Bab 20

20.4K 506 19
                                    

Sesampainya di hospital, Ameer segera bergerak ke pintu tempat duduk belakang. Hana menarik tangannya dari genggaman Haneef.

Haneef di masukkan ke wad kecemasan. Hana bergerak memarkir kereta Haneef sementara Ameer menemani adiknya.

Hana memandang tangannya yang tertinggal kesan darah. Masih terasa tangan Haneef yang sejuk menggigil menggenggam tangannya. Tidak mahu terus hanyut, Hana bergegas ke wad kecemasan semula bersama sweater Ameer yang sempat di capainya tadi.

Melihat Ameer yang berdiri sugul di sudut wad kecemasan, Hana menghampiri. Tangannya menggenggam tangan Ameer mahu memberi sokongan.

"Aduh." Ameer menarik tangannya dari genggaman Hana. Hana yang terkejut segera menarik tangan Ameer.

"Am. Tangan you koyak!" suara Hana mula cemas. Rasa bersalah menyelubungi dirinya kerana sempat memikirkan bekas kekasih dikala suaminya juga tercedera. Air mata sudah bertakung mengenang kekhilafannya. Tidak mahu berlengah. Hana memanggil nurse yang berada di wad kecemasan itu untuk mendapatkan rawatan. Sudahnya, tangan Ameer di jahit empat jahitan akibat koyaknya yang agak besar.

Hana dan Ameer duduk menunggu di katil Haneef yang sudah pun di masukkan ke wad biasa. Haneef di tahan untuk di pantau kerana kehilangan banyak darah.

"Macam mana tangan you boleh koyak?" tanya Hana perlahan.

"Kena kaca agaknya masa jatuh dengan adik tadi." Melihat Ameer yang seolah tiada mood untuk berbual, Hana kembali diam. Tangannya mengusap di sekeliling bekas jahitan Ameer.

"I tertanya-tanya siapa ex Haneef yang buat adik I sampai macam ni. I ingat lepas dua tahun dia dah okay. Tiba-tiba malam ni jadi balik." Suara Ameer memecah kebisuan.

"Jadi macam mana?"

"Dulu, masa dia sambung belajar kat Aussie, dia pernah jadi macam ni. Pecahkan barang-barang, then tak pergi kelas, berkurung dalam bilik. Reaksi Haneef masa I masuk bilik dia tadi, sama macam reaksi dia masa I pujuk dia dekat Aussie dulu. I tak sedap hati." Sambung Ameer lagi.

Hana menyarungkan sweater Ameer yang di bawa bersama tadi ke badan Ameer. Sekadar disangkut ke bahu. Ameer menoleh Hana dengan muka pelik.

"You seksi sangat. Nanti I tergoda." Hana cuba menceriakan suasana dengan mengenyit sebelah matanya. Ameer sekadar tersenyum lalu menyarung sweater dengan betul.

"I nak balik sekejap. You tengokkan Haneef, kalau dah sedar inform I. I balik sekejap. I tak mandi lagi dari tadi, nanti I inform mama papa sekali. Boleh kan? You dah mandi kan tadi?" Hana mengangguk sebagai jawapan.

Suasana sunyi di dalam wad. Hana memandang tangan Haneef yang berbalut dan di cucuk jarum. Hatinya simpati melihat keadaan Haneef. Melihat tangan Haneef yang sudah bergerak, Hana mendekat.

"Han." Hana memanggil perlahan sekadar memastikan bahawa Haneef sudah sedar.

"Zara, I'm sorry." Haneef bersuara antara kedengaran dengan tidak.

"Han." Hana memanggil lagi. Lantas mata Haneef terbuka. Sekelilingnya diperhati. Matanya berhenti pada Hana yang berdiri tidak jauh darinya. Tangannya dinaikkan mahu menggamit Hana dekat padanya. Hana menggeleng. Namun Haneef berdegil mahu Hana mendekatinya.

"I'm so sorry for what I've done to you." Haneef mula bersuara.

"It's okay. Benda dah berlalu kan. I've accept the fate that we're not meant for each other. And I am grateful that I've fated to be together with Ameer." Hana mengawal riak muka. Tidak suka berbicara soal 'Han Zara' yang sudah pun di jadikan sejarah yang tidak mahu di ingat lagi.

"Even though benda ni dah lama berlaku, I tetap rasa that I should explain everything to you." Pandangan mata Haneef menunjukkan dia serius biarpun dia masih lemah.

"No, you shouldn't. I love Ameer and Ameer loves me. That's more than enough for me. Your explanation won't change a thing." Hana tidak mahu mendengar penjelasan Haneef kerana takut dibayangi dengan sejarah. Dia hanya mahu melihat kedepan.

"It's not fair for me. Please. Just hear me out. I don't care if this will be the last time we talk to each other about this. But, please. Just hear me out." Pinta Haneef bersungguh-sungguh, yakin dia tidak akan berpeluang berdua begini dengan Hana lagi membuat Haneef nekad untuk bersuara. Anggukan Hana melegakan hatinya.

"I love you. Back then. And even now." Suara lirih Haneef sedikit menyentuh hati Hana, namun sedar dirinya sebagai isteri orang, Hana beristighfar di dalam hati agar di beri kekuatan dan tidak menggoyahkan hatinya daripada Ameer.

"I never meant to hurt you. That night. The last night that we met, I was never meant to do those things to you. I was drugged! Felix yang ajak I jumpa kat dalam club tu and dia dah masuk kan pil khayal dalam our drinks. The only different is, I drinked that and you're not. That's why I cuba buat macam-macam dekat you, semua benda yang I buat is not under my control. I tak sedar! I tahu I salah sebab pernah keluar dengan perempuan lain belakang you, tapi, they all means nothing to me. I keluar dengan mereka sebab I sunyi, you're too busy with your model thingy and I feel left out. That's why I hook up with several girls around me. Tapi I dah sedar silap I, I cari you balik. Tapi, semua sia-sia. I could'nt find you, so I'd decided to get myself busy to get you out of my head. And I menyesal buat perkara tu, sebab I terlalu busy, sampai I tak sedar yang you jadi kakak ipar I. Honestly Zara, I tak boleh terima you dengan abang I, sedangkan I sayang you separuh mati Zara. I hampir mati bila I dengar you dengan abang bermesra and this is what happened. I can't control myself when it's come to you. I have try my best to change to be better for you Zara. I may sound cruel, but yes. I really want you back. In my life."

Hana hanya diam. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Adakah ini juga salahnya kerana tidak memberi peluang kepada Haneef? Adakah dia terlalu mementingkan diri sendiri? 

Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now