Bab 3

25.5K 725 55
                                    


Kuatnya aura seorang Ameer Hadeef terhadap Hana Zaharah membuatkan segala tingkah lakunya sumbang tak kena gaya. Walaupun sudah biasa dengan rakan sepasukan abangnya, tetapi tidak malam ini. Senyuman pun dirasakan payah untuk diukirkan dengan normal.

Seraya itu segala tingkah lakunya terasa serba tak kena seakan diperhatikan. Walhal si dia sedang rancak berbual dengan rakannya yang lain. Degupan jantungnya juga tak sekata. Ntah apa aura lelaki itu yang membuat Hana hilang punca bila berhadapan. Lebih-lebih lagi bila tertangkap sedang mencuri pandang si jejaka yang berada tidak jauh darinya.

Perbualan rancak abangnya dan rakan-rakannya seakan-akan bagai angin yang bertiup menyapa pendengarannya. Apa yang dia dengar hanyalah degupan jantungnya yang bergoncang kuat sedari tadi. Serba tak kena perbuatannya. Akhirnya, dia meminta izin untuk ke tandas bagi menghilangkan nervous nya.


Sedang leka merenung wajahnya di cermin terasa sesuatu yang tajam sedang bergerak di atas kakinya memaksa Hana memandang ke bawah.

"Arghhhhhhhhhhhh" Hana tidak dapat mengawal jeritan apabila melihat seekor lipas sedang berjalan menaiki betisnya. Hana melompat sambil menjerit dengan harapan lipas itu akan jatuh, namun tindakannya hanya sia-sia.

"Hana?" suara seorang lelaki yang memanggilnya dari luar membuatkan Hana tidak berfikir panjang. Hana hanya mahu lipas itu pergi dari betisnya.

"Ameer! Ameer! Tolong I !"

Mendengar jeritan Hana, Ameer membuat keputusan drastik dengan memasuki tandas wanita.

"You kenapa ni?" riak risau jelas terpamer di wajah Ameer apabila melihat mata Hana yang sudah berkolam. Namun begitu, hanya seketika apabila Ameer menunduk kearah yang ditunjukkan tangan Hana.

Pantas tisu tandas di koyak, badannya di bongkokkan sedikit, baru hendak di lekap kan pada betis Hana. Lipas tersebut mula terbang. Hana yang ketakutan terus berlari ke belakang Ameer bagi mengelak lipas yang mula terbang di dalam tandas itu. Melihat lipas yang seakan mahu hinggap pada badannya membuatkan Hana pantas memeluk Ameer menjadikan badan lelaki itu sebagai benteng pertahanannya.

Ameer yang tergamam membiarkan saja dirinya dipeluk dari belakang. Semakin laju jantungnya berdegup. Ini kali kedua gadis itu memeluknya!

Lipas yang terbang sudah menghilang dan mereka masih berdiri seperti tiada tanda mahu bergerak. Ameer yang sedar keadaan itu memegang tangan Hana yang berada diperutnya dan ditepuk perlahan bagi menenangkan Hana.

Pelukan yang sudah melonggar membenarkan Ameer untuk memalingkan badannya. Dia mahu melihat Hana. Tangannya memegang tepi muka Hana yang menunduk ke lantai. Kepala Hana ditarik ke bahunya sebelum dipeluk erat gadis itu.

"Shhhh. Lipasnya dah lari." Bahu Hana yang menggigil itu ditepuk perlahan. Tidak menyangka binatang sekecil lipas itu mampu memberi impak yang besar terhadap Hana.

"If I told you, this was only gonna hurt. If I warn you that the fire's gonna burn.."

Handphone Hana yang berbunyi memaksanya meleraikan pelukan. Melihat Ameer yang galak merenung wajahnya buat darah Hana seolah berpusu-pusu naik ke mukanya. Segera dia menunuduk dan berpaling untuk mengangkat panggilan yang diterimany.

"Oh, kau dah sampai? Tunggu jap. Aku kat toilet. Nanti aku keluar. Kau tunggu je kat parking." Hana menamatkan panggilan. Malas mahu mendengar mak nenek tu membebel.

