17 - Truth

1K 143 11
                                    

Hyera pov.

"Tolong lepaskan anak saya. Dia tak bersalah. Dia tak pernah pun bunuh orang. Tolonglah ..." suara yang kedengaran tersebut membangunkan aki dari todur yang tak seberapa nyenyak.

Mataku dibuka perlahan dan aku menyedari yang aku berbaring berbantalkan beg aku.

Sejak bila aku berbaring ni?? Bukankah aku duduk je malam tadi??

Chan ...

Aku mencari suara tadi sehinggalah mataku tertancap ke arah satu figura yang sangat2 aku kenali.

Omma ...

Aku lantar berdiri menuju ke penjuru penjara tersebut sambil memanggil omma.

Omma menoleh ke arahku dan kemudiannya berlari anak ke arahku.

"Omma, kenapa omma pergi sini?? Omma kan masih belum sembuh. Hyera tak nak omma cedera lagi. Tak payahlah omma risaukan tentang Hyera. Pandai2 lah Hyera nak uruskan perkara ni." Kataku.

"Hyera, perkara ni bukan perkara main2. Ini melibatkan nyawa seseorang." Kata omma.

"Hyera tahu. Hyera cuma tak nak omma risaukan Hyera. Hyera tak nak kesihatan omma semakin teruk disebabkan Hyera." Balasku.

Tiba2 seorang anggota polis mendekati kami. "Ji Hyera. Itu nama kamu ke?" Soal anggota polis tersebut.

Aku hanya mengangguk.

"Kamu dilepaskan sebab siasatan belum dijalankan dan belum ada bukti kukuh yang menunjukkan kamu ialah penjenayah tu. Jadi, kamu dilepaskan." Kata pegawai tersebut.

Aku dan omma saling memandang satu sama lain sebelum omma mengucapkan terima kasih kepada anggota polis tersebut.

Pintu penjara tersebut dibuka dan aku keluar dengan fikiranku yang masih lagi memikirkan tentang apa yang akan berlaku nanti. Aku tak nak aku akan dipersalahkan.

---

Skip - esok.

Aku memandang diriku dihadapan cermin.

Jahat sangat ke muka aku ni?? Macam pembunuh ke??

Kemudian aku mencapai begku yang berada di atas katil sebelum menghayunkan kakiku ke sekolah. Oleh kerana aku sudah terlambat, aku cuma sempat mencapai sekeping roti dan menguk air kopi yang masih panas. Apa boleh buat, aku dah lambat. Nanti aku kena hukum pula. Aku tak suka tu.

---

Dengan perasaan berdebar, aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

Seperti yang aku jangkakan, semua pelajar memandang ke arahku sambil berbisik. Ada yang cuba menjauhkan dirinya daripada aku.

Sedang aku menyimpan barang2 ku ke dalam loker, seseorang menolakku dengan kasar ke arah loker tersebut menyebabkan badanku terhentak dengan agak kuat pada loker itu. Buku yang dipegangku tadi jatuh.

Tanpa menghiraukan orang yang menolakku, aku mengutip buku tersebut. Kalau aku lawan diorang, aku takkan menang. Aku cuma berseorangan, dia ada semua pelajar sekolah ni untuk melawan aku. Memang taklah aku akan menang.

Rambutku terasa ditarik dengan kasar sehingga aku membatalkan niatku untuk mengambil buku tersebut.

"Yah, kau buat2 tak nampak je aku ni?? Dahlah kau hampir2 bunuh Joshua oppa. Tak malu betul kau tunjuk muka kau kat sini." Kata perempuan tersebut, iaitu tak lain tak bukan ianya Junghee.

"Aku tak buat perkara tu dan takkan sekali2." Balasku dengan tegas.

"Tch, ingat aku akan percaya?? Hahaha. Takkan." Dia sempat menunjal kepalaku sebelum berlalu pergi bersama dengan kawan2 nya yang lain.

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now