Bab 9

21.5K 683 46
                                    

Gurauan adik-beradik itu terhenti apabila penjaga gol Star FC menggamit mereka.

"Kapten. Ada player bergaduh capt. Cepat capt, takut nanti coach tahu, habis kita"

"Siapa yang gaduh?"

"Syamir."

Mendengar nama pemain yang disebut Fariz membuat jantung Hana tidak keruan. Penasaran. 'Syamir bergaduh dengan siapa?'

"Hana tunggu sini. Abang pergi tengok kejap." Lantas Hafiz Zulhaimy bangun, namun tangan Hana yang menarik lengannya membuat pergerakannya terhenti. Isyarat mata diberikan mempersoalkan perbuatan Hana.

"Hana nak ikut."

"Hana, bahaya. Ini yang bergaduh lelaki dewasa tahu. Bukan budak sekolah perempuan yang gaduh tarik-tarik rambut tu. Abang tak nak Hana kena tempias."

"Hana tak sedap hati nak duduk, tunggu abang kat sini."

"Tapi"

"Capt." Teguran Fariz menghentikan pertikaman lidah dua beradik itu. Lantas, Hafiz Zulhaimy mengekori langkah panjang Fariz. Hana yang berkeras mahu mengikutinya dibiarkan mengejar dengan langkah yang kecil kakinya yang bersarung kasut tumit tinggi.

Fariz membawa mereka ke kolam renang bersebelahan dengan dewan di mana majlis 'SportNight Dinner' diadakan. Hafiz Zulhaimy terus menggamit kedua lelaki itu. Kolar baju Syamir yang baru lepas menumbuk lelaki itu di tarik menjauhi antara satu sama lain.

Hana yang baru tiba dengan menjinjing kasutnya terus bersimpuh di sebelah Ameer yang terduduk kerana ditumbuk Syamir tadi. Disebabkan ketiadaan tisu di dalam clutch, Hana spontan menarik sedikit kainnya yang meleret itu keatas bagi mengelap bibir Ameer yang berdarah. Kebetulan kainnya yang panjang meleret itu membenarkannya berbuat demikian.

Tanpa disedari perbuatannya telah mengeruhkan lagi keadaan.

"Amy! Kenapa kau biarkan adik kau dekat dengan budak lawyer ni? Kenapa aku, kau tak bagi dekat dengan adik kau? Sebab aku pemain biasa je? Bukan star player macam kau? Atau sebab aku bukan lawyer?" Syamir menarik kembali kolar baju Hafiz Zulhaimy.

"Aku tak pernah halang adik aku dekat dengan mana-mana lelaki. Kalau dia tak nak dekat kau tanya diri kau balik, jangan salahkan aku." Hafiz Zulhaimy mula naik angin. Memang pantangnya kalau soal adik-adiknya disentuh.

"Kau tahu kan aku suka adik kau dah lama. Dari sejak dia dengan Haneef lagi. Tapi kalau dulu aku faham kenapa dia tolak aku. Sebab dia dah ada Haneef. Tapi sekarang?" sayu kedengaran nada suara Syamir membuatkan amarah Hafiz Zulhaimy turun mendadak.

"Dah. Benda boleh settle baik-baik kenapa nak gaduh macam budak-budak? Kau tunggu sini, tengok diorang ni. Aku cari First Aid Kit kejap." Melihat keadaan sedikit tenang, Hafiz Zulhaimy mengambil keputusan untuk mencari alatan First Aid Kit memandangkan Ameer yang sudah cedera akibat tumbukan Syamir tadi, sementara Fariz diarahkan tinggal untuk memerhati keadaan keduanya.

Hana tetap berada di sebelah Ameer, dia takut melihat keadaan Syamir yang dipenuhi amarah. Tangannya yang sedari tadi membelek luka pada muka Ameer terhenti apabila terasa usapan lembut pada belakang tangannya. Matanya dialihkan kearah tangan yang lembut membelai tangannya.

"Eh, sial, kau memang nak cabar aku kan?" Amarah Syamir naik semula melihat adegan Ameer yang seolah sengaja mahu mencabarnya. Lantas kolar baju Ameer ditarik sehingga Ameer terpaksa berdiri. Melihat amarah Syamir, Ameer tersenyum sinis. Memang itu yang dia mahu, dia tidak suka berkongsi. Jadi ini caranya untuk memberitahu Syamir secara halus bahawa Hana itu miliknya.

Melihat senyuman sinis yang terpamer di bibir Ameer membuat Syamir melayangkan tumbukan sekali lagi, namun sempat dihalang oleh Fariz. Fariz bergelut menarik Syamir yang bersungguh mahu melepaskan diri kerana mahu memberi pengajaran kepada Ameer. Melihat keadaan itu, Hana menghampiri Ameer. Risau di Ameer di apa-apakan lagi. Namun, baru sahaja Hana sampai disebelah Ameer, pelukan Fariz terlepas dan Syamir meluru memberikan tumbukan di muka Ameer. Fariz menarik sebelah lagi tangan Syamir bagi menghentikan baran Syamir, namun tindakannya nyata mendatangkan bala buat Hana, apabila tumbukan itu tersasar mengenai tepat pada tulang pipinya. Hana yang baru tiba di sebelah Ameer terus melayang terkena tumbukan yang penuh amarah dari tenaga seorang lelaki, tanpa dapat di tahan, Hana terjelepuk memandangkan posisinya yang berdiri di sebelah kolam membuatkan dirinya jatuh ke dalam kolam.

