Hana teruja apabila sampai di bumi Kangaroo itu. Lebih mengujakan, dia tidak sabar mahu memberi kejutan buat kekasih hati. Sengaja dia tidak memberitahu Haneef tentang penyertaannya dalam program pertukaran pelajar di university yang sama dengan Haneef iaitu Queensland University of Technology, cuma yang membezakannya hanyalah fakulti. Hana di Faculty of Information Technology manakala Haneef di Faculty of Engineering.
"Wei. Tahulah boyfriend ada kat sini. Jangan buat muka mengawan tu depan aku pleaseee." Sara menegur Hana yang kelihatan begitu teruja dengan bumi Australia ini.
"Jom teman aku buat surprise malam ni?" Ajak Hana.
"Kau nak buat surprise apa?" Sara agak tertarik dengan ajakan Hana, maklum baru sampai, masih belum sibuk dengan apa-apa tugasan.
"Aku ingat nak pergi tempat yang dia selalu lepak. Dia kata almost everyday dia pergi sana." Mode teruja Hana masih tinggi untuk melakukan kejutan untuk Haneef.
Hana teruja sendiri berjalan sambil bermain dengan belon-belon yang dia sediakan bersama dengan kek untuk memberi kejutan kepada Haneef di Brisbane Riverside yang seringkali Haneef katakan tempat lepak rasminya. Sara juga diajak bersama untuk menemaninya.
"Hana. Aku rasa aku dah jumpa Haneef." perlahan Sara memberitahu Hana dengan muka serba salah.
"Mana? Dia tak nampak aku kan?" cemas Hana menyembunyikan mukanya dengan belon-belon yang dibawa tadi.
"Tak. Dia langsung tak nampak kau." Suara Sara kedengaran lain pada pendengaran Hana. Lantas, belon tersebut dialihkan. Habis terlepas belon yang dipegang dek kerana terkejut dengan apa yang disaksikan oleh matanya kini.
"Hey, your balloon!" tegur seorang warga tempatan menyentakkan pasangan yang berada di hadapan mereka.
"Let it be. Thanks." Ucap Sara tidak tahu mahu berbuat apa, sama ada mahu menarik Hana atau membiarkan Hana terus menyaksikan adegan dihadapannya. Belum sempat otaknya memproses tindakan yang patut dilakukan, suara warga tempatan tersebut telah pun menyedarkan pasangan dihadapan mereka daripada meneruskan adegan mereka.
"Zara!" Haneef menoleh kearah mereka dengan muka terkejut.
Hana masih kaku dengan air mata yang sudah mula mengalir, masih tidak boleh mempercayai apa yang disaksikan tadi dilakukan oleh orang yang sedang dicari.
Melihat Hana yang kaku berdiri dengan air mata yang mengalir Haneef segera mendapatkan Hana. Tangan Hana di genggam erat.
"Zara, macam mana you boleh ada kat sini? You tak"
Pangg!
Ayat Haneef dimatikan dengan tamparan yang diberikan oleh Hana.
"Is this what I get after 4 years loving you?" tanya Hana dengan air mata yang mencurah. Sara hanya memerhati, membiarkan mereka menyelesaikan masalah mereka.
"It's not what you think" Haneef membela diri.
"You tell me. What should I think after seeing you and her kissing so passionate?" luah Hana.
Melihat Haneef yang terdiam sambil menundukkan kepala. Hana sudah dapat menyimpulkan apa yang berlaku antara mereka berdua.
Wanita itu pula datang menggamit Haneef sebelum memeluk lengan Haneef erat.
"Okay. I got it. You and me. It's over now." Hana menghayun langkah meninggalkan pasangan tersebut.
Air mata yang mengalir dibiarkan mengalir. Tangannya menarik tangan Sara mengikut langkah kakinya yang laju. Namun, baru beberapa langkahnya terhenti apabila Haneef yang mengejarnya berhenti dihadapannya. Lantas, pandangan tajam diberikan kepada Haneef, tetapi Haneef masih berdiri dihadapannya.
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
RomanceCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.