Bab 5

22.9K 665 28
                                    

Pagi itu, Kelab Bola Sepak Star di gemparkan dengan berita sensasi yang keluar di blog-blog hiburan sehingga menimbulkan kontroversi.

"Pemain Bola Sepak tempatan berpelukan dengan seorang wanita yang dipercayai seorang model secara terbuka sebagai meraikan kejayaan meraih tiga gol yang disumbangkan kepada kelab pasukannya semalam sekaligus membawa kemenangan 5-3 menentang kelab bola sepak dari negara jiran. Model wanita itu juga didakwa pernah kelihatan bersama-sama"

"Dah dah dah, cukup. Ramai dah whatsappscreenshot blog tu bagi kat aku tadi pagi. Aku dah baca pun semua." Pantas HafizZulhaimy menghentikan bacaan Ameer mengenai berita sensasinya yang ditangkapberpelukan dimana konon-kononnya berkelakuan tak senonoh di tempat umum. 


Tangan dilekapkan ke dahi. Berfikir tentang kejadian semalam.

Tercari-cari punca bagaimana gambarnya dengan Hana berpelukan. Patutlah semalam seperti dia merasakan ada mata yang memerhati setiap perbuatannya. Fikirnya itu hanya perasaannya saja, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang meriah semalam. Tidak terfikir dek akalnya perkara seperti ini bakal menjadi satu isu.  

'Kena peluk dengan adik sendiri pun boleh jadi berita sensasi ke?'

Namanya yang belum pernah dilanda gosip kini terpalit dengan berita yang panas malah menjadi viral di laman sosial. Ada juga penyokong-penyokongnya yang meluahkan rasa kecewa mereka di akaun istagram miliknya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kau tak payah nak sakit-sakitkan otak sangat fikir pasal ini semua, budak bola semua pun tahu itu adik kau" Ameer cuba memberi kata semangat sejurus melihat muka Hafiz Zulhaimy yang kelihatan tertekan itu.

"Itu budak-budak bola. Orang luar macam mana? Netizens?" keluhan berat keluar dari mulut Hafiz Zulhaimy.



Pappp!

"Woi terkejut aku gilaaa" marah Ameer yang terkejut dengan tepukan tangan Hafiz Zulhaimy yang tiba-tiba itu.

"Remember dude, malam minggu ini kita ada jemputan untuk talk show 'Cakap Bola, Makan Bola, Tido Bola', aku guarantee nanti mesti dia tanya pasal benda ini."

"Ohh. Okay, so?"

Dalam hati Hafiz Zulhaimy sudah merancang bagaimana mahu menjernihkan keadaan itu. Namun jauh di sudut hatinya juga bimbang dengan keselamatan Hana, bimbang ada yang mencari identiti adiknya itu. Dia bersyukur kerana penulis blog itu tidak mendedahkan nama model yang dikontroversikan bersamanya. Takut kerjaya Hana terganggu dengan kontroversi yang melanda mereka.



"Sara, aku tunggu kau kat Starbucks je la eh. Kau lama lagi kan nak pilih kain ni? Kaki aku dah lenguhlah babe." Hana merengek dengan Sara. Manalah tak lenguh kaki. Dah dua jam mereka di gedung kain itu. Satu kain pun Sara tak berkenan. Menyesal Hana menawarkan diri untuk menemaninya tadi.

"Up to you. Apa-apa nanti call aku." Sara kasihan melihat sahabatnya itu yang mula kebosanan menemaninya. Namun dia masih lagi ralit meneliti kain di hadapannya. Banyak lagi bahan yang perlu di cari, jadi dia tidak mahu Hana terus kebosanan menemaninya.


"One Chocolate Creamchip with hazelnut flavor. Venti size"

Setelah mendapatkan minuman yang dipesan. Hana duduk di sudut kafe itu sambil melayari Instagram miliknya. Pelik, bila tiba-tiba ramai yang komen di gambarnya bertanya adakah dia orangnya.

'Orang apa ni?'

Sedang leka melayari aplikasi Instagram. Tiba-tiba bahunya ditarik. Kasar.

"Oh, kaulah yang perempuan gatal yang tak tahu malu tu kan?" jerit seorang remaja wanita yang tak dikenalinya. Akibat jeritan itu juga, Hana berjaya mendapat perhatian hampir seluruh manusia yang ada di dalam kafe tersebut.

"Saya minta maaf ya cik, saya rasa cik salah orang. Saya tak paham apa yang cik cuba sampaikan." Hana masih cuba berdiplomasi dengan remaja tersebut.

"Kau tak payah nak pura-pura alim. Semua orang tahulah kau perempuan tak tahu malu tu. Kau ingat kau ni hot sangat ke sampai nak ngurat kapten kami? Kau sedar ke tak yang kau tak layak?" bersungguh-sungguh remaja itu memarahi Hana.

"Sorry, I've got to go. Saya tak faham apa awak cuba sampaikan." Hana mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Mukanya sudah cukup tebal untuk terus berada disitu dimarahi tak tentu hala begitu.

Belum sempat melangkah jauh tangannya ditarik.

Splushh.

Habis basah wajahnya disimbah chocolate hazelnut milik si gadis remaja tadi. Hana mula berang apabila remaja tadi tidak habis mahu memalukannya. Kelihatan orang-orang di dalam kafe itu sudah mula berbisik-bisik.

"Kau jangan berani-berani lagi nak menggatal dengan kapten Hafiz Zulhaimy lagi. Kami tak suka."

"What?" Hana terkedu. Niatnya mahu membuat perhitungan dengan remaja itu terbantut apabila nama abangnya disebut. Tajam mata si remaja menunjukkan betapa seriusnya dia dengan amarannya.

"Don't worry, my girlfriend will never do that, since they're family."


Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now