Ayat adik Ameer mati disitu tanpa sempat dihabiskan melihat gerangan yang menjadi kakak iparnya. Hana pula sepuluh kali ganda terkejut dengan apa yang dilihatnya. Lengan Ameer di paut. Kuat.
"Haaaa, dik, ni kak ipar kau. Hana Zaharah. Hana ni adik I Amri Haneef." Ceria saja Ameer memperkenalkan adiknya kepada Hana. Clueless.
"Zara?" Sapaan adik iparnya yang lebih kedengaran seperti soalan.
"Han." Gugup Hana menyapa setelah hampir dua tahun tidak bersua dengan Haneef.
"Wait. Both of you kenal ke?" pelik Ameer bertanya. Panggilan Haneef pun kedengaran janggal pada pendengarannya.
"Dulu kami pernah.."
"Pernah satu university masa diploma." Pantas Hana memintas ayat Haneef. Risau sekiranya Ameer salah faham. Tidak mahu mengeruhkan hubungan yang baru nak bermula. Baru sebentar tadi Hana berasa bahagia dengan layanan Ameer yang sudah mula melayannya seperti biasa malah terasa disayangi dengan layanan Ameer. Namun, kemunculan Haneef seolah memberi satu bebanan baru baginya.
"Oh, patutlah nampak macam kenal. Memang kawan-kawan you panggil you Zara eh?"
"Aah." Pautan di lengan Ameer di eratkan. Haneef pula diam memerhati. Terasa panas seluruh badan dengan kenyataan yang baru di ketahuinya.
"Haa, dik. Aku tahu korang sebaya. Still. Panggil Hana ni kaklong since kesayangan abang ni dah jadi akak ipar kau. Tak bolehlah nak panggil macam kawan-kawan masa dip dulu. Nanti abang jeles." gurau Ameer masih tidak dapat menangkap suasana tegang antara Hana dan Haneef.
"Eleh kau bang. Over." Gurauan si abang di balas, namun gelaknya terasa sumbang.
"Bie, jom. Tu Tok ayah panggil." Ajak Hana tidak mahu terus-terusan berdepan dengan lelaki yang pernah merobek hatinya dahulu.
"Okay sayang. Dik, kau pergi makan. Abang nak kenal-kenal dengan family baru." Teruja Ameer berkata. Haneef hanya mengangguk kepala. Mata masih memerhati pasangan yang sudah berlalu meninggalkannya.
Hana meninggalkan Ameer meninggalkan berbual bersama saudara maranya. Hana pula menarik Sara sedikit menjauh dari para tetamu yang sedang menjamu selera.
"Kau kenapa ni? Lain macam je? Tadi molek je aku tengok." Tegur Sara apabila Hana melepaskan tangannya.
"Aku nampak Haneef." Kata-kata Hana mematikan pergerakan Sara yang meraba dahi Hana.
"Who?" suara Hana berubah serius. Dia cukup anti dengan manusia yang bernama Amri Haneef.
"Amri. Haneef."
"Gila! Apa dia buat kat sini? Tak habis-habis lagi nak susahkan hidup kau?" marah Sara.
"Dia."
"Kenapa dengan dia?" gesa Sara tidak sabar.
"Adik ipar aku." Sara menekup mulutnya yang sudah terlopong.
Gila! Kebetulan apa yang sedang berlaku?
"Takkan kau tak tahu?" soal Sara pelik.
"I didn't, until 10 minutes ago." Serius Hana menjawab. Tiada masa untuk bergurau dengan Sara waktu ini. Lama mereka berdiam memerhati wajah masing-masing.
"Chill. Sekarang kau dah sah pun jadi isteri Ameer. Haneef was your history, and Ameer, he's your future. Don't bother about Haneef. Focus on your sweet time knowing your husband. Orang tua-tua kata apa? Bercinta lepas nikah. Kan lebih sweet. Gituuuu.." meleret Sara menuturkan ayatnya sengaja tidak mahu Hana terus-terusan berfikir tentang Haneef. Bukan dia tidak tahu, Hana selalu cair bila berdepan dengan Haneef. Telefon Sara yang berbunyi memaksa Sara meninggalkan Hana seorang diri. Mahu menenangkan diri seketika kata Hana.
"Since when you dengan abang I?" soalan yang menyapa pendengarannya membuat Hana tertoleh ke belakang.
Bala!
Haneef melangkah mendekatinya. Hana melangkah ke belakang. Tidak mahu terlalu rapat dengan Haneef. Kalau dahulu, wajah bad boy ini yang selalu dirinduinya bagai nak gila setelah ditinggalkan dua tahun lalu. Namun, hari ini. Melihat wajah bad boy ini membuat dirinya berasa seakan sedang diancam.
"Since when Zara?" tegas Haneef mengulang kembali soalannya.
Hana bertindak mahu meninggalkan Haneef.
"You kenal I Zara. I tak suka bila I tanya, orang tak jawab." Haneef bersuara lagi.
"Since I sedar yang I cintakan Ameer Hadeef and he's the one that I need in my entire life." Tanpa menoleh lagi Hana meninggalkan Haneef. Dia perlu mencarikekuatannya semula. Ameer! Kenyataan yang baru diterimanya tadi terasa begitumembebankan untuk dihadam olehnya. Dia yakin dengan kata-kata Sara. Ameer adalah masa depannya. Yakin!
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
Storie d'amoreCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.