"As you wish dik, she's back in your life."
Ayat yang kedengaran di pintu membuat jantung Hana seolah berhenti berdegup. Spontan kepalanya di paling kearah datangnya suara itu.
"Abang.." Haneef tergamam. Langkah kaki Ameer yang melangkah masuk di perhatikan.
Hana kaku. Air mata sudah memenuhi kolam matanya.
'Seriously? That easy?' Hana terus mengorak langkah meninggalkan dua beradik itu. Hatinya hancur.
Langkah kaki Hana terhenti, tangan Ameer di lengannya di tenung dengan air matanya yang sudah mula memecahi empangan matanya.
"You heard me dik. As you wish. You've got her. Back. In. Your. Life." Sebut Ameer satu persatu.
"Am? Seriously?" Hana bersuara dalam tangisannya.
"Yes. I'm serious."
"Am. Aku.."
"You've got her back, as your sister-in-law." Tegas Ameer bersuara sekaligus memberi amaran halus.
"And will always be. I'll make sure that nothing will change that. Aku sayang kau dik. Tapi aku sayang isteri aku jugak. Kau kenal aku dik. Aku tak suka kongsi apa yang dah jadi hak aku. Get well soon dik. Kejap lagi mama, papa datang dengan Mak Jah and Pak Man." Ameer terus menarik tangan Hana.
Suasana di dalam kereta sunyi, Hana takut mahu menegur Ameer. Walaupun wajah Ameer tidak menunjukkan riak marah atau sedih tapi Hana yakin Ameer sudah mendengar semuanya. Lengan Ameer di sentuh perlahan cuba menarik perhatian suaminya. Namun, reaksi Ameer cuma beku.
"Am, slow sikit. I takut you bawa laju sangat macam ni." suara Hana yang jelas ketakutan menyedarkan Ameer yang dia tidak bersendirian, kepala ditoleh kearah Hana.
"Am! Kereta depan tu!" jerit Hana menyentak Ameer lantas kakinya pantas menekan brek. Mengejut. Ameer menarik nafas lega apabila dia sempat mengelak dari melanggar kereta di hadapannya.
Akibatnya Hana terhumban ke dashboard kereta.
"Sayang!" terkejut Ameer melihat isterinya yang sudah menekap tangan ke dahi. Hana di tarik sebelum wajahnya dibelek. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya apabila dahi Hana sudah mula memerah menunjukkan tanda sudah mahu membengkak.
"Sayang. I'm sorry sayang. So sorry." Dahi Hana yang memerah dikucup bertalu-talu.
Bunyi hon menyentak Ameer. Kereta di alihkan ke tepi jalan.
"Hana, I tak sengaja. Sorry." Tangannya kembali memaut kepala Hana. Dahi isterinya diusap. Leka sehingga tidak perasan dengan renungan Hana terhadap Ameer. Hana menggeleng kepala.
"Am, I'm sorry." Bicara mematikan perbuatan Ameer.
"Let's not talk about this" suara Ameer kembali dingin. Kereta di gerakkan kembali.
"We have to Am."
"Later." Balas Ameer sepatah.
Reaksi balas Ameer membuat Hana terdiam.
Hana terjaga dari lelap apabila terdengar telefon Ameer berdering. Kereta sudah pun berhenti malah pemandunya juga tidak kelihatan. Hana melihat kawasan sekeliling.
'Pantai?'
Hana keluar dari kereta mencari Ameer sambil memegang iPhone milik suaminya itu. Kereta dikunci sebelum kakinya melangkah ke arah pantai mencari Ameer.
Kakinya laju melangkah ke arah Ameer apabila melihat tubuh Ameer dari belakang. Tubuh itu dipeluk erat.
Ameer yang agak terkejut menepis tangan yang merangkul pinggangnya.
"No. Let me hug you. Please." Makin kuat rangkulan Hana. Ameer hanya membiarkan isterinya memeluknya.
"Kenapa you tak cakap dengan I yang Haneef tu ex-boyfriend you?" Ameer tanya senada.
"Nama pun ex kan Am. Dah tak penting dalam hidup I. Dah menjadi sejarah dah pun. I just need you. You're my life, my love, my future."
"I tak kisah about your past, history. Tapi, kenapa Haneef? Haneef tu adik I Hana. Patutlah since day one, I kenalkan you dengan dia, perangai dia lain macam. Macam-macam hint dia bagi kat I, I yang bodoh tak nampak semua tu. Until this morning, I heard it all Hana. All."
Hana mengeratkan pelukan. Tidak tahu mahu membalas apa.
"I love you." Hana berkata sambil mencium belakang Ameer. Berharap dapat memberi ketenangan buat Ameer.
"I love you Am. I love you." Hana meyakinkan Ameer lagi.
"I love youuuu." Hana sudah mula teresak apabila Ameer seolah tidak mengendahkan luahannya.
"I heard you Hana."
Balasan Ameer meluluhkan lagi hati Hana.
'Do you still love me the same?'
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
RomanceCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.