Special Chapter I

1.3K 125 45
                                    

Hyera pov.

"Chan-ah, mwohae?" soalku apabila aku ternampak si dia sedang duduk berseorang di taman sekolah.

Sejak tiga hari yang lalu, aku asyik ternampak dia di taman tersebut. Oleh kerana perasaan ingin tahuku yang membuak-buak, aku akhirnya bertanya kepada dia.

Chan sepertinya terkejut apabila melihat kelibatku di hadapannya sambil membawa beg sekolahku. Ya, aku baru sahaja datang ke sekolah.

"A-amugeotdo ... K-kenapa awak ada di sini? Awak tak masuk ke kelas ke?" soalnya. Aku mencebik.

"Saya nak jumpa dengan awaklah. Lagipun, kita sekarangkan dah jadi pasangan kekasih. Jadi, apa salahnya." sejujurnya, aku rindukan dia. Sepanjang minggu lepas ini dia sangat sibuk untuk pertandingan tarian yang diadakan 3 hari lalu.

Tetapi, dia masih juga sibuk untuk 3 hari tersebut walaupun pertandingan itu sudah pun berlangsung. Katanya, dia perlu berlatih lagi untuk pertandingan yang seterusnya.

"Saya tahu kita pasangan kekasih sekarang tapi, saya sibuk. Awak kena faham keadaan saya sekarang. Saya tak ada masa nak layan awak. Jadi, tolong pergi."

Aku terdiam. Aku agak terkilan dengan kata-katanya. Dia seolah-olah tidak mahu aku bersamanya.

"O-oh ... Ok. Saya nampak, awak tengah sibuk sekarang. Jadi, maaflah sebab ganggu awak." satu senyuman aku berikan kepadanya sebelum aku berlalu pergi.

Chan sudah banyak berubah sejak dia menyertai pertandingan menari tersebut. Sejak aku tidak dapat menghadirkan diriku ke pertandingan tersebut untuk menyokongnya.

Bukannya aku tidak mahu, cuma aku mempunyai temujanji dengan doktor untuk memastikan yang aku sudah tidak apa2. Hal ini kerana kecederaan kepala yang aku alami itu agak teruk. Jadi, doktor perlu memeriksanya untuk memastikan aktiviti seharianku tidak terganggu oleh kecederaan tersebut.

Aku tidak memberitahunya tentang perkara tersebut sebab aku tak nak dia tanya aku macam2 lagi nanti.

Mungkin, dia sedang merajuk dengan aku disebabkan kejadian itu kot.

"Eo, Hyera sunbaenim." panggil seorang gadis yang lebih muda daripadaku sebaik sahaja aku bertembung dengannya.

Aku memberikannya satu senyuman.

"Sunbae, ada nampak Chan oppa tak??"

Chan oppa? Siapa gadis yang memanggil Chan itu sebagai oppa ini?

"Chan? Dia ada di taman sekolah." jawabku sebelum menyoal lagi.

"Awak ni siapa?"

"Saya Kwon Sunmi." katanya sambil tersenyum manis ke arahku. "Sunbae, saya pergi dulu." dia menundukkan badannya sedikit ke arahku sebelum berlalu pergi.

Kwon Sunmi?

Siapa dia tu?

---

"Chan-ah, lepas ini awak sibuk tak?" soalku semasa aku hendak melangkah keluar dari kelas. Sekarang, aku dan Chan sahaja yang tinggal di dalam kelas kerana semua pelajar sudah balik. Aku ada rancangan petang ini. Aku nak ajak dia ke suatu tempat.

"Saya sibuk." jawabnya pendek tanpa memandangku. Tangannya ligat menulis sesuatu di atas buku nota kecilnya.

"Tak dapat tangguhkan sekejap ke perkara tu? Sekejap je. Bukannya saya ambil masa yang lama sangat pun." kataku.

"Tak."

"Sekejap pun tak boleh?"

"Hyera, saya sibuk. Boleh tak awak jangan ganggu saya?" suaranya ditinggikan sedikit.

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now