Hyera pov.
Chan yang berada di belakangku tidak diendahkan. Ada sebab kenapa aku berbuat demikian.
Sebabnya, aku takut doktor itu nampak aku bercakap dengan Chan dan meletakkan aku dalam hospital ini lebih lama. Aku tak nak terperangkap di sini. Aku nak keluar.
Satu pelukan mula terasa di tubuhku membuatkan aku terkaku.
Ianya hangat ... dah lama agaknya aku tak rasa pelukan yang seperti ini. Cuma omma sahaja yang mempunyai pelukan sehangat ini. Entah kenapa aku berasa ingin membalas pelukannya.
Tapi, aku tak patut berbuat demikian. Ini tak betul.
Tanpa memandang Chan, aku berkata perlahan kepadanya. "Chan-ah, awak mesti fikir saya masih marahkan awak kan?? Tak. Saya dah tak marahkan awak. Cuma, saya takut saya tak dapat keluar dari sini sebab doktor tu fikir saya bercakap seorang diri. Dia akan ingat saya ini gila."
"Aahhh ... baru saya faham."
Suara Chan kedengaran agak dekat denganku. Aku dapat merasakan hembusan nafasnya pada tengkukku. Dan itu sedikit sebanyak menyebabkan jantungku tiba2 menggila.
"umm ... Chan. Boleh tak awak lepaskan pelukan ni?? S-saya tak selesalah." Beritahuku kepadanya.
Dengan pantas, pelukan tersebut pun dileraikan. Aku berasa kecewa. Entahlah ... aku sendiri tak tahu kenapa aku berasa kecewa sebaik sahaja Chan melepaskan pelukannya.
"Chan-ah ... macam mana saya nak keluar dari sini?? Dapat tak saya keluar nanti? Atau ... saya akan berada di sini selama-lamanya? Omma ... adakah omma saya akan baik2 sahaja di rumah tu?? Saya baru sahaja nak berasa gembira sebab saya dah ada kawan, omma saya pun dah sedar dari komanya. Tiba2 perkara macam ni berlaku. Apa perlu saya buat sekarang ni?? Chan, beritahu saya apa perlu saya buat sekarang??" Kataku dengan tubir mataku yang sudahpun dipenuhi dengan air mata.
Chan tiba2 duduk betul2 di hadapanku, memandang tepat ke dalam mataku. Aku cuba mengalihkan pandanganku dan memandang tanganku seolah-olah ianya perkara yang menarik bagiku.
Wajahku dipegang olehnya lembut sebelum dia mengangkat wajahku agar aku memandangnya. "Hey ... semuanya akan jadi baik2 sahaja. Saya pasti. Saya tahu, awak orang yang sangat tabah. Bermacam-macam dugaan yang menimpa awak. Tapi, awak tetap hadapinya. Awak tahu tak, semua yang berlaku ini ada kebaikannya. Cuma, awak perlu bertahan sedikit lagi, awak akan dapat jumpa kebaikan disebalik perkara yang berlaku ni. Awak dah buat yang terbaik sehingga sekarang. Awak bertahanlah sedikit lagi. Saya akan bantu awak. Hmm?"
Aku tersenyum kecil apabila mendengar kata2 nya itu. Kata2 nya sedikit sebanyak dapat menenagkan aku. Dah lama aku tak dengar kata2 macam tu lagi.
"Terima kasih, Chan. Terima kasih banyak2." Ucapku.
Chan tersenyum sebelum dia menghilang.
Eo? Mana dia dah pergi.
"Cik Ji Hyera??"
Aku menoleh ke belakang di mana terdapat seorang jurarawat wanita berdiri di situ.
"Mari ikut saya." Katanya.
Tanpa membantah, aku berdiri lalu mendekatinya.
Hyera ... kau kena bertahan sedikit lagi. Semua ini akan berakhir.
Setiba aku di hadapan sebuah bilik, aku kehairanan. Ini bukan bilik doktor yang merawat aku tu.
"Masuklah." Arah jururawat tersebut.
Aku mengangguk dan kemudiannya masuk ke dalam bilik tersebut.
"Hyera ..."
Satu pelukan diberikan kepadaku membuatkan aku sedikit terkejut. Lelaki yang memelukku tadi melepaskan pelukannya dan memandangku dengan senyuman yang agak besar.
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fanfiction"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17