Bab 18

22K 514 15
                                    

"You cakap bahasa yang I tak faham. I'm not sure. Yang pasti you marah-marah. Then, you macam nak menangis pulak. You mimpi apa sebenarnya?" jelas Ameer penuh rasa ingin tahu.

Hana menggeleng kepala tidak mungkin dia akan menceritakan sejarah hubungannya dengan Haneef. Hana sendiri pelik bagaimana boleh bermimpi tentang Haneef, apatah lagi selepas bersama dengan Ameer. Tidak mahu membebankan fikirannya lagi, Hana merebahkan badannya kedada Ameer. Minta di peluk.

"Jangan tinggalkan I." sayu suara Hana seolah merayu. Bimbang dengan penerimaan Ameer perihal sejarah hubungannya dengan Haneef. pelukan dieratkan.

"Kenapa ni sayang? I tak boleh janji yang I tak akan tinggalkan you,." Kata-kata Ameer menyentap tangkai hati Hana. Terus pelukan dileraikan, mata Ameer di renung minta penjelasan.

"Kalau I pergi kerja, masuk mahkamah ke, pergi penjara ke, terpaksalah I tinggal you dekat rumah." Ketawa Ameer meletus setelah menghabiskan ayatnya. Hana yang sudah terkena menggigit geram bahu Ameeer.

"Aduh sayang, apa main gigit-gigit ni. Nanti I gigit you balik baru tahu." Ameer sudah melekapkan bibirnya di leher gebu Hana. Hana menggeliat kegelian. Suara azan menghentikan aktiviti mereka. Ameer meleraikan rangkulan dan bergerak mendapatkan tuala yang di sangkut di penyangkut sebelah katil.

"Jom mandi. Dah azan sayang." Ajak Ameer melihat Hana yang tidak bergerak dari katil. Namun huluran tangan Hana menggamitnya untuk duduk kembali di sebelah isterinya dan spontan menarik Hana ke dalam pelukannya.

"Am..... I nak tuala lah." Meleret Hana menjelaskan motif huluran tangannya tadi.

"Oh, I ingat you nak I" Ameer ketawa sendiri.

Sarapan pagi itu disediakan sendiri oleh Hana usai solat subuh berimamkan Ameer Hadeef.

"Awalnya pengantin. Tak penat ke?" Hafiz Zulhaimy yang baru masuk ke dapur sudah mula mahu mengusik adiknya.

"Sibuklah abang. Mana yang lain? Jom makan."

"Dah siap semua kan? Abang Amy panggilkan yang lain. Kau pergi panggil Am. Panggil je tau." Usikan Hafiz Zulhaimy dibalas dengan jelingan Hana.

"Rajinnya kakak masak. Kan bagus kalau hari-hari macam ni." sengaja Dikya mahu mengusik Hana.

"Eleh, sukalah tu orang masakkan nasi goreng tomyam favourite dia." Balas Hana.

"Ayah, ibu. Kalau Ameer bawa Hana balik rumah mama papa hari ni boleh? Ameer ada kerja sikit." Sopan Ameer meminta izin. Spontan Hana memandang Ameer. Ragu-ragu.

"Eh, boleh je. Dah jadi isteri kamu kan." Encik Zamri bersuara.

Hana masuk ke bilik, kelihatan Ameer sedang mengemas pakaian.

"Eh, kenapa kemas? Biar I buat." Tangan Ameer yang sedang memasukkan pakaian ke dalam beg di tarik lalu tangannya menyambung kerja Ameer tadi sambil diperhatikan Ameer.

"Kita nak balik berapa hari Am?" pertanyaan Hana memecahkan kebisuan diantara mereka.

"Malam ini kita tidur rumah papa, esok balik rumah kita." Ameer masih memerhatikan Hana menanti reaksi isterinya. Diam. Hana masih tekun menyelesaikan kerjanya sebelum tangannya terhenti dan menatap wajah suaminya beriak seperti biasa.

"Rumah kita?"

"Yela, rumah kita. I dah beli, cuma jarang duduk situ sebab I malas nak duduk seorang. Since I dah ada you, I tak nak duduk rumah papa atau rumah ayah. Kita duduk sendiri. Boleh?"

"Tempat isteri kan disisi suami?" balas Hana diiringi senyuman ikhlas. Ameer mengangguk tanda setuju.

"Am, boleh tak you izinkan I kerja?" ragu-ragu Hana bertanya.

Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now