Hana berpaling untuk mengucapkan terima kasih kepada Ameer. Namun, terkejut Hana melihat Ameer yang rapat di belakangnya menyebabkan dirinya hilang imbangan dan jatuh dek kerana kekuda kaki yang tidak terpasak dengan betul dan kukuh.

Namun begitu, belum sempat punggungya cecah ke lantai tandas, terasa pinggangnya dipaut. Spontan tangannya memeluk leher pemilik tangan tersebut. Erat.

Melihatkan Hana yang berbual, Ameer mahu segera beredar. Terasa lain apabila duduk di tandas wanita lama-lama. Namun belum sempat menegur, Hana sudah berpaling membuatkan dia turut terkejut dengan pusingan drastik itu. Disebabkan kedudukan mereka yang janggal. Hana yang baru saja berpusing kelihatan tidak stabil. Mujur, dia sempat menyelamatkan gadis itu daripada jatuh ke lantai. Akan tetapi masalah lain pula yang timbul apabila Hana memeluk erat lehernya sehingga terasa nafas gadis itu menampar-nampar lehernya. Ameer telan liur yang terasa kesat. Sebagai lelaki normal, sungguh. Nafsu terseksa sekarang ini. Baru berkira-kira mahu mengangkat tubuh Hana untuk membantunya berdiri dengan lebih stabil. Terdengar ketukan dipintu tandas.

Pantas tangan Hana menarik tangan Ameer masuk ke tandas yang berhampiran dengan mereka.

Klak.

Terdengar pintu ditolak secara perlahan.

"Sorry, ada orang tak? Hana. Abang Amy ini."

"Ehem. Ada ni. Kenapa? Orang nak melabur pun tak senang."

"Sara dah panas bontot tunggu kau tu."

"Jap lagi Hana datang."

"Okay. Abang Amy cari si Am kejap. Mana ntah hilang mamat ni"

Terdengar pintu ditutup semula. Hana menoleh kearah Ameer yang sedari tadi merenung tingkahnya.

"Sorry." Perlahan Hana meminta maaf kerana menyusahkan Ameer.

"It's okay. Anything for you" Ameer membalas dengan nada berbisik juga.

"Haa? Apa you cakap tadi? Sorry, tak jelas"

Ameer tayang senyum hingga menampakka kedua belah lesung pipitnya. Tangannya spontan mengusap pipi Hana.

Lembut.

Hana seolah merelakan perbuatan Ameer. Malah merenung dalam mata Ameer. Ameer pula semakin hanyut dengan renungan Hana yang seolah sedang menggodanya.

Wajahnya didekatkan dengan wajah Hana. Hidung bertemu hidung. Debaran di dada semakin menggila, namun tiada seorang pun diantara mereka yang menghalang mahupun memberhentikan keadaan mereka.

Nafas Ameer yang menampar wajahnya membuatkan nafas Hana tidak sekata. Mata di pejam bagi menenagkan jantungnya yang berdegup dengan sangat kencang. Jantungnya seakan terhenti di saat bibir Ameer terasa membasahi bibirnya. Akalnya mahu menolak tetapi badannya seakan. Kaku. Badannya menderhaka dengan tuannya apabila Hana mula memberi respon dengan membalas ciuman Ameer. Belum sempat mereka mendalami ciuman itu, pintu diketuk kuat.


Tok! Tok! Tok!

"Woi makcik. Berak emas eh? Lama gila." Suara Sara kedengaran lantang dibalik pintu tandas yang mereka bersembunyi.

"Haa. Okay. Okay. Aku dah siap ni." Hana mengemaskan rambutnya sebelum keluar.

Sempat dia menoleh kearah Ameer dengan pandangan yang sukar ditafsir maksudnya. Tangannya pula spontan mengesat kesan lipstick yang melekat pada bibir lelaki itu.

Ameer pegang dada sendiri setelah Hana keluar. Masih tidak percaya dia berani berkelakuan begitu dengan adik sahabatnya sendiri. Sempat Ameer menenangkan hati sendiri sebelum keluar secara bersembunyi dari tandas wanita itu.


Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now