11 - Meeting

1K 141 21
                                    

Chan pov.

Semasa aku mendekatkan wajahku ke arah Hyera, wajah dia terus berona kemerah-merahan menyebabkan aku berasa geli hati.

Aku perlu kawal ketawa aku sebab aku nak kenakan si Hyera ni. Aku buat macam tu sebagai balasan atas cubitan yang berbisa diberi olehnya tadi. Ini lebih baik tau daripada cubitan dia tu. Sekurang-kurangnya ini tak sakit.

Setelah jarak kami agak dekat, aku terus melepaskan ketawaku sebab aku dah tak tahan lagi. Aku ketawa terbahak-bahak sehingga aku terduduk menahan perutku yang sakit.

Hyera tiba2 berdiri. "Y-yah!! Kau ni kan!! Ish!!" Dia mesti rasa geram sangat sebab aku permainkan dia begitu.

"H--Hyera ... tunggu saya." Panggilku sambil kakiku pantas mengejarnya.

Dia tidak menoleh, malah dia mempercepatkan lagi langkahnya.

Dengan rasa bersalah, aku terus berlari mengejarnya dan tangan miliknya dipegang erat agar dia tidak meneruskan langkahnya.

Dia menepis tanganku dan menyambung langkahnya yang terhenti. Namun, aku sempat menahannya agar dia tidak boleh ke mana2.

"Apa yang awak nak lagi??" Marahnya membuatkanku tertunduk memandang lantai.

"Mian ..."

"Mwoga mianhae??"

"Saya tahu awak marah sebab saya permainkan awak. Tapi, awak nampak comel lah dengan muka awak yang merah padam tu." Aku ketawa kecil. Sejujurnya, dia memang nampak comel.

"Tch. Awak sukalah kan tengok saya marah??" Hyera memandangku dengan satu jelingan sambil tangannya disilang rapat ke dada.

"Alaa ... saya main2 je. Janganlah marah. Mhm??" Aku memandang Hyera dengan bubbly eyesku, berharap agar dia maafkan aku. Hujung kot sekolah miliknya ditarik.

"Aish ... awak ni kan, memang tak ubah macam kanak2. Awak tu dah besar, takkanlah awak nak berperangai macam ni??"

Mulalah lagi dia nak membebel tu.

"Awak ni, memang suka sangat membebel."

Aku terus melangkah pergi, enggan mendengar bebelannya. Aku sememangnya tak suka dibebel macam tu. Aku memang budak kecil pun. Apa salahnya aku nak berperangai macam budak kecil?? Kan??

Hyera terus mendekatiku dan berjalan disebelahku. Dan secara tiba2 dia ketawa membuatkan aku hairan dan menoleh ke arahnya. Kemudian, aku sendiri turut menyertainya ketawa kerana aku merasakan yang kami bergaduh macam budak umur 10 tahun. Tak patut, tak patut.

Terserlah kegembiraan pada wajah milik Hyera ketika dia ketawa. Seolah-olah dia orang yang paling gembira dalam dunia ni. Inilah kali pertama aku melihatnya ketawa. Aku, aku turut gembira melihat kegembiraan yang terpancar pada wajahnya.

-

Sebaik sahaja aku menghantar Hyera pulang, aku kembali menuju ke hospital.

Aku memang nak balik. Tapi, apa yang aku nak buat kat rumah tu?? Aku semestinya akan jadi sedih kalau aku melihat omma dan appa tapi aku tak dapat nak berbual dengan mereka.

Lebih baik aku melawat diri sendiri yang terlantar di hospital, kan??

-

Ketika aku berada di hospital, aku ralit memerhatikan diriku sendiri yang terlantar di atas katil bertemankan mesin dan wayar2 yang bersambung pada tubuhku.

Aku pelik, kenapa aku boleh berada di hospital dengan keadaan yang sebegini?? Dengan kepalaku yang berbalut dan kaki tanganku yang dibaluti simen. Apa yang dah berlaku sebenarnya??

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now