Ameer yang melihat keadaan itu terus berang. Kalau tadi dia diam dan tidak membalas, kerana dia tahu undang-undang dan dia percaya dengan tindakannya untuk tidak membalas serangan Syamir tadi adalah betul. Tapi tidak sekarang apabila wanita kesukaannya dikasari didepan matanya. Tidak menunggu sesaat, Ameer melepaskan tumbukan bertubi-tubi di wajah dan perut Syamir sehingga Syamir tidak sempat memberi serangan balas dek serangan tanpa henti yang di beri Ameer kepadanya.

"Am! Hana tak timbul! Aku rasa dia tak pandai berenang!" teriakan Fariz seolah mencabut separuh nyawa Ameer. Syamir diberi tumbukan paling kuat sebelum terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkan Hana.

Tubuh kaku Hana dibawa naik. Syamir yang sudah lemah dikerjakan Ameer hanya memerhati, risau jika terjadi apa-apa pasti dia akan disalahkan. Akan tetapi, dia tidak berani untuk mendekati tubuh lemah itu.

"Oh my God! Please Hana! Please! Just breathe!" desak Ameer sambil menekan dada Hana beberapa kali.

"CPR Am. Dia dah tak bernafas tu!" Fariz mendesak Ameer apabila Hana dilihat tidak memberi reaksi. Kebisuan Ameer menambah lagi peliknya. Tidak mahu melengahkan keadaan, Fariz menolak Ameer ke tepi.

"Ini soal hidup mati Am. Kalau kau ragu-ragu biar aku yang buat." Tangan Fariz mula membetulkan kedudukan Hana, kepala Hana didongakkan, hidung dipicit dan mulutnya dibuka. Baru sahaja Fariz mahu memulakan bantuan pernafasan kepada Hana. Ameer menariknya.

"Aku buat." Tegas.

Pantas bantuan pernafasan mulut ke mulut di berikan kepada Hana. Dada Hana ditekan beberapa kali. Bantuan pernafasan CPR dilakukan sekali lagi berikutan masih tiada pergerakan daripada Hana. Keadaan bertambah cemas apabila Hana masih tidak menunjukkan tanda untuk sedar. Ameer putus asa kerana tidak dapat menyelamatkan Hana.

Kalaulah dia tidak ragu-ragu untuk melakukan bantuan pernafasan itu tadi, pasti Hana masih dapat di selamatkan.

"Sayang pleaseeee...." Rayu Ameer tanpa menyedari air matanya turut mengalir. Tubuh kaku itu di dakap seerat mungkin. Namun begitu bunyi batuk yang kedengaran begitu hampir dengan telinganya membuatkan Ameer tersedar. Hana selamat! Dakapan dileraikan. Belakang Hana ditepuk-tepuk bagi membantu air keluar. Melihat Hana memuntahkan air yang telah ditelan tadi membuatkan Ameer menarik nafas lega.

Kelibat Hafiz Zulhaimy membawa First Aid Kit kelihatan, langkah seorang kapten pasukan itu pincang apabila melihat adiknya terkulai didalam dakapan Ameer. Pantas Hafiz Zulhaimy berlari mendapatkan adiknya.

"Am. Kenapa dengan Hana?" cemas Hafiz Zulhaimy berkata apabila melihat Hana menangis teresak dalam dakapan Ameer. Malah menambah cemasnya apabila keadaan Hana dan Ameer yang basah. Ameer hanya memandang kaku Syamir yang terduduk dari tadi dengan pandangan tajam membunuh.

"Fariz, apa ni? Aku tak faham. Aku tahu Hana lemas, sebab aku tahu adik aku yang seorang ini je yang tak pandai berenang. Persoalan aku sekarang, macam mana adik aku ni boleh masuk dalam kolam?" memandangkan tiada jawapan dari Ameer, Hafiz Zulhaimy mengulang semula soalan sama kepada Fariz. Namun, Fariz juga memberi isyarat yang sama. Memandang kaku wajah sugul Syamir yang lembik setelah dikerjakan Ameer tadi. Seolah faham dengan isyarat itu, Hafiz Zulhaimy bangun untuk mengerjakan Syamir. Namun pergerakannya terhenti apabila lengannya ditarik oleh Ameer.

"Aku dah bagi dia secukupnya tadi. Tak perlulah kau pun nak kotorkan tangan kau jugak." Perlahan suara Ameer memberhentikan perbuatan Hafiz Zulhaimy, tidak mahu perbuatan Hafiz Zulhaimy nanti bakal merosakkan kedudukan dan kerjayanya sekarang.

"Amy.." nada suara Ameer menarik perhatian Hafiz Zulhaimy untuk mengalih tumpuannya kepada lelaki itu.

"Aku nak minta izin. Izinkan aku jaga adik kau?"

Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now