6

1.1K 147 46
                                    

Hyera pov.

"Jom masuk." Ajak lelaki yang berada di hadapanku kini.

Masuk?? Kenapa tiba2 pula ajak aku masuk??

Sementara aku masih memandangnya dengan muka yang blurr, tanganku pantas ditarik mengikutinya masuk ke dalam rumah tersebut.

"Y-yah ... lepaslah. Kenapa tiba2 awak suruh saya masuk ni??" Kataku sambil cuba untuk melepaskan tanganku dari pegangan lelaki ini.

Dia akhirnya melepaskan tanganku dan memandangku sambil menyilangkan tangannya. "3 2 1"

Dan hujan pun tiba2 turun dengan lebat sekali.

"Jadi, awak nak masuk ke, awak nak dibasahi hujan??" Soal lelaki itu.

Tanpa menjawab soalannya tadi, aku terus memalingkan badanku, menuju ke arah motosikal ku. Lebih baik aku dibasahi hujan daripada masuk ke dalam rumah seorang lelaki yang aku tak kenal.

Sebelum sempat aku mendapatkan motosikal ku, tanganku pantas ditarik dan aku diheret menuju ke dalam rumah tersebut.

"Awak ni, degil betullah. Tunggulah hujan tu berhenti dahulu, barulah awak sambung kerja awak. Hujan masih lebat lagi ni." Marahnya.

Aku terdiam. Terdiam kerana aku tak tahu apa yang perlu aku cakap.

"Seokmin, apa kau buat lama sa-- eo?? Hyera?? Apa awak buat kat sini??"

Joshua sunbae??

"Hyung, hyung kenal ke dengan perempuan ni??" Soal lelaki yang bernama Seokmin.

"Nae. Dia kawan hyung kenapa??"

"Ani, dia ni degil. Saya ajak dia masuk, dia tak nak. Dahlah hujan masih lebat." Ujar Seokmin.

Joshua sunbae kemudiannya memandang ke arah titisan2 hujan yang jatuh dengan banyak tersebut, sebelum memandangku.

"Lebih baik awak masuk daripada awak terkena hujan. Lagipun, hujan masih lebat. Nanti awak jatuh sakit kan susah." Beritahu Joshua sunbae.

Aku memandang lantai. Perlukah aku terima pelawaan dia??

"Masuk je lah." Kata Seokmin lalu memaksaku masuk ke dalam rumah yang agak besar tersebut.

Sebaik sahaja aku berada di dalam rumah tersebut, mataku terus terbuntang luas. Aku kemudiannya tertunduk malu. Kalau boleh, aku nak keluar dari rumah ni secepat mungkin.

Kenapa?? Sebabnya, semua orang yang ada di dalam rumah ni ialah LELAKI. Dan, bilangan mereka sangat ramai.

"Josh, siapa tu??" Soal salah seorang daripada mereka.

"Kawan kepada Joshua hyung." Jawab Seokmin.

"Aku bukannya tanya kau lah Seokmin, aku tanya Joshua."

"Memang betul apa yang dikatakan oleh Seokmin tadi. Dia kawan aku." Jawab Joshua sunbae.

Dengan kepala yang masih tertunduk, aku menarik hujung baju kemeja Joshua sunbae.

"Wae??" Soalnya.

"S-saya rasa, saya perlu pergi sekarang." Beritahuku.

"Janganlah pergi dulu, hujan masih lebat tu. Duduklah dengan kami kat sini. Kalau hujan dah berhenti, barulah awak pergi." Kata seoarang lelaki yang duduk di atas sofa.

"Mm, betul tu. Awak berbual-bual dulu dengan kami sementara menunggu hujan berhenti." Ujar Joshua sunbae.

Dengan perasaan serba salah, aku terpaksa mengangguk setuju. Bukannya sebab aku suka, tapi terpaksa.

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now