"Okay, you've got two minutes. Starting from now." Walau dalam keadaan dingin, Ameer tetap memberi peluang kepada adiknya untuk berbicara.
"Am. Aku minta maaf kalau kata-kata aku mengguris hati kau. Sorry to say, memang aku sayang sangat Hana Zaharah, sampai aku rasa aku boleh gila bila aku tengok dia dengan lelaki lain. Tapi, lelaki yang dia sayang sekarang bukan lagi aku, tapi kau Am. Aku boleh nampak dari mata dia that you're her everything. Trust me. Aku minta maaf sebab aku pernah berniat nak runtuhkan rumah tangga kau. Tapi, aku tak suka bila dia layan aku dingin. Hati aku jadi lagi hancur bang. Jadi, aku baru sedar yang aku dengan dia memang dah tak ada jodoh. Aku lepaskan dia. Aku harap kau bahagiakan dia. Aku takkan kacau isteri kau lagi. Aku minta maaf untuk segalanya, aku sayang kau bang. Ampunkan semua dosa yang pernah aku buat pada kau dan isteri kau. Minta halal segala apa yang pernah kau lakukan untuk aku." Selesai berbicara Haneef memeluk tubuh abangnya. Erat. Seolah tidak mahu dilepaskan. Namun, Ameer hanya diam tidak membalas. Ego.
Haneef bertindak melangkah pergi. Lega. Walaupun sedih melepaskan Hana, namun cuba diikhlaskan hatinya demi kebahagiaan abangnya dan Hana.
Ameer hanya memerhati langkah Haneef yang sudah berlalu sebelum berpaling untuk masuk kembali ke dalam pejabat firmanya.
Dumm!
Bunyi hentaman yang kuat menyentap jantung Ameer. Langkahnya terhenti. Mendengar bunyi pekikan minta tolong dari arah belakang memaksa Ameer berpaling. Melihat sebuah kereta Ford Ranger yang dikelilingi orang ramai di bahagian depannya membuat Ameer terus berlari menerpa ke arah orang ramai itu.
Ameer menolak sedikit orang yang menghalang laluannya dari melihat mangsa yang dilanggar itu. Alangkah terkejutnya Ameer apabila melihat seorang lelaki berbaju kemeja putih terbaring berlumuran darah.
"Adik!" Ameer berlari ke tubuh yang terbaring itu. Tubuh lemah itu dipangku.
"Somebody please call ambulans!" jerit Ameer cemas.
"Adik, kau kenapa sampai macam ni." Ameer menepuk perlahan muka Haneef apabila melihat mata Haneef yang hampir tertutup.
Suara Ameer kedengaran sayup di pendengaran Haneef membuat Haneef menguntum senyum.
"Ak..u.. Aku sa..ya..sayang..ka..u..bang." Haneef bersuara dengan suara yang tersekat-sekat.
"Aku sayang kau jugak dik. Aku sayang sangat adik aku. Kau tahan sikit dik, kejap lagi ambulance sampai." Ameer berkata hiba. Tubir matanya sudah mula menghasilkan air hangat yang ingin memecahkan empangan matanya. Semakin sayu hatinya apabila Haneef menggenggam tangannya.
Ameer turut menaiki ambulans yang membawa Haneef, genggaman tangan adiknya tidak di lepaskan. Sempat matanya menangkan nombor pendaftaran kereta yang melanggar adiknya tadi. Di dalam ambulans Ameer tidak putus memberi semangat kepada Haneef dan berdoa agar adiknya selamat.
Ameer mundar-mandir di hadapan wad kecemasan yang menempatkan adiknya. Sempat dia memberitahu ahli keluarganya tentang kejadian yang menimpa Haneef.
Setengah jam kemudian Encik Zaki datang bersama Pak Man, sementara Puan Mazleen datang bersama Mak Jah. Ameer yang berlumuran darah itu digamit.
"Am!" jeritan Puan Mazleen membuat Ameer berpaling. Kedua orang tuanya dipeluk. Sejurus itu juga, air mata jantan nya mengalir. Risau dan sedih bercampur menjadi satu. Pelukan dileraikan. Ameer tertunduk menahan tangis.
"Sabar nak, doakan adik selamat." Kata Pak Man sambil menepuk perlahan belakang Ameer.
"Am. Mana Hana Am?" soalan Puan Mazleen di biar sepi.
"Am." Encik Zaki pula memanggil anaknya meminta jawapan.
"Am tak cakap lagi dengan dia. Tak sempat." Perlahan saja Ameer berkata.
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
RomanceCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.