Bab 1

38.5K 862 45
                                    


Pelik melihat kehadiran kereta Nissan GT-R yang berada di halaman rumah. Oh, ya! Ini mesti kereta baru abang Amy, dia kata nak tukar kereta hari itu. Alhamdulillah, dengar jugak pendapat aku. Bisik hati kecil Hana sambil tersengih.

Melihat abang sulungnya yang sedang bersantai itu menimbulkan idea nakal di fikiran Hana.

"Abang! Cantiknya kereta baru. Jom jalan." Sergah Hana sambil memeluk abangnya dari belakang, malah bahu abangnya dicium bertalu-talu memujuk agar abangnya setuju membawanya menaiki kereta barunya.

"Wei, Hana. Kau kenapa main terkam anak bujang orang ini?" tegur satu suara dari arah dapur.

'Abang Amy? Habis yang aku peluk cium ini siapa?'

Pantas, Hana menoleh lelaki yang dipeluknya.

"Arghhhh." Terlepas pelukan Hana akibat terkejut yang sehingga menyebabkannya terjatuh ke belakang. Lelaki tadi pula segera bangun dan menghulurkan tangan bagi membantu Hana untuk berdiri semula. Hana yang kecelaruan hanya menyambut huluran tangan itu.

Walaupun Hana sudah berdiri tegak di hadapan lelaki itu, akan tetapi tangannya masih lagi dalam genggaman lelaki itu. Mata mencari mata si jejaka. Satu, dua, tiga, empat dan beberapa saat berlalu tanpa ada antara mereka yang mengalihkan pandangan. Tanpa Hana sedari, renungan si jejakameninggalkan debaran asing di dadanya.

"Ehem. Ehem."

"Eh, sorry, I Ameer Hadeef, kawan Amy." Si jejaka memperkenalkan diri setelah ditegur oleh sahabatnya.

"Haa, Hana, ini kawan abang. Ameer. Ameer, ini adik aku, Hana Zaharah. Adik aku ini Am. Adik aku." Sengaja Hafiz Zulhaimy menyebut tentang adik itu banyak kali. Bukan dia tidak perasan kedua-duanya melayan perasaan tadi.

"Okay, abang." Sakat Ameer sambil salam mencium tangan Hafiz Zulhaimy.

"Hahaha. Sengal kau. Hana, kereta kat depan itu kereta abang ini. Bukan abang Amy punya. Kan hari itu abang kata abang tak nak beli kereta yang kau suka. Hahaha" sempat Hafiz Zulhaimy mengenakan adiknya.

Ameer tersenyum memerhatikan gelagat dua beradik itu. Dalam diam, matanya lebih banyak mencuri pandang gadis yang memeluknya tadi.

Sampai ke rumah pun Ameer masih terbayang-bayang gerangan Hana yang sedikit sebanyak telah mencuit hati lelakinya.



Terbayang semula ketika dia menemani Hafiz Zulhaimy yang mahu mengambil kasut sukan petang tadi, tanpa disangka ketika sedang menunggu rakannya itu, tiba-tiba seorang gadis memeluknya malah yang lebih mengejutkan bahunya dicium berkali-kali. Tidak sempat dia mahu mengelak, semua berlaku dengan begitu pantas, malah ketika dia hendak bersuara, suara Hafiz Zulhaimy sudah mendahului suaranya.

'Cantik jugak adik Amy, aku ingat Syamir main-main. Tak rugi aku ganti tempat Syamir hari ini' bisik hati Ameer nakal.

Baju yang dipakainya, di buka. Melihat baju di tangannya membuatkan Ameer mencium kembali tempat di mana Hana melabuhkan bibirnya. Bentuk bibir Hana yang begitu sempurna, bau rambutnya yang harum, wangian badannya yang mengasyikkan, semua tentang Hana begitu sempurna baginya.

"Woi, kau kenapa? Angau eh?" sergahan itu membuatkan Ameer tersedar dengan angannya.

"Mana ada, aku cium baju aku ini. Mak Jah letak sabun apa sampai dah seharian aku pakai pun wangi lagi. Nah, cuba bau" helah Ameer cuba menutup lepas lakunya tadi.

"Tak senonoh lah kau. Eleh, tak payahlah kau nak cover depan aku. Dari tadi aku peratikan aje abang aku seorang ini. Kejap senyum, sekejap gelak, lepas itu, tiba-tiba buka baju cium-cium baju sendiri then sengih. Uish, seramlah aku tengok kau. Kau angau kat siapa ini Am?"

"Angau apa? Sudahlah malas nak layan kau, nak siap, malam nanti naklepak. Bye." Elak Ameer pantas, sengaja tidak mahu menjawab soalan adiknya.

Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now