13 - Detention

930 131 8
                                    

Hyera pov.

"Seronoklah kau sebab kau dah dapat target baharu. Hmm??"

Aku memandang ke arah Junghee, iaitu gerangan yang berkata begitu terhadapku.

"Aku tak pernah apa2 kan sesiapapun." Kataku dengan nada yang tegas.

Junghee tersenyum sinis. "Kau nak aku beritahu budak tu yang kau ni pembunuh?? Nanti, mesti dia tak nak duduk kat sebelah kau."

"Aku tak kesah pun. Kalau kau tak beritahu pun, mesti dia akan tahu juga. Lagipun, siapa perlukan kawan?? Kalau semua orang berperangai macam kau??"

Wait!! Aku baru je melawan Junghee tadi kan?? Apa aku buat ni?? Apa yang perlu aku buat sekarang??

"Heol ... sejak kebelakangan ni, kau dah banyak berubah kan?? Mungkin, sebab kau dah berjaya letakkan omma kau kat hospital." Balas Junghee membuatkan api kecil yang berada dalam diriku semakin marak.

Tidak semena-mena wajah Junghee ditampar olehku secara automatik. Aku sendiri pun terkejut dengan tindakanku yang aku langsung tak berniat pun nak buat.

"Hyera!! Datang ke pejabat saya sekarang!!" Jerit satu suara dari arah belakang kelas.

Aku memandang gerangan yang memanggilku tadi. Mr. Min ...

"I--ianya bukan apa ya--"

"Saya tak nak dengar apa2. Ikut saya sekarang." Arah Mr. Min sebelum aku sempat menghabiskan kata2 ku.

Kenapa orang cuma nampak kesalahan aku, dan bukannya Junghee?! Junghee yang mulakan!! Tapi, aku yang membalas ....

Salah aku juga ...

Sebelum aku mula menapak ke pejabat Mr. Min, Jaemin memanggilku.

"Jangan risau, awak takkan apa2. Nanti, beritahu saya apa yang berlaku ok??"

Aku hanya sekadar mengangguk dan terus menuju ke pejabat Mr. Min sebelum dia menjadi semakin marah.

-

-

"Mr. Min ... saya tak sengaja." Beritahuku walaupun aku tahu yang dia takkan percayakan aku sebab dia nampak aku menampar pipi milik Junghee tadi.

"Berapa banyak lagi masalah yang awak nak timbulkan baru awak nak berhenti?!" Marah Mr. Min.

"S--saya takkan buat lagi ..." kepalaku dibiarkan tertunduk kerana takut untuk memandang mata Mr. Min yang garang itu.

"Lagi2 itu yang awak beritahu saya. Huhh ... petang ni, awak akan ditahan dalam kelas tahanan. Saya tak nak awak ulangi perkara ni sekali lagi. Kalau tak, saya takkan teragak-agak nak buang awak dari sekolah ni."

Aku terus mengangkat kepalaku memandang Mr. Min dengan mataku yang terbeliak.

"B--buang sekolah??"

Mr. Min mengangguk. "Kalau awak tak nak perkara itu berlaku, jangan ulanginya."

"Nae ..." jawabku perlahan.

"Dah, awak boleh keluar sekarang. Jangan lupa petang ni. Saya akan tunggu awak." Pesan Mr. Min sebelum aku keluar dari pejabat itu.

Sebaik sahaja aku menutup pintu pejabat tersebut, airmata yang sudah lama aku tahan daripada jatuh mula menuruni pipiku tanpa henti.

Kenapa semua kesalahan ditujukan kepada aku?? Walhal, aku tak buat pun perkara tu. Tapi, kenapa??

Aku terduduk sambil memeluk kakiku rapat ke dada. Airmataku masih mengalir. Aku tak nak ke kelas dengan rupa yang macam ni. Aku tak nak Junghee nampak aku macam ni.

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now