Epilog

1.2K 144 111
                                    

Chan pov.

Aku kini berada di rumah Jeonghan bersama-sama yang lain. Sudah 1 bulan berlalu dan aku sudah semakin sembuh. Aku sudah dapat berjalan seperti biasa tidak seperti dulu, aku hanya menggunakan kerusi roda.

Keadaan kembali seperti biasa kecuali satu perkara. Hyera ...

"Chan?? Apa yang kau menungkan tu?? Jom kita pergi sekarang." ajak Seungcheol.

Aku mengukir satu senyuman dan sejambak bunga yang berada di tanganku dipandang sejenak sebelum aku turut menapak menuju ke arah kereta yang berada di hadapan rumah Jeonghan.

Aku terus masuk ke dalam kereta tersebut dan mengambil tempat dudukku di sebelah Hoshi.

"Ayee ... Uri Channi!!! Senyumlah sedikit. Hari ini kan kita nak sambut hari yang sangat bermakna bagi kau. Takkanlah nak buat muka macam itu?" Hoshi memicit pipi milikku.

Aku menolak tangannya yang masih memicit pipiku. "Aaa, hyung!! Janganlah picit muka Chan. Sakitlah."

"Ahh ... Macam itulah. Senyum lebar sedikit. Ok??" arah Hoshi dengan senyumannya yang menenggelamkan mata kecilnya itu.

---

"Jja ... Kita dah sampai." kata Seungcheol lalu terus keluar dari perut kereta diikuti yang lain.

Tempat ini ...

Memang tak pernah berubah

"Chan ... Mari sini .. Takkan nak tercegat kat situ je??" panggil Minghao sambil melambaikan tangannya ke arahku.

Aku memandang sut hitamku. Sut tersebut ditepuk sedikit untuk membuang debu yang tidak kelihatan. Kasut hitamku aku pandang seketika.

Baru aku perasan yang tali kasutku terbuka.
Satu keluhan aku lepaskan dan aku menundukkan badanku untuk mengikat tali kasut tersebut. Jambangan bunga tadi aku letakkan di sebelahku.

Selesai mengikat tali kasut tersebut, aku terus menyertai yang lain. Mereka sudahpun berada di hadapan kubur tersebut.

"Kenapa lama sangat tadi??" soal Minghao.

Aku menggosok belakang tengkukku dan tersengih seperti kerang tak busuk. "Tali kasut Chan terbuka. Chan tengah ikat tali kasut tadi."

"Dah dah ... Mari sini Chan. Kau mesti berdiri di depan ni." tanganku lantas ditarik oleh Hoshi menuju betul2 di hadapan kubur tersebut.

Aku menarik nafasku sedalam-dalamnya sebelum melepaskannya. Bunga tadi ...

Eo, aku lupa bunga tadi. Aish ...

"Hyung, Chan pergi ambil bunga yang tertinggal di sana tadi. Hehe."

"Aish .. Lee Chan. Kenapalah boleh tertinggal. Budak ni kan." Hoshi mengangkat tangannya acah2 nak memukulku.

Aku hanya tersengih ke arahnya. "Mian hyung." aku kemudiannya terus berlari ke arah di mana aku tertinggal bunga aku tadi.

Setibanya aku di sana, apa yang aku nampak cuma rumput. Rumput dan rumput. Mana bunga tadi?? Takkan terbang dibawa angin?? Bunga itu berat kot.

"Chan-ah ..."

Aku terus berhenti daripada melakukan kerja ku tadi, iaitu mencari bungaku.

Aku menoleh ke belakang memandangkan suara tersebut datangnya dari belakangku.

Sebaik sahaja aku menoleh ke belakang, satu bunga yang sangat cantik menyapa pandanganku. Bungaku yang telah lama layu kini kembali segar seperti dulu.

Bunga tersebut tersenyum ke arahku sambil membawa bunga yang lain di tangannya, iaitu bungaku yang hilang tadi.

Aku memandang bunga yang betul2 berada di hadapanku kini. Aku langsung tidak dapat berkata apa2. Aku juga kaku ditempatku. Aku sendiri tidak pasti mengapa aku tidak dapat menggerakkan badanku.

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now