Bab 12

20.3K 587 9
                                    

Perbincangan yang berlangsung di antara dua keluarga itu berlaku dengan lancar dan rancak. Hana hanya diam memerhati perbincangan itu dari dapur. Matanya memerhati semua ahli keluarga Ameer. Yang banyak berbual dengan kedua ibu dan ayahnya mungkin adalah mama dan papa Ameer, terdapat satu lagi pasangan yang cuma sesekali berbicara, mungkin itu saudara Ameer, fikir Hana. Sebaliknya, lebih banyak memerhati sikap Ameer yang kelihatan begitu bersahaja berbual dengan Hafiz Zulhaimy.

Ameer pula tenang saja berdepan dengan keluarga Hana, adiknya tidak dapat turut serta kerana kesibukan kerja. Memandangkan Ameer hanya mempunyai dua beradik saja, jadi hanya dia yang hadir lalu diajak sekali Mak Jah dan Pak Man yang sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya. Matanya pula kadang nakal melirik ke dapur. Sesekali matanya menangkap Hana yang sedang curi-curi memandangnya. Sengaja dia tidak mengendahkan Hana sekadar mahu menguji perasaan Hana terhadapnya.

"Eh, leka berbual. Mari kita makan, lambat-lambat nanti sejuk pula." Puan Hamna mengajak tetamunya menjamu selera setelah lama leka berbincang.

"Hana, Dikya. Dah siap ke belum?" Encik Zamri bertanya kepada anak-anak daranya.

"Dah ayah." Dari jauh Dikya menyahut apabila Hana menyiku lengannya supaya menjawab soalan Encik Zamri.

Mereka makan diruang makan. Semua dijemput makan bersama.

Hana yang sibuk menghidangkan air kepada semua sudah tiada tempat duduk kecuali sebelah Ameer. Dikya pula duduk di sebelah Hafiz Zulhaimy.

"Hana mari sini makan sama. Sebelah Am kosong lagi tu." Ajak Puan Mazleen.

Makannya rasa serba tak kena duduk bersebelahan dengan Ameer, walhal lelaki itu selamba saja. Makan seperti biasa. Dia yang nervous terlebih. Dikya di depannya sudah membuat muka, saja mahu mengusik kakaknya itu.

"Sedapnya ibu masak ayam sambal ni." Puji Ameer ikhlas.

"Sayang kau yang masak." Selamba Hafiz Zulhaimy menjawab.

"Baguslah Hana pandai masak. Ini makanan favourite Am ni. Ameer ni, kalau Hana masak ayam sambal hari-hari pun tak ada masalah." Puji Puan Mazleen pula. Hana pula sudah tersipu di puji depan ramai tetamu begitu.

Selepas selesai makan, Hana dipanggil ke depan oleh Encik Zamri, kerja dapur ditinggalkan kepada Dikya.

"Ayah, ibu, papa dan mama Ameer dengan Mak Jah dan Pak Man dah berbincang. Hana okay tak kalau majlis nikah kamu dua minggu lagi?" soal ayah tenang. Hana gugup apabila semua mata memandang kearahnya seakan sedang disoal di kandang mahkamah pula perasaannya.

"Nikah? Dua minggu? Sempat ke nak prepare semua? Ayie cuti tak masa tu nanti?" soal Hana jelas terkejut. Fikirnya mereka akan bertunang dahulu.

"InsyaAllah sempat Hana, I dah berkira-kira. Tiket Ayie balik nanti I sponsor jangan risau. Kalau Hana nak bertunang, hari ni pun ibu, ayah, mama dan papa dah declare us as fiancé." Tenang Ameer menjawab persoalan yang dilontarkan Hana. Hana pula terdiam sebelum akhirnya mengangguk.


Segala-galanya memang dapat disiapkan dalam masa dua minggu. Mujur Hana sudah tidak menerima mana-mana tawaran model lagi setelah kejadian serang itu. Maka, masanya memang dipenuhi dengan aktiviti persiapan kahwin. Hana dengan Ameer pula hanya berjumpa sebanyak dua kali dalam masa dua minggu itu, kerana dilarang orang tua mereka. Darah manis katanya. Dalam dua kali perjumpaan itulah mereka menguruskan segalanya kursus perkahwinan, ujian HIV, dan segala procedure yang perlu dilalui.

Ameer menghantar Hana pulang selepas tamat kursus perkahwinan yang dihadiri mereka. Ameer memberhentikan keretanya dihadapan rumah Hana. Namun Hana tiada tanda mahu turun.

"You, kita dah sampai." Ameer bersuara setelah lima minit mereka hanya duduk kaku di dalam kereta. Hana terus membawa badannya menghadap Ameer.

"I'm sorry." Perlahan saja suaranya. Penuh rasa bersalah.

"Why?"

"Sebab I tinggi suara dekat you hari tu." Hana memandang Ameer yang masih lagi tidak menoleh ke arahnya.

"I didn't know that was you. I was so nervous back then. Plus, I didn't have your number until that day." Bersungguh-sungguh Hana menerangkan kepada Ameer yang masih diam.

"I know I was wrong. I'm so sorry." Semakin sayu suara Hana melihat reaksi beku Ameer. Lantas Hana bergerak mahu keluar dari kereta, namun pegangan tangan Ameer di pergelangan tangannya menghentikan perlakuannya.

"I sayang you." Terus kaku Hana mendengar luahan Ameer. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana.

"It's okay. See you this Friday. I harap you tak lari nanti." Pergelangan tangan Hana dilepaskan bersama senyuman yang jelas dibuat-buat.

Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now