Bab 23

19.9K 506 21
                                    

"Abang Am... Oh God. Can I join both of you? Threesome maybe?"

"Eh, dik. Bila kau keluar hospital? Buat apa kat sini?" Ameer menarik Hana kebelakangnya. Tidak mahu Haneef merenung isterinya.

"Oh, kelmarin petang dah keluar. Hari ni dah masuk kerja pun. Aku datang sini sebab nak bagi kau handle satu kes ni. Client aku, dia tak menepati kontrak yang dah dipersetujui. So, aku nak minta kau punya consultation. Tapi tak sangka pulak dapat tengok porn live." Selamba Haneef berkata.

"Bini aku dik. Biarlah, lagipun it just a kiss. Belum sampai tahap porn lagi. Takut kalau kitorang buat porn kau pulak yang tak tahan tengok. Kan sayang?" selamba Ameer membalas kata-kata Haneef.

"I keluar dulu." Hana berkata kepada Ameer. Tidak mahu masuk campur dengan pertelingkahan dua beradik itu.

"Eh, you nak pergi mana. Duduklah sini. I rindu kat you. I also miss your kiss. Dah nampak tayangan free tadi, terbayang pulak kita masa dulu-dulu. Kiss I is way better kan? I tengok tadi macam plain sangatlah" Sengaja Haneef mahu membakar hati Ameer. Hana terkaku. Tidak menyangka Haneef akan menjadi lebih teruk setelah Ameer mengetahui perihal mereka. Mendengar kata-kata Haneef, Ameer menarik kolar kemeja adiknya.

"Watch your mouth dude!" marah Ameer. Sakit hati dikutuk sebegitu dengan adik sendiri.

Hana kembali ke arah Ameer. Tangan Ameer yang mencengkak kolar Haneef di tarik sebelum menarik Ameer menjauhi Haneef.

"Tempat kerja ni bie. Lagipun dia adik you." Hana cuba menenangkan Ameer. Ameer merenung dalam wajah isterinya.

"Okay, tolong bawa air kopi panas for us." Arah Ameer. Hana tersenyum sambil menunjukkan simbol okay menggunakan tangannya. Haneef hanya memerhati dengan sinis.

"Hai Hana. I nak tanya sikit boleh?" tegur Fina apabila melihat Hana sedang membancuh kopi di pantry.

"Eh, Fina. Ye, you nak tanya apa? Kalau I boleh jawab, I jawablah." Hana membalas mesra.

"You Hana yang model tu kan? Adik kapten Hafiz Zulhaimy?" tanya Fina teragak-agak.

"Oh. Yup, Hafiz Zulhaimy tu abang I. How you know?" Hana tersenyum melihat Fina yang tertunggu-tunggu jawapannya.

"Haa. Betullah. So, maksudnya you ni isteri boss lah kan? Your wedding dah viral kat twitter kot. Habislah frust peminat bos" Bingo! Fina sudah berhasil connecting the dot. Hana yang memerhati hanya tersenyum sambil mengangguk.

"Patutlah boss sayang sangat, you cantik gila kot. I wonder if we in the same age or you lagi muda dari I?" Fina sudah mula selesa dengan Hana.

"I am 24. You?"

"Bingo! You lagi muda dari I. I already 25. Oh no, I feel old already."

"No lah. Tak nampak beza pun, you dengan I. Eh, okaylah Fina, I nak kena hantar air ni. Boss ada tetamu." Balas Hana meminta diri. Buat seketika Fina membuat Hana terlupa sementara perihal yang berlaku di dalam bilik Ameer tadi. Setelah air dihantar buat Ameer dan Haneef, Hana keluar tidak mahu mengganggu apabila kedua-duanya sudah mula bersikap professional.

"Hai dear." Terkejut Hana dengan teguran suara di hadapannya.

"Jom lunch?" Hana menoleh sekilas sebelum menggeleng tanpa menoleh kearahnya.

"Tak payahlah jual mahal sangat you, bukan tak biasa. Am pun dah tahu pasal kita. Nothing to hide anymore." Kata-kata Haneef berjaya membuar Hana menoleh kearahnya. Sengihan di tayang menunjukkan lesung pipit di kanan pipinya.

'Bila tengok macam ni, baru perasan muka Ameer dengan Haneef lebih kurang. But extra marks for Ameer sebab dia ada lesung pipit kat dua-dua belah pipi and more gentle.'

"I lunch dengan my beloved husband. Sorry. Plus, I tak jual timbang kati." Balas Hana selamba lantas meneruskan kerjanya.

"You jangan sombong sangat dear, I akan pastikan you balik dengan I semula. I tahu abang I macam mana." Sekali lagi Haneef berjaya menarik perhatian Hana.

"You jangan nak.."

"Eh, Encik Haneef. Lama dah tak nampak encik. Apa khabar?" suara Fina mematikan kata-kata Hana.

"Alhamdulillah, sihat dah. Lagi-lagi lepas dapat akak ipar cun macam ni. Eh, okaylah. Dah nak lunch ni. I balik office dulu. See you." pantas Haneef berlalu keluar.

"Handsome lah Encik Haneef. Hana tahu tak dia dah ada girlfriend ke belum?" soal Fina teruja.

"Tak tahulah Fina. You tanyalah dia."

"Hmm. Tak apalah. I saja je tanya. Orang handsome macam tu takkan takde girlfriend kot." Fina membuat kesimpulan sendiri sebelum balik ke tempatnya untuk menyambung kerja.

Papp.

Bunyi beg tangan di hempas ke atas meja kerjanya membuat Hana tersentak.

"I nak jumpa Ameer Hadeef."

"Cik ada buat appointment ke? Atas urusan apa ye?" Tanya Hana professional.

"I nak jumpa boyfriend I, takkan nak kena buat appointment juga?" kata-kata wanita itu nyata menyentap tangkai hati Hana.

"Girlfriend?" soal Hana kembali cuba mengawal riak wajah.

"Yela girlfriend. Eh, cepatlah. Apa yang lembab sangat kau buat kerja ni?" marah wanita itu.

Baru sahaja tangannya mengangkat telefon, pintu bilik Ameer sudah dibuka dari dalam.

"Ameer!" jerit wanita tadi teruja lalu berjalan mendapatkan Ameer sebelum cuba untuk memeluk Ameer.

"Eh, Misha." Hana memerhati riak Ameer yang jelas terkejut, namun Hana bersyukur kerana Ameer sempat menahan wanita itu daripada memeluknya.

Lantas lengan Ameer dipaut Misha sebelum kepala dilentokkan pada bahu Ameer. Hana hanya diam, mahu memerhati reaksi Ameer. Ameer pula serba salah sebelum menolak kepala Misha daripada bersandar di bahunya.

Hana yang sakit mata segera berlalu ke tandas.

'Misha?'

'Girlfriend?'

Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now