8

1K 142 9
                                    

Chan pov.

"Hyera, awak tak nak masuk ke kelas ke?? Masa rehat dah tamat ni." Beritahuku kepada Hyera yang duduk di sebelahku sambil memandang lantai.

Dia menggelengkan kepalanya laju.

Apa aku nak buat ni??

"Hyera. Jom kita ponteng sekolah??"

Hyera memandangku terkejut. Mungkin terkejut dengan kata2 ku. Entahlah.

"Nak tak??" Soalku.

"Kalau kena tangkap nanti macam mana??" Hyera memandangku dengan perasaan risau.

Aku memberikannya satu senyuman. "Tak perlu risau. Saya tahu satu jalan di mana cikgu takkan jumpa kita." Beritahuku.

"Jinjja?! Jomlah kita pergi sekarang!!" Wajahnya mula kelihatan gembira dan itu membuatkanku turut gembira.

Tanpa berlengah, aku terus mencapai tangan Hyera dan membawanya ke laluan di mana tiada siapapun yang tahu termasuk cikgu sekolah ni.

Macam mana aku tahu??

Well, sewaktu aku tengah marah dengan hyung2 aku yang lain, aku poteng kelas dan merayau-rayau di sekolah ni sehinggalah aku terjumpa dengan laluan tersebut. Jadi, aku membuat keputusan untuk keluar melalui laluan itu dan .....

Dan .....

Kenapa ... kenapa aku tak ingat apa yang berlaku selepas itu??

Jap, apa yang berlaku selepas itu eh??

"Chan, betulke ini jalannya?" Soal Hyera.

"A-ah, inilah jalannya. Kaja."

Hyera mengangguk kemudiannya mengikuti dari belakang. Tak sangka pula aku akan ponteng sekolah bersama dengan seorang budak perempuan. Haha.

-

"Jadi, awak tak nak ceritakan apa yang berlaku??" Soalku.

Mana taknya, dari dulu lagi aku hairan kenapa Hyera dogelar sebagai pembunuh.

"Hm, memandangkan awak akan tinggalkan saya juga nanti, saya akan ceritakan."

"Apa yang awak cakapkan ni?? Saya takkan tinggalkan awak atas perkara yang tak betul. Saya yakin awak bukan seperti apa yang orang lain katakan." Beritahuku.

"Yelah ... "

(Flashback)

Hyera pov.

Aku melangkah dengan pantas menaiki tangga yang menuju ke atas bumbung di mana situ merupakan tempat yang selalu aku pergi.

Aku pergi ke situ sebab aku nak lari dari Junghee. Nasib baik dia tak ada dalam kelas semasa aku lari tadi.

"Yah!! Kenapa kau tak pergi bunuh je dia?!?! Buang masa sahaja aku upah kau. Baik tak payah. Mana duit aku??"

Kenapa suara tu macam pernah aku dengar.

Macam ...

Macam suara ...

Junghee ...

Eyy, tak mungkinlah Junghee nak bunuh orang.

Walaupun Junghee selalu membuli aku, aku tahu dia tidak sekejam itu.

Aku mengintai di sebalik pintu untuk melihat siapakah gerangan yang sangat kejam? itu.

Eo?? Bukankah itu lelaki yang aku jumpa semalam??

Aku jumpa dia apabila di sedang dibelasah oleh beberapa orang lelaki yang agak tegap badannya. Nasib baiklah aku sempat memanggil polis sebelum sesuatu yang lebih teruk berlaku.

Stand By You || Seventeen Chan (Completed)Where stories live. Discover now