Hana terkejut dengan pernyataan yang dikeluarkan Haneef, memanglah dia selalu tengok. Tapi itu dulu, waktu mereka sedang bahagia menyulam kasih, di mana Hana selalu menemani Haneef bermain bola keranjang lebih-lebih lagi apabila waktu tournament. Sudah menjadi kebiasaan Haneef untuk membuka baju selepas tamat perlawanan bagi menghilangkan peluh, awalnya Hana segan juga, setelah selalu dimomokkan dengan tabiat Haneef itu, dia sendiri sudah tidak kisah. Namun, sekarang keaadan sudah berbeza. Jantung Hana seakan terhenti berdegup lebih-lebih lagi mendengar reaksi balas Ameer.
"Maksud kau?"
"Alaa, takkan kau tak pernah buka baju depan kau. Dia pun ada abang kan. Bukan tak pernah tengok badan lelaki." selamba Haneef menjawab. Dalam diam Hana menarik nafas lega.
"Ahh kau. Badan aku lain. Cantik. Hana pun dah hafal badan aku macam mana. Badan kau tu keping je. Tak payah nak show off. Dah, pergi pakai baju." Ameer berkata sambil menolak Haneef masuk kembali ke dalam biliknya.
"Sayang, you jangan tengok Haneef tu lebih-lebih. Bahaya. Dah jadi tabiat dia tak suka pakai baju. Kesian mata wife I"
"Takpe, badan you tetap yang paling seksi untuk I." balas Hana mengenyit mata. Sejurus itu, tangannya ligat mengemas pakaian yang telah di bawa. Ameer pula mula mengambil segala dokumen dan barang kerjanya untuk dibawa ke rumah mereka.
"Hana tambah lagi sayang" tegur Puan Mazleen. Hana mengangguk saja.
"Zara tak suka makan daging lembu lah ma." Balasan Haneef menghentikan suapan Hana dan Ameer.
"Sayang tak makan daging ke?" soal Ameer perlahan.
"Makanlah." Hana tayang sengih. Sengih yang tak berapa nak ikhlas. Melihat sengihan tak ikhlas isterinya, Ameer mengambil daging yang berada di dalam pinggan Hana. Hana tersenyum dengan keprihatinan Ameer.
Haneef hanya memerhati perlakuan pasangan didepannya. Sakit.
Kakinya di julurkan ke depan mencari mangsanya. Wajah Hana dipandang sebelum kakinya mula mengusap betis Hana di bawah meja.
Hana tersentak merasa usapan di betisnya. Lantas kepala dijengah ke bawah. Dilihat kaki Haneef disitu, wajah Haneef di pandang, namun reaksinya hanya selamba. Lantas Hana menyepak geram kaki Haneef sehingga terkejut Haneef dengan sepakan Hana lantas kakinya ditarik laju, malangnya lututnya terlanggar bawah meja membuatkan meja itu bergegar dilanggar dek kaki panjangnya.
"Dik, kenapa kau." Tegur Ameer.
"Adik, cuba makan elok-elok. Kesian kak Hana terkejut." Tegur Encik Zaki. Hana pula buat muka tak bersalah. Kakinya sudah elok dilipat duduk bersila di atas kerusi itu. Malah sebelah lagi tangannya diletakkan di atas peha Ameer. Sengaja.
"Ma, pa. Esok Am nak bawa Hana tinggal kat rumah Am. Mama dengan papa okay kan?" tanya Ameer setelah mereka selesai makan. Hana pula leka menolong Mak Jah mengemas dapur.
"Kenapa nak pindah, rumah papa ni besar kot." Soal Haneef.
"Privacy bro." balas Ameer sambil menjungkitkan keningnya. Sengaja mempamerkan riak gatal diwajahnya.
"Papa dengan mama tak kisah Am. Yang penting kamu tahu apa yang kamu buat tu terbaik untuk family kamu" balas Encik Zaki.
"Oh, ya. Pa. Company papa ada vacancy tak?" soal Ameer. Soalan Ameer menarik perhatian Haneef juga.
"Buat masa sekarang, company tengah cari akauntan. Nak replace Durrah since bulan depan dia dah resign." Terang Encik Zaki.
"Durrah dah resign?" Haneef pula menyampuk.
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
عاطفيةCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.