"Kalau kau betul nak jaga adik aku. Datang minta izin dengan ibu ayah aku. Buat cara lelaki. Lagi bagus bawa parents kau sekali. Kalau Hana setuju, ibu ayah aku setuju. Aku izinkan."
Entah kenapa, ayat Hafiz Zulhaimy meruntunkan hatinya. Hana tidak dapat menahan sebak terus mendapatkan abangnya lalu memeluk erat tubuh itu. Hafiz Zulhaimy membuka blazernya dan disarung pada tubuh adiknya yang basah.
"Abang Amy dah tak nak jaga Hana ke? Hana janji lepas ni Hana dengar je cakap abang." Mengongoi Hana dalam pelukan Hafiz Zulhaimy.
"Abang dah janji. Kalau abang jumpa lelaki yang boleh jaga Hana macam kami jaga Hana, abang kena lepaskan Hana juga. Abang yakin Ameer lelaki itu." Perlahan saja Hafiz Zulhaimy memujuk Hana, cukup untuk pendengaran mereka berdua.
Sampai di parking kereta, Ameer menarik lengan Hafiz Zulhaimy, menjauhi Hana beberapa langkah. Hana pula hanya memerhatikan perbualan kedua lelaki itu. Namun, dia tidak dapat meneka perbualan mereka.
"Boleh tak kalau aku hantar adik kau? Kau kan bintang majlis ni. Kau tak received lagi penghargaan kau. Jangan risau, aku jaga adik kau lebih dari nyawa aku sendiri."
Hafiz Zulhaimy berjeda membuatkan Ameer tak senang duduk. Tidak pernah dia meminta izin dengan sesiapa untuk keluar dengan seorang wanita, seperti sekarang.
"Aku nak kenal dengan ibu ayah kau. Hujung minggu ni aku bawa mama dengan papa aku datang."
Mendengar kata-kata Ameer sedikit memujuk hati Hafiz Zulhaimy.
'Mungkin betul Ameer lelaki yang sesuai dengan Hana.' Bisik hati kecil Hafiz Zulhaimy. Sedih sebenarnya mahu melepaskan adik yang selama ini selalu dengannya. Sememangnya Hana merupakan adik yang paling rapat dengannya berbanding adik-adiknya yang lain.
"Hati-hati. Jaga Hana elok-elok. Nanti aku call ayah." Hafiz Zulhaimy mengalah. Memberi peluang kepada Ameer sekaligus mahu melihat sejauh mana keberanian Ameer untuk berjumpa dengan ibu dan ayahnya.
Melihat Hafiz Zulhaimy yang meninggalkannya berdua dengan Ameer meninggalkan tanda tanya di benak Hana.
"Abang Amy nak pergi mana?" soalan diajukan kepad Ameer yang berjalan menuju kearahnya.
"Amy kena terima penghargaan di hujung dinner ni nanti. So, I mintak izin untuk hantar you." Jelas Ameer bersahaja.
"And, Abang Amy bagi?" pelik.
"Yes. Now get in the car sayang. I dah tak sabar nak jumpa ibu dengan ayah mentua I." Ameer membalas soalan pelik Hana sekaligus mengenyit sebelah mata.
"Baju I basah. Habis kereta you nanti." Malu sebenarnya mendengar perkataan sayang yang keluar dari mulut Ameer. Malah ayat yang dituturkan Ameer juga memberi debaran di jantungnya. Tidak tahu sama ada Ameer serius atau sekadar bergurau.
"Takpe sayang, seat kulit, shouldn't be a problem. Lagipun, I pun basah jugak. See." Balas Ameer sambil memerah sedikit bajunya. Melihat Hana yang teragak-agak Ameer menolak manja tubuh itu agar duduk di dalam keretanya.
Sesampai sahaja di rumahnya, Puan Hamna dan Encik Zamri sudah menunggu di laman rumah dengan riak risau. Hana pula yang berdebar semacam melihat Ameer yang bersikap seperti biasa.
"Assalamualaikum. Apa khabar auntie, uncle?" Sapa Ameer sambil menghulur tangan untuk bersalaman.
