Bab 4

24.3K 683 21
                                    

"Bro, lama gila. Pergi mengorat eh?" Syamir menegur kelewatan Ameer.

"Taklah. Client call tadi. Itu yang lama tu." Alasan entah logik entah tidak di berikan Ameer.

Ameer berbual seperti biasa dengan rakannya yang lain.



"Gila!"

Benar. Dia memang gila. Tidak pernah lagi dia bertingkah seperti itu. Sedangkan menjalin hubungan cinta bersama Haneef selama empat tahun pun mereka tidak pernah sejauh itu. Bukan Haneef tidak pernah cuba menciumnya. Namun, imannya masih kuat menghalang perkara itu. Tegas Hana mengatakan, bercinta dengannya ada undang-undang iaitu dia perlu dihormati selayaknya seorang wanita.

Tetapi kenapa bila dengan Ameer semua prinsip dan undang-undang cintanya seakan hilang? Dia membiarkan Ameer menciumnya, pada pertemuan kali kedua! Dan yang paling teruk, dia turut membalas ciuman itu. Apa dah jadi pada dirinya?

Hana tertanya-tanya dengan apa yang perlakuannya tadi.

"Apa yang gila? Betullah jalan aku, mamat tu yang gila tiba-tiba nak hon-hon orang" getus Sara.

"Mamat mana?" Jauh sungguh fikirannya melayang sehingga tidak sedar mereka sudah pun sampai ke kawasan perumahan Sara.

"Kau cakap pasal apa ni? Pasal mamat kereta satria tu kan?" soal Sara pelik.

"Haaa. Haah. Yelah." Tidak mahu tertangkap tidak memberi perhatian. Hana hanya melayan saja bebelan Sara walaupun tidak diketahui hujung pangkal perbualan mereka.



Perlawanan persahabatan antara Star FC dengan Vie FC dari Vietnam semakin hampir iaitu minggu hadapan saja. Hana masih tercari-cari teman untuk di ajak pergi menonton perlawanan penting abangnya itu. Biasanya Sara setia menemani walaupun Sara tidak meminati sukan itu. Tapi, hari perlawanan itu Sara perlu menguruskan vendornya pada Festival Fashion Online yang dianjurkan oleh di Johor Bahru. Terpaksalah Hana mencari teman lain, kerana abangnya tidak akan membenarkannya menonton perlawanan di stadium berseorangan.

'Adik Ya dah balik asrama. Ayie pulak jauh nun kat Ireland'


Situasinya sekarang mengingatkannya kepada Haneef. Pernah dia mengajak Haneef menemaninya menonton perlawanan abangnya namun ditolak mentah-mentah dengan alasan tidak meminati sukan tersebut. Malah, mereka pernah bergaduh teruk disebabkan bola.

Hatinya sebak mengenang kisah cinta mereka yang terkandas pada tahun keempat iaitu pada tahun pertama Haneef di Australia untuk menyambung pendidikannya di peringkat Master. Betul kata Ayie, 'long distance relationship is suck!'

Hubungan mereka kian renggang apabila Haneef sering memarahi Hana yang berjinak-jinak dengan dunia modeling ketika itu. Hana menjadi model sambilan untuk produk-produk online atas dasar suka-suka, pada awalnya dia hanya menolong perniagaan Sara yang menjual pakaian rekaannya secara online. Tidak disangka disitulah permulaan kariernya sebagai model. Walaubagaimanapun, ibu dan ayahnya tidak menghalang tetapi menegaskan bahawa pendidikannya harus diberi keutamaan. Hana juga telah membuktikan keputusannya adalah tepat apabila dia mendapat ijazah kelas pertama, begitu juga dengan Sara. Punca kepada dirinya terjun dalam bidang modeling. Sara sekarang sudah menjadi pereka fesyen untuk jenamanya sendiri dan Hana pula menjadi model yang semakin meningkat naik.

Hana sedar dia perlu move on. Hubungannya dengan Haneef juga sudah hampir dua tahun berlalu. Namun, hatinya masih sakit kesan perbuatan Haneef. Disebabkan Haneef juga, Hana menolak beberapa lelaki yang mahu mendekatinya, termasuklah Syamir.


Malam perlawanan persahabatan antara Star FC dan Vie FC tiba juga. Hana membuat keputusan untuk menonton seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Malah, dia tidak memberitahu Hafiz Zulhaimy mahupun ibu dan ayahnya untuk pergi bersendirian. Hana nekad.

Di stadium Hana hanya fokus pada perlawanan. Hana turut bersorak bersama penyokong Star FC apabila abangnya menjaringkan gol. Hana tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Dia hanya fokus pada perlawanan dan abangnya. Hana mula tidak senang duduk apabila Hafiz Zulhaimy mengalami kecederaan akibat pertembungan yang berlaku dengan pasukan lawan ketika menyelamatkan bola dari masuk ke gawang gol. Kelihatan darah yang mengalir dari mulut Hafiz Zulhaimy dari skrin besar membuatkan Hana berdiri.

Hafiz Zulhaimy pula seolah dapat merasakan kebimbangan adik dan penyokongnya menunjukkan ibu jari tanda dia baik-baik sahaja kepada kamera. Selepas rawatan diberikan, dia kembali bermain seperti biasa hingga tamat perlawanan. Hana mula fokus kembali kepada perlawanan persahabatan itu setelah melihat abangnya bermain kembali. Perlawanan sengit itu diakhiri dengan kemenangan bagi pihat Star FC dengan jaringan sebanyak lima gol berbalas tiga. Dan tiga daripada lima gol itu dijaringkan oleh kapten Star FC iaitu Hafiz Zulhaimy.

Hana menunggu hingga stadium lengang barulah dia mula beredar. Dia memberikan isyarat bagus menggunakan ibu jarinya kepada pasukan Star FC atas kemenangan mereka. Hafiz Zulhaimy pula memberi isyarat supaya Hana masuk ke padang. Hana tidak mahu melepaskan peluang. Dia mahu meraikan kemenangan itu bersama dengan abangnya. Hana mula memasuki padang sehinggalah dia menggamit abangnya. Kerana terlalu teruja Hana memeluk abangnya erat. Bukan tak biasa peluk adik-beradik sendiri. Hana turut mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan. Hana turut bersorak meraikan kemenangan bersama dengan Star FC.

Tanpa disedari, ada mata yang memerhatikan perlakuan mereka.


Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now