Program bual bicara 'Cakap Bola, Makan Bola, Tido Bola' yang di kendalikan oleh pengacara yang sedang meningkat naik Bell Amani itu berjalan dengan lancar tanpa sedikit pun soal kontroversi Amy di sentuh sehinggalah ke akhir rancangan. Pihak stesen televisyen itu bersikap professional dengan mengikut rancangan asal seperti yang telah di schedule.
"Pemain jemputan kita yang tengah hot ini ada apa-apa yang nak di sampaikan? Sebelum kita tutup tirai kita pada mala mini?" soal Bella Amani terhadap Amy.
"Okay, first thing firsts, I want to thanks all of football supporter yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan kami. And, keep supporting us. Lastly, I want to clear things about something that came out few days back..." Amy berjeda seketika.
"Model yang di kontroversikan dengan saya dengan saya, actually is my sister. My blood sister. Saya harap para netizens tak serang atau bash adik saya. "
Program bual bicara itu berakhir dengan jayanya, Hafiz Zulhaimy berharap dengan keterbukaannya tadi sedikit sebanyak mampu melindungi Hana.
"Hana. Kau tak nak cari kerja ke?" soal Hafiz Zulhaimy ketika mereka bersantai pada petang Isnin itu.
"Kerja? Modelling tu?" soalan abangnya Hana balas kembali dengan soalan.
"I know. I mean, kerja tetap. Kau betul ke nak jadikan modelling as your lifetime career? I thought you took it as your hobby?"
"Taklah. Hana tak nak jadikan modelling sebagai lifetime career. Trauma," cukup penjelasannya sampai di situ.
Hana tahu, abangnya mahu dia berhenti dari kerjayanya sekarang. Malam kelmarin, ibu dan ayahnya juga menyuarakan benda yang sama. Hana tahu mereka risau dengan keadaannya. Lebih-lebih lagi selepas kes serangan peminat fanatik Hafiz Zulhaimy menyerangnya. Walaupun ramai peminat abangnya yang meminta maaf di akaun instagramnya, dia masih takut untuk keluar bersendirian.
"Baguslah. Gunalah ijazah yang kau ada tu. Jangan perap je bawah katil. Kesian ibu dengan ayah nak tengok kau jadi Network Engineer. Abang nak kau jadi contoh yang baik untuk Ayie dengan Dikya. Abang ni, bukan ada apa yang boleh jadi contoh untuk adik-adik. So, abang harap kaulah yang jadi contoh untuk adik-adik" sayu kedengaran nasihat Hafiz Zulhaimy.
Hana menyandarkan kepalanya di bahu Hafiz Zulhaimy. Air mata yang bergenang diseka, tidak mahu abangnya menyedari perubahan emosinya. Hana memang cukup kalah apabila Hafiz Zulhaimy mula memberi nasihat. Walaupun, abangnya selalu melakukan yang terbaik untuk adik-adiknya, tetapi Hafiz Zulhaimy tetap merendah diri.
"You're the best abang we've ever had. You're our role model. Trust me." Pelukannya dieratkan. Tiba-tiba terasa kepalanya ditolak-tolak dengan bahu Hafiz Zulhaimy.
"Ayat nak mintak belanja ke ni?" tidak mahu tenggelam dalam emosi Hafiz Zulhaimy segera menukar nada suara kepada mode menyakat.
"Eleh, mulalah nak kedekut dia tu. Dahlah tak nak amik GT-R. Menyampah!"
"Okay apa Audi TT."
"Apa lah abang Amy ni.."
"Tak ada 'abang Amy ni'. Suka hati abanglah. Haaa. Nak abang belanja kan? Hujung minggu ni abang belanja kat Hotel Palace of The Golden Horses. Ada bran?" Hafiz Zulhaimy menjungkit kening ala-ala Ziana Zain.
"Serius ni? Nak! Nak! Nak!" teruja Hana mendengar nama hotel gah tersebut. Bukan selalu abangnya nak belanja tempat mahal begitu.
"Okay. Tak boleh tarik balik ayat tu. Nah." Surat jemputan ke 'SportNight Dinner' iaitu acara sambutan kemenangan Star FC diletak ke atas meja depan Hana. Kakinya pula terus melangkah meninggalkan adiknya.
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
RomanceCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.