Wajah Hana yang kelihatan pucat itu dipandang risau.
"You betul ke okay ni? kalau you tak okay I cuti je. Kita pergi klinik."
"No. Tak apa. You busy kan. Lagi-lagi you kena handle kes baru kan? kalau tak okay. I call you." Hana tidak mahu membebani suaminya yang baru saja mula bekerja dengan perihalnya pula.
"Jaga diri sayang. I pergi kerja. Kalau I tak angkat your call. Please call pejabat." Sempat Ameer memberi kucupan di dahi Hana sebelum berlalu ke pejabat.
Telefon yang berdering mengganggu konsentrasi Ameer. Fokusnya sekarang adalah mahu meneliti kes terbaru yang akan dikendalikannya. Malas mahu mengendahkan bunyi tersebut, terus telefon di tukar ke mode silent.
Setelah habis mentelaah semua detail berkaitan dengan kes terbarunya, Ameer terkejut melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 6 petang. Telefon yang di silent tadi di jenguk semula.
28 miscalls!
Ameer menyemak log panggilannya. Hatinya mula berasa tidak enak apabila 10 darinya adalah panggilan daripada isterinya, selebihnya adalah panggilan daripada Encik Zaki dan Puan Mazleen.
Lantas tangan menelefon semula nombor Hana. Hatinya semakin risau apabila Hana tidak mengangkat telefon setelah 10 panggilan dibuat. Kakinya terus melangkah keluar menuju ke kereta. Nombor Encik Zaki pula cuba di hubungi. Juga tidak diangkat. Sambil tangannya memutar kunci menghidupkan enjin kereta, tangan kirinya menelefon Puan Mazleen. Nafas lega dihembus apabila panggilannya disambut.
"Am dekat mana ni? Kenapa kami call tak angkat?" serang Puan Mazleen sejurus selepas panggilan dijawab.
"Am baru nak keluar pejabat ma."
"Ya Allah budak ini. Kamu tahu tak isteri kamu masuk hospital ni!" kata-kata Puan Mazleen buat pergerakan Ameer terhenti.
"Hana masuk hospital? Kenapa? Hospital mana? Siapa yang bawa Hana?" soal Ameer risau.
"Dah. Papa whatsapp kamu wad mana, hospital mana. Cepat, kesian Hana."
Sepanjang perjalanan Ameer berdoa semoga isterinya selamat walaupun dia tidak mengetahui punca Hana dikejarkan ke hospital.
"Mama! Papa!" Ameer berlari ke tempat di mana Encik Zaki dan Puan Mazleen berdiri. Riak risau jelas terpamer di wajahnya. Belum sempat Ameer mahu bertanya tentang Hana doktor sudah pun keluar dari bilik yang menempatkan Hana.
"Boleh saya jumpa suami Puan Hana Zaharah?" Ameer mengikut langkah kaki doktor yang hampir sebaya dengan Puan Mazleen itu ke biliknya.
"Isteri saya kenapa doktor? Teruk ke?" tanya Ameer tidak sabar.
"Alhamdulillah. Both of them selamat." Balas doktor itu sambil tersenyum. Ameer pula jadi bingung.
"Both? Isteri accident dengan siapa?" otaknya sudah mula berfikir adakah mungkin isterinya ditimpa kemalangan yang melibatkan nyawa lain.
"Isteri dan anak encik selamat." Terang doktor itu lagi.
"Anak?" Ameer bertanya kembali.
"Yes. Isteri awak mengandung 3 minggu." pernyataan yang keluar dari mulut doktor itu membuat Ameer teruja. Dia mengucap syukur berkali-kali. Gembira tidak terkata sehingga bergenang kolam matanya.
"Tapi kenapa isteri saya sampai dikejarkan ke hospital?" soal Ameer pelik setelah keterujaannya sudah kembali ke paras normal.
"Okay, ini yang saya nak sampaikan pada awak. Pada awal kehamilan, kandungan sedikit sensitif, jadi, awak kena pastikan isteri awak makan dengan betul dan seimbang. Saya akan beri vitamin dan ubat yang diperlukan. Isteri awak pengsan sebab badan dia terlalu lemah, tak cukup vitamin. Morning sickness isteri awak teruk ye?" pertanyaan doktor buat Ameer terkedu.
Kenapa dia tak perasan Hana ada gejala morning sickness? Baru sekali dia ternampak Hana muntah-muntah, itupun pagi tadi kerana dia lewat bertolak ke office. Hatinya rasa bersalah terhadap Hana. Seolah telah mengabaikannya setelah pemergian arwah Haneef, walaupun sudah masuk minggu kedua arwah Haneef meninggalkan mereka.
"Sayang, I'm sorry." Bisik Ameer perlahan. Rambut Hana diusap lembut. Wajah Hana yang sedang lena itu dipandang sayang. Bibirnya di labuhkan di dahi Hana. Tangannya pula spontan mengusap perut Hana yang masih kempis. Ameer tersenyum gembira. Bibirnya didaratkan lama di perut Hana sebelum dia sedar ada tangan yang membelai rambutnya.
"Sayang?" panggil Ameer ketika mengangkat kepala. Hana pamer senyum. Ikhlas.
"Thank you so much sayang for carrying our little caliph. I love you so much."
"I love you more." Balas Hana perlahan.
"I minta maaf, sebab I tak pandai jaga you." sayu Ameer meminta maaf. Sungguh, dia kesal dengan sikapnya sendiri. Terlalu hanyut dengan kesedihan hingga tidak sedar dengan perubahan isterinya.
"It's okay bie. I faham. Baby pun selamat kan. No worries bie." Hana mengusap pipi Ameer, meyakinkan bahawa dia baik-baik saja.
"I pernah mimpi you menangis sebab kena tinggal dengan budak kecil. I tak sangka it was actually a warning for me." Mata Ameer mula bergenang menyedari kealpaannya.
"No bie. Mimpi itu mainan tidur. InsyaAllah kita jaga baby ni sama-sama ye." Pujuk Hana.
Malam itu wadnya dipenuhi dengan keluarga Hana dan keluarga Ameer yang datang melawat.
"Alhamdulillah, dua minggu lepas Ameer hilang adik. Tapi hari ini, Allah beri Ameer nikmat yang lain. Ameer berpeluang merasa bagaimana menjadi seorang bapa. Mama harap Ameer jaga Hana betul-betul." Pesan Puan Mazleen ketika Ameer menghantar mereka di parking kereta.
"InsyaAllah ma."
'Terima kasih Allah.'
Ameer bersyukur dengan kebahagiaan yang dikurniakan untuknya sekeluarga.
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
RomanceCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.