"Sayang! Tolong tengokkan Aryan. I nak buat susu sekejap." Jerit Ameer sebelum berlalu ke dapur.
Masuk kembali ke dalam bilik, Ameer melihat Hana sedang mendodoi Aryan dalam dukungannya.
"Dah tidur ke?" bisik Ameer perlahan.
"Almost." Bisik Hana hampir tidak mengeluarkan suara. Ameer meletakkan botol susu di atas meja. Sebelum menyertai Hana mendodoi anak mereka. Kepala Aryan diusap penuh kasih sebelum kepala anaknya itu dicium berkali-kali sehingga merengek Aryan dibuatnya.
"Kapten Star FC bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan." Baca Fariz kuat.
"Thanks, banyak-banyak. I'll take it as a congrats from you." Balas Hafiz Zulhaimy menerbitkan ketawa kuat dari mulut Fariz.
"Kau ni. Boleh tahan. Masa kontroversi kau tengah panas, sempat kau mengorat eh." Usik Fariz menggeleng kepala.
"Nak buat macam mana. Magnet dia kuat sangat. Nanti datang eh majlis." Balas Hafiz Zulhaimy menghulur kad jemputan miliknya.
"Hai. Awak apa khabar?" teguran itu membuat Hana menoleh.
"Alhamdulillah, sihat. Awak apa khabar? Datang dengan siapa? Dah makan?" Hana cuba membuang kekok.
"Saya datang dengan tunang. Dia tengah makan tu." Hana hanya mengangguk membalas kata-katanya.
"Oh, bila majlis?" tanya Hana mula selesa. Belum sempat dijawab pertanyaannya, Ameer sudah menggamit mereka.
"Sayang, Aryan nak you. Dia dah mengantuk ni. Dari tadi orang duk gomol dia." Selamba Ameer berkata seolah hanya ada Hana seorang saja di situ.
"Hana, ni kad. Nanti ajaklah suami datang. Saya nak teman tunang saya makan." Potong Syamir.
Hana mengangguk sebelum menyambut kad huluran Syamir.
Lengan Ameer di tepuk apabila melihat dia membuat muka meluat.
**Bella Amani dengan Hafiz Zulhaimy**
Hana hanya memerhati abang dan kakak iparnya di temu ramah oleh beberapa orang wartawan. Siapa sangka Bella Amani akan menjadi wanita yang di pilih Hafiz Zulhaimy untuk menjadi suri hatinya. Perkenalan mereka sejak menghadiri program bual bicara yang dikendalikan Bella Amani, hubungan mereka berterusan sehinggalah berlanjutan ke jinjang pelamin.
'Nasib kaulah abang Amy, memang tak boleh lari dari dunia populariti.' Bisik hati kecil Hana senang melihat senyuman bahagia Hafiz Zulhaimy dan Bella Amani.
Hati kecilnya mensyukuri segala apa yang telah dikurniakan untuk mereka sekeluarga. Lebih-lebih lagi selepas kehadiran baby Aryan. Ameer meluangkan lebih banyak masa dirumah, kes-kes baru juga banyak diserahkan kepada Fina dan Haziem. Sengaja dia mengambil peguam baru agar dia dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.
Hana pula sudah bertugas di syarikat milik arwah Haneef sebagai Network Engineer.Betullah kata orang.
'Every cloud has a silver lining.'
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
RomanceCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.