"Walaikumsalam. Baik, alhamdulillah. Hana, kamu masuk, pergi mandi. Nanti demam pulak." Encik Zamri mengarahkan anaknya untuk mandi sekaligus meninggalkan Ameer dengan mereka. Hana merenung Ameer, Ameer sekadar menganggukkan kepala sambil mengukir senyuman sebagai isyarat agar meninggalkannya dengan ibu dan ayahnya.
Melihat kelibat anaknya sudah masuk ke dalam rumah, Encik Zamri memulakan bicara.
"Anak ni Ameer kan?"
"Saya uncle. Nama saya Ameer Hadeef." Sopan Ameer memperkenalkan dirinya, walaupun dia yakin pasti Hafiz Zulhaimy sudah memaklumkan kepada ibu dan ayahnya.
"Tak apalah. Mari Ameer masuk dulu. Kamu pergi mandi dan tukar pakaian. Pakai baju Amy dulu. Boleh? Kalau tunggu sampai rumah kamu, takut demam pula nanti" Puan Hamna pula bersuara. Ameer bersetuju sementelah dia juga sudah tidak selesa dengan pakaiannya yang basah keseluruhannya. Encik Zamri membawa Ameer ke bilik Hafiz Zulhaimy untuk mandi dan bertukar pakaian yang disediakan Puan Hamna sejurus selepas Hafiz Zulhaimy memaklumkan kedatangan Ameer untuk menghantar pulang adiknya.
Hana menjengah ke ruang tamu apabila mendengar suara ayahnya berbual dengan seseorang.
"Hana tak payah nak menghendap. Mari sini ayah nak cakap sikit."
Malu-malu Hana menghampiri apabila Encik Zamri menegurnya begitu di hadapan Ameer. Punggungnya di daratkan di sebelah Encik Zamri yang berhadapan dengan Ameer yang sudah berganti pakaiannya dengan jersi milik Hafiz Zulhaimy.
"Hana, Ameer minta izin ayah untuk mengambil anak ayah ni sebagai isteri. Hana macam mana?" soalan yang diajukan oleh Encik Zamri membuat jantung Hana seolah berhenti berdegup. Wajah Ameer di hadapannya di tenung sekilas. Nampak kesungguhan dan keikhlasan di wajah Ameer.
"Hana tak tahu ayah, ibu. Hana ikut je apa keputusan ayah dengan ibu." Perlahan saja Hana menutur ayat antara yakin dan tidak.
"Hana, izinkan I jaga you?" permintaan yang ditutur Ameer meluruhkan tembok keraguan Hana. Tidak perlu ayat berbunga-bunga cukup dengan keberanian Ameer meminta izin bersaksikan ibu dan ayahnya meyakinkan Hana untuk memberi peluang untuk hubungan mereka berdua. Tidak lama kemudian dia mengangguk. Encik Zamri dan Puan Hamna sekadar mengangguk seraya menghulurkan senyuman bagi memberi sokongan kepada keputusan yang telah dilakukan Hana. Ameer pula mengucap syukur kerana jalan yang dipermudahkan Allah untuknya.
"Hujung minggu ni mama dan papa saya datang meminang Hana, boleh uncle?" suara Ameer memecah lamunan Hana.
"Hujung minggu? Eh, sempat ke ibu nak buat persiapan apa semua Ameer?" Puan Hamna kalut mendengar ayat Ameer.
"Tak perlu buat apa-apa ibu. Cukup sekadar menerima kehadiran pihak saya." Lembut sahaja mendengar Ameer memanggil Puan Hamna dengan panggilan ibu juga.
Sudahnya Puan Hamna dan Encik Zamri bersetuju dengan cadangan Ameer.
Kepulangan Ameer dari rumah Hana pada malam itu seolah memberi satu sinar baru dalam hidupnya.
Manakala, Hana pula sudah berdebar menunggu dua hari lagi. Separuh daripada dirinya mengatakan tindakannya adalah gila apabila menerima lamaran seorang yang tidak begitu dikenalinya. Hana cuma mengenal Ameer Hadeef sebagai peguam kepada Star FC selebihnya dia tidak mengetahui apa-apa tentang lelaki itu. Soal kerjayanya juga baru diketahui tadi, pada majlis dinner Star FC itu. Namun begitu, separuh daripada dirinya bersungguh mengatakan keputusannya adalah tepat memandangkan dirinya begitu selesa dan tenang apabila berhadapan dengan seorang Ameer Hadeef.
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
RomanceCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.