22 - Help Her

994 136 8
                                    

Chan pov.

Sejak 2 hari ini, aku langsung tak nampak Hyera di sekolah. Katanya, dia nak bersendirian. Tapi, takkanlah sampai tak datang ke sekolah.

Mungkin dia tak nak tengok muka aku??

Tapi ... aku boleh je sembunyi kat mana2 supaya dia tak nampak aku. Ke, dia ada masalah??

Huhh .. kalau aku nak tolong dia pun aku bukannya dapat. Tiada sesiapa yang nampak aku. Daripada aku merayau-rayau kat sekolah ni lebih baik aku balik ke hospital. Boleh juga aku cuba bangunkan diri aku sendiri supaya aku dapat tolong Hyera kan??

---

Sebaik sahaja aku membuka pintu bilikku ditempatkan, aku ternampak satu susuk tubuh yang amat aku kenali, iaitu Jeonghan hyung.

Apa yang dia buat kat sini??

Aku mengetuk perlahan kepalaku. Apalah aku ni, mestilah dia nak melawat aku. Aigoo.

Aku duduk di sebelah katilku, menghadap Jeonghan. Dia sedang memandang wajahku dengan agak lama sebelum dia mengucapkan sesuatu dari mulutnya.

"Chan-ah ... kalau Chan sedar sekarang ni Chan boleh tolong selesaikan masalah sekarang ini tak?? Sebab ... Chan lah selalu redakan petengkaran kami. Sekarang, hyung dan Joshua tak sehaluan. Semuanya disebabkan Joshua yang menuduh adik hyung tu pembunuh. Siapalah yang tak marah kalau dituduh sembarangan macam itu kan?? Tapi ... hyung juga rasa ada sesuatu yang pelik tentang Junghee. Tapi, takkanlah hyung nak percayakan kata2 Joshua tu bulat2. Argh ... hyung tak tahu nak buat apa lagi. Hyung tak nak semua ni. Kalau Chan ada ... dapat Chan ceritakan sedikit tentang perangai Junghee tu dalam kelas. Haha. Chan ... bangunlah cepat. Tolong hyung selesaikan masalah ni."

Sebelum sempat aku nak balas kata2 Jeonghan tadi (walaupun dia tak dengar), seseorang memasuki bilikku. Dia terkaku di tempatnya sebaik sahaja melihat Jeonghan.

Keadaan menjadi agak tegang sebab kedua-dua mereka mendiamkan diri. Jeonghan hanya memandang Joshua manakala Joshua mengelak daripada memandang Jeonghan dengan memandang ke tempat lain.

"Uhm .. kau nak lawat Chan juga ke??" Soal Jeonghan.

Joshua hanya mengangguk namun masih tidak berganjak dari pintu tersebut.

"Masuklah, buat apa kau berdiri di situ. Kata nak lawat Chan, takkanlah kau nak berdiri di situ sahaja??"

Joshua, tanpa berkata apa2 melangkah masuk dan berdiri di hujung katilku.

Keadaan menjadi senyap semula. Kalau ada cengkerik lalu, memang kedengaranlah bunyinya. Terlalu senyap.

"Jeonghan ..." panggil Joshua.

Jeonghan mengangkat kepalanya memandang Joshua yang masih memandang wajahku.

"Mianhae sebab buat kau marah hari itu." Kata Joshua.

"Betulkah apa yang kau beritahu aku hari itu??" Soal Jeonghan, menunggu jawapan daripada Joshua.

"Kalau aku cakap betul macam mana??" Joshua kini memandang tepat ke dalam mata Jeonghan.

"Beritahu aku. Aku tak kesah sama ada ianya betul atau tidak."

"Ianya betul. Memang Junghee yang cederakan aku hari itu. Dia juga cuba bunuh aku sebab aku cuba beritahu kau perkara sebenar." Beritahu Joshua.

"Jadi ... masa kat depat bilik kelab kita tu ..."
Joshua mengangguk. "Masa itulah dia cuba bunuh aku. Kalau kau tak keluar hari itu, aku tak tahulah apa yang akan jadi dengan aku dan Hyera."

"Hyera?? Hyera pun tahu juga tentang ni??" Jeonghan sepertinya terkejut dengan pernyataan Joshua sebentar tadi.

"Hyera dah lama tahu sebab itulah dia bergegas ke tempat aku dicederakan tu. Kalau dia tak pergi, entah apa yang akan jadi. Tapi, dia sebenarnya tak benarkan aku beritahu kau atau sesiapa." Jelas Joshua.

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now