Prolog

3.6K 251 47
                                    

"Omma!! Hyera wasseo!!! (Hyera dah sampai)" jerit aku sebaik sahaja aku tiba di rumah.

"Omma???" Mataku mula meliar mencari kelibat omma. Aku melangkah pula ke dapur untuk mencari omma.

'Mana omma ni???'

Sebenarnya aku mempunyai sesuatu yang ingin dikatakan kepada omma. Sesuatu yang sangat menggembirakan. Aku sendiri tersenyum apabila memikirkan perkara tersebut.

Tapi masalahnya, mana omma ni??

Aku kemudiannya menuju ke tandas yang terdapat di dalam bilik omma. Pintu tandas tertutup. Aku dapat rasakan omma ada di dalam tandas tersebut.

Pintu tandas diketuk perlahan. "Omma, Hyera ada sesuatu nak beritahu ni. Berapa lama lagi omma nak berada kat dalam tandas tu??"

Tiada jawapan.

"Omma, Hyera tunggu kat dalam bilik omma ni. Cepat sedikit." Beritahuku kemudian menuju ke katil milik omma. Katil yang agak besar bagi omma seorang.

Appa?

Appa dah lama tinggalkan kami. Appa tinggalkan kami semasa aku masih berumur 8 tahun. Appa pergi disebabkan dilanggar oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Appa dilanggar lari.

Sampai sekarang, aku masih lagi mencari seseorang yang telah melanggar appa. Aku takkan berputus asa selagi aku tidak menjumpai orang tersebut.

Jam ditanganku sudah pun menunjukkan pukul 5 petang. Sudah sepuluh minit aku menunggu omma.

Pintu tandas diketuk buat kali kedua. "Omma .... Hyera masuk ye."

Pintu tandas tersebut dibuka perlahan.

"O-om-omma .... " lidahku menjadi kelu.

Aku hanya terkaku di depan pintu tandas tersebut. Kakiku menjadi lemah.

Aku masih belum dapat memproses apa yang berlaku.

Airmataku sudahpun jatuh dengan deras sekali di pipiku. Aku terasa bagai jantungku berhenti berdenyut kerana terkejut .....

Terkejut melihat ommaku terbaring di atas lantai bilik air dengan kepala yang beradarah. Aku dapat melihat darah mengalir dengan banyak sekali di seluruh bilik air tersebut.

"Omma!!!!!" Teriakku sambil mendekati omma yang sudah tidak bergerak.

Kepalanya diletakkan di atas pangkuanku dan tanganku ditekapkan di bahagian kepala yang mengeluarkan darah. Aku menggoncang omma lembut dengan harapan agar omma membuka matanya.

"Omma ......... ireona!!!!!! (Bangunlah)" teriakku dengan kuat di dalam tangisanku.

Badan omma dipeluk dengan erat. Airmataku dibiarkan jatuh dengan deras. Aku sudah tidak dapat menahan tangisanku lagi.

Aku tak nak kehilangan omma setelah aku kehilangan appa. Omma satu2 nya tempat untukku bergantung sejak ketiadaan appa.

Apa yang paling aku harapkan sekarang ini ialah agar omma masih membuka matanya untukku. Aku masih perlukan omma. Aku dah tak ada sesiapa lagi di sisiku.

Omma ireona .....

End pov

---

Omma Hyera, iaitu Mrs. Ji masih terlantar di hospital selama sebulan. Dan dalam masa tersebut juga Hyera tidak menghadirkan dirinya ke sekolah untuk menjaga ommanya yang koma.

Setiap hari, Hyera pasti bercakap dengan ommanya seolah-olah ommanya bercakap dengannya.

Dia berasa sungguh sunyi.

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now