Bab 15

24.9K 588 7
                                    

Majlis resepsi yang dijalankan di rumah keluarga Hana berlangsung dengan meriah dengan kehadiran saudara mara Hana, rakan-rakan university dan juga tetamu yang diundang.

Selesai majlis makan beradab, Ayie mengajak Hana dan Ameer untuk melakukan fotografi outdoor.

"Kak, kau jangan kayu sangat boleh tak? Macam manalah orang boleh pilih kau jadi model?" Perli Ayie geram dengan Hana yang kelihatan kekok.

"Kau nak akak buat apa? Malulah." Getus Hana.

"Sayang, you pandang mata I." perlahan saja Ameer berbisik pada telinga Hana. Melihat Hana yang malu-malu memandangnya, dagu Hana dipaut. Matanya tunak memandang kedalam mata Hana. Dalam. Terhanyut dengan renungan menggoda Ameer, Hana bertindak memaut tangannya di leher Ameer. Ameer yang sememangnya mudah tergoda dengan Hana mendekatkan wajah mereka sebelum bibir mereka bersatu.

"Done! Cantik bro!" suara Ayie mengejutkan Hana dan Ameer.

Hana memandang sekeliling. Ameer hanya menunjukkan ibu jari isyarat good kepada Ayie.

'Nasib baik tak ada orang.' Bisik hati Hana melepaskan kelegaan.


Petang itu setelah selesai sesi fotografi outdoor bersama Ayie, mereka pulang semula ke rumah keluarga Hana.

"Haa, balik dah pengantin. Am, family kau dah nak balik ni." tegur Hafiz Zulhaimy kepada pasangan pengantin yang baru masuk kedalam rumah. Ameer hanya menunjukkan isyarat supaya menunggunya sebentar.

"Am, papa dengan mama harap kamu jadi suami yang baik buat Hana. Sentiasa jaga dia macam mana kamu tengok family dia jaga dia. Papa dengan mama akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berdua." Pesan Encik Zaki kepada anaknya. Ameer mengangguk sebelum memeluk kedua orang tuanya.

"Bro, baliklah. Jaga kak ipar bebetul. Jangan sampai di ambil orang." Sengaja Haneef berkata begitu sambil memandang muka Hana sinis.

"Kau ni mulut. Cuba doa baik sikit. Abang tumbuk mulut kau nanti." Ameer memeluk Haneef sebelum meluku kepala Haneef.

Keluarga Ameer meminta diri dengan dihantar oleh pengantin sampai ke pagar rumah.

"Penat jugak jadi pengantin kan?" Ameer membuka bicara setelah dia dan Hana masuk ke dalam bilik Hana.

"Penat. Nasib baik Abang Amy berkeras nak pakai catering. Kalau tak, malam ni kita kena basuh periuk." Hana melayan saja perbualan suaminya.

"Ye ke? I ingat itu cerita orang-orang tua untuk takut-takutkan anak muda je."

"Betul. Tok ayah pun tadi tanya. Kenapa tak tinggalkan periuk untuk pengantin." Balas Hana sambil tergelak mengingatkan pertanyaan Tok ayah tadi.

Hana membuka selendang yang seharian dipakai. Ameer hanya menjadi pemerhati di birai katil. Rambutnya yang sudah memanjang itu diikat dengan getah kecil sambil memerhati setiap gerak geri Hana bagai menonton satu pementasan di hadapannya. Ameer tersenyum senang, tidak menyangka akan menikahi gadis dihadapannya. Setelah berjumpa gadis ini, baru dia mempercayai wujudnya cinta pandang pertama. Tidak mahu berlengah, Ameer berlalu untuk mandi apabila sudah mula berasa tidak selesa.

"I mandi dulu boleh? Badan dah berpeluh sangat, tak selesa."

"Oh, okay, you jangan lama-lama, I pun nak mandi. Dah tak selesa sangat ni." Kata Hana sambil menghulurkan tuala buat sang suami.

"Apa kata kita mandi sama? Tak ada lah you tunggu I lama." Keningnya di angkat sebelah menunggu persetujuan Hana.

Melihat Hana yang diam tanpa memberi jawapan membuatkan Ameer semakin giat mahu menyakat. Bajunya di buka di hadapan Hana sengaja menunjukkan ketulan-ketulan di perutnya.

Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now