15 - Help me

948 134 1
                                    

Hyera pov.

Kata2 Mingyu tadi bermain-main di fikiranku. Kenapa Wonwoo jadi macam tu disebabkan aku?? Apa yang aku dah buat kat dia?? Aku tak pernah pun kenal dia sebelum ni.

Tapi memang ada betulnya apa yang dikatakan oleh Mingyu tadi. Aku perasan yang Wonwoo asyik melarikan diri apabila ternampak aku. Ke ... itu cuma perasaan aku??

"Hey, apa yang awak menungkan tuu?? Dari jauh lagi saya dah nampak awak termenung. Banyak sangat masalah ke??" Soal Jaemin yang sudahpun melabuhkan punggungya di kerusi.

Aku memandangnya. "Masalah ... setiap hari kita mesti ada masalah kan?? Jadi itu perkara normal."

Jaemin memandangku pelik. Barangkali tidak faham akan kata2 ku. "Tak payahlah awak nak kesah sangat pasal saya."

"Nampaknya, awak ni macam ada banyak masalah je??" Soalnya.

"Mana adalah. Saya cuma memikirkan masa hadapan yang saya tak nampak je." Jawabku.

Jaemin mengangguk sebelum matanya tertancap pada satu keping kertas kecil.

"Eo?? Ini untuk awak." Kata Jaemin, menghulurkan kertas tersebut kepadaku.

Untuk aku??

"Heh, tak mungkinlah. Saya rasa ianya untuk awak."

"Tak percaya, tengok. Kat kertas ni ada tulis untuk awak. Dia tulis nama penuh awak lagi tu." Jaemin menunjukkan tempat di mana tertulisnya nama milikku.

Aku terus mengambil kertas tersebut dan membaca isi kandungannya.

"Awak ada peminat lah ... untungnye." Kata Jaemin memandangku dengan pandangan yang cemburu. Namun, riak wajahku langsung tak berubah.

Kenapa aku rasa tak sedap hati je??

"Hyera?? Apa yang tertulis kat surat tu??" Jaemin merampas surat tersebut daripada tanganku.

"Jeonghan ... dia nak jumpa awak. Dia sama umur dengan kita ke??"

"Tak. Dia sunbae kita."

"Dia tulis sini, nak jumpa awak balik nanti. Nak saya temankan??" Jaemin menawarkan dirinya untuk menemaniku namun pantas ditolak olehku kerana aku tak nak melibatkan sesiapa dalam hal2 aku.

Aku tahu, surat ini ada maksud tersembunyi.

---

Masa balik pun tiba, aku terus melangkah ke tempat yang dikatakan dalam surat tersebut walaupun aku tahu bahaya akan menimpa.

"Hyera ... biarkanlah saya temankan awak ..." pinta Jaemin sambil menarik-narik hujung kot ku.

Aku menolak tangannya lembut. "Jaemin, dia kata nak jumpa saya seorang je kan??"

"Tapi, bahayalah kalau awak seorang je yang pergi."

"Saya tahu tu."

"Huhh. Baiklah. Jaga diri tau." Pesan Jaemin sebelum meninggalkan aku.

Dia tu, tak ubah macam kanak2 berumur 9 tahun. Macam mana pun aku tolak dia, dia masih juga nak dekati aku.

Kini, aku berjalan menuju ke tempat yang dinyatakan dalam surat tersebut. Aku tahu tempat itu dan ianya cuma aku yang tahu. Tapi, macam mana Jeonghan tahu tempat tu??

Satu suara menyapaku.
"Hyera ... kau datang juga rupanya. Mesti ianya disebabkan orang yang hantar surat itu Jeonghan kan??"

Aku menoleh ke belakang memandangkan arah suara tersebut berada di belakangku.

Junghee ...

"Bukan macam tu. Aku datang sebab aku tahu kau yang hantar surat ni."

Dia tersenyum sinis. "Tch. Kau ingat aku nak percayakan kau?? Dulu, aku curi Jungkook dari aku. Sekarang, kau nak oppa aku pula?? Tak cukup ke apa yang Jungkook bagi kat kau??"

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now