Hyera pov.
Aku memandang ke luar tingkap kelas memikirkan cara untuk aku ubah Junghee menjadi dirinya semula. Aku tahu, diri Junghee yang sebenar masih ada dalam dirinya. Cuma, dia menutupinya dengan dirinya yang palsu.
"Kenapa awak tak masuk kelas semalam??" Soal Jaemin di sebelahku.
"Saje tak nak masuk kelas ..."
"Tahu tak saya bosan sangat semalam sebab awak tak ada. Kalau awak ada bolehlah saya berborak. Tapi, awak tak ada pula." Katanya lagi.
"Pelajar kat sekolah ni kan ramai. Awak boleh je borak dengan siapa2."
"Tapi mereka lain. Mereka tu jahat. Tak macam awak."
Aku memandangnya dengan kening yang bertaut. Biar betul dia ni?? "Walaupun saya dah halau awak beberapa kali??"
Dia mengangguk. "Saya tahu awak tak salah. Mereka tu yang fitnah awak tanpa mengetahui kebenaran."
"Maksud??"
Dia memandangku dengan satu senyuman ditampal pada wajahnya. "Sebab saya tahu yang awak tak bersalah pun."
Dah kenapa budak ni senyum2 kat aku?? Gila ke apa.
Pada masa yang sama, Ms. Jung pun masuk ke kelas dengan 2 orang doktor di belakangnya.
"Ji Hyera." Panggilnya.
Aku memandang wajah Ms. Jung dengan wajah yang kosong.
"Mari ke sini kejap."
Aku pun berdiri mendekati Ms. Jung dan 2 orang doktor tersebut. Mereka mempamerkan satu senyuman yang manis, namun aku masih mengekalkan muka kosongku kerana tidak faham apa yang tengah berlaku sekarang ni.
"Inilah Ji Hyera." Kata Ms. Jung kepada doktor2 tersebut.
"Hyera-ah ... boleh tak awak ikut kami sekejap??" Kata salah seorang daripada mereka.
Aku dapat merasakan yang ada benda yang tak elok berlaku. Aku mula mengundur satu tapak.
"Apa yang awak nak daripada saya??" Soalku.
"Kami nak rawat awak."
Aku mengerutkan dahiku. "Saya tak sakit. Kenapa pula awak nak rawat saya??"
Dia tersenyum. Pada masa yang sama doktor yang di sebelahnya mendekatiku dan membawaku bersamanya.
"Sebab awak perlukan rawatan." Katanya.
Aku hanya mendiamkan diri, tidak faham apa yang berlaku sekarang ni. Mana mereka nak bawa aku??
Aku menghentikan langkahku, membuatkan mereka berdua pun turut menghentikan langkah.
"Awak nak bawa saya ke mana??"
"Ke hospital."
"Kan saya dah cakap saya tak sakit, kenapa pula bawa saya ke sana??"
"Awak memang tak sakit dari luaran, tapi mental awak."
Aku terdiam, terkaku dan tergamam. Mental aku sakit?? Apa ni?? Jadi, mereka kata aku ni gila??
Aku melepaskan tanganku daripada pegangan doktor tersebut. "S-saya tak gila, kenapa awak nak bawa saya ke sana??"
"Kalau awak susah sangat nak ikut kami, kami takkan teragak-agak nak paksa awak ke sana."
"Saya tak nak ke sana. Sebab, saya masih ada banyak tugas nak buat kat sini. Kalau saya ke sana, omma saya macam mana?? Siapa nak sara dia?? Dahlah omma saya masih belum pulih, macam mana dia nak bekerja?? Saya perlu cari duit untuk omma saya."
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fanfiction"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17