Biarlah saya hidup sendiri. Jangan kacau saya lagi!!" Bentakku tanpa menghiraukan mata2 orang yang memandangku.
Dengan pantas, aku melangkah pergi dengan hati yang sakit kerana dipersalahkan sebegitu. Kenapalah aku baik sangat?? Sepatutnya, aku tak payah layan diorang tu.
"Mari kita pergi sama2-- eo, kenapa awak nangis??" Kata Chan di sebelahku.
Aku menjeling Chan dengan tajam. "Kau ... kau jangan dekati aku lagi. Aku tak nak sesiapa kacau hidup aku lagi. Biarkan aku bersendirian." Beritahuku kepada Chan.
"Hyera ... kenapa ni??" Chan menahanku daripada meneruskan langkahku.
Tangan Chan pantas ditepis dengan kasar. "Jangan sentuh aku. Aku ni pembunuh. Orang macam aku tak layak nak berkawan dengan orang macam kau. Aku jahat. Aku ni kejam. Aku ... aku dan cederakan ramai orang."
Airmataku yang ditahan akhirnya jatuh bercucuran dengan deras sekali.
Chan yang berada di hadapanku terdiam seribu bahasa dek kata2 ku yang tajam itu.
"Hyera ... awak baik. Awak bukan pembunuh. Awak tak cederakan siapa2 pun. Sebab tu lah saya nak berkawan dengan awak."
Aku menutup telingaku, tidak mahu mendengar apa2 yang ingin dikatakan oleh Chan.
"Aku tak nak dengar semua penipuan tu lagi. Aku dah puas. Pergi kau dari aku. Biar aku pergi sendiri." Aku kemudiannya berlari meninggalkan Chan dan terus menuju ke balai polis untuk menyelesaikan salah faham.
---
Chan pov.
Aku terkilan dengan kata2 Hyera tadi. Pada masa yang sama aku berasa kasihan terhadapnya. Dia dah banyak menempuh semua salah faham ini. Apa yang berlaku tadi sebenarnya??
Aku menapak mendekati Seungcheol dan Jeonghan hyung untuk mendengar apa yang mereka bualkan.
"Apa yang dah kau buat ni??" Soal Seungcheol kepada Jeonghan yang sudah menundukkan kepalanya.
"Aku ... aku cuma nak pastikan bukan dia yang buat semua ni. Kau tahu kan yang dia pernah dikatakan terlibat dengan kes pembunuhan kat sekolah kita??"
Entah kenapa aku tiba2 berasa marah. Tak sangka Jeonghan yang dikenali dengan sifatnya yang penyayang tu sanggup mengatakan Hyera tu seorang pembunuh.
Kalau aku betul2 hidup sekarang ni, aku pasti akan mempertahankan Hyera kerana dia langsung tidak bersalah.
Kenapa semua orang nak jadikan Hyera tu sebagai seseorang yang jahat?? Kenapa semua orang nak salahkan Hyera yang langsung tak ada niat pun nak buat macam tu.

YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fanfiction"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17