Keesokan harinya, tidur Hana diganggu dek ketukan pintu biliknya yang bertalu-talu. Malas mahu memberi respon. Hana menyambung tidurnya. Semalaman dia cuba untuk tidak memikirkan tentang remaja yang menyerangnya. Hasilnya. Gagal. Akhirnya, lepas subuh baru dia terlelap. Jadi dia memang malas mahu melayan gerangan di balik pintu itu. Jam dikerling sekilas.
'Apa Abang Amy nak pepagi ni. Baru pukul 8.30 kot.'
"Hana! Kau buka pintu ni. Kau tak buka abang pecah pintu ni." Suara Hafiz Zulhaimy yang kedengaran tegang itu menyentak Hana dari mamainya.
"Amy, kenapa ni. Cuba cakap elok-elok" kedengaran suara ibu pula.
Hana mula tidak sedap hati dengan apa yang di dengarnya.
'Kenapa Abang Amy macam marah sangat ni?' Hana berteka-teki sendiri.
Baru diputar kunci biliknya, pintunya dirempuh oleh Hafiz Zulhaimy. Terkejut Hana melihat abangnya yang berpakaian jersi bola pasukannya lengkap dengan stoking bola. Sepatutnya waktu-waktu begini Hafiz Zulhaimy berada di atas padang, berlatih bersama pasukannya.
"Kenapa Hana tak cakap dengan abang ada orang serang Hana sebab abang?" merah muka Hafiz Zulhaimy.
Bergenang mata Hana ditengking sebegitu dengan Hafiz Zulhaimy. Tidak menyangka reaksi abangnya akan sebegini. Selama ini, Hafiz Zulhaimy lah yang paling tenang menghadapi apa-apa masalah sekalipun. Menggigil tangan Hana seakan trauma mengingatkan kembali peristiwa ditambah pula dengan kemarahan abangnya. Menitis laju air matanya.
"Hana, kenapa ni sayang? Ibu tak faham kenapa Amy nak marah-marah adik macam ni. Cuba tanya elok-elok. Kesian adik kamu" Puan Hasnah menepuk-nepuk bahu Hana agar anaknya itu tenang. Risau hati seorang ibu melihat keadaan anak-anaknya. Yang si abang marah-marah tiba-tiba. Si adik pula tetiba menangis.
Rasa bersalah mula timbul melihat Hana yang mula teresak. Hafiz Zulhaimy sebenarnya marah dengan dirinya sendiri, kerana dirinya adiknya yang menjadi mangsa. Marah dan kecewa dengan diri sendiri buat Hafiz Zulhaimy hilang kawalan.
Lantas Hana ditarik kedalam pelukan.
"Sorry. Abang Amy bukan marah Hana. Abang marah diri abang sebab tak pandai jaga adik." Suara Hafiz Zulhaimy mula kendur malah menimbulkan kesedihan di kalangan keluarga kecil itu. Puan Hasnah yang tidak mengetahui apa-apa juga sebak mendengar kata-kata Hafiz Zulhaimy. Bukan dia dan suami tidak tahu, anak sulung mereka ini sememangnya seorang yang protective, pantang orang sentuh adik-adiknya. Hatinya mula mengesyaki ada sesuatu yang telah berlaku kepada Hana tetapi disembunyikan daripada pengetahuan mereka sekeluarga.
"Apa perempuan tu buat kat adik abang ni? Abang Amy tak suka orang buat adik abang macam tu. Abang sedih, sebab abang takde nak tolong adik" semakin lebat tangisan Hana.
"Hana tak tahu. Dia tiba-tiba je datang serang Hana. Dah balik baru Hana tahu kenapa. Itu sebab Am bagitahu." Ujar Hana mengongoi dalam dakapan Hafiz Zulhaimy.
Mendengar ayat Hana membuat Hafiz Zulhaimy menarik kedua lengan Hana. Pelik.
"Siapa?"
"Kan orang dah cakap tadi. Tak kenal langsung."
"Bukan. Siapa yang beritahu Hana tadi?" Hafiz Zulhaimy memberi pandangan penuh curiga.
"Mana ada orang sebut nama sesiapa. Memandai je abang Amy ni bu." Hana cuba menutup keterlanjuran kata-katanya tadi.
"Ibu. Abang macam ada bau nasi minyaklah ibu." Sakat Hafiz Zulhaimy sambil menggerakkan hidungnya kearah Hana.
"Mana ada! Ibu! Tengok Abang Amy. Suka macam tu"
"Eh, yelah. Bukan bau nasi minyak tapi bau orang langkah bendul. Kan bu." Makin galak Hafiz Zulhaimy menyakat adiknya. Tenang sedikit hatinya melihat Hana sudah boleh dibawa bergurau. Melihat mata adiknya yang bengkak itu menimbulkan rasa bersalah di sudut hatinya.
Di dalam bilik persalinan pemain:
"Kapten, coach kata hari ini training akan ada orang luar pantau." Ujar Fariz, penjaga gol Star FC.
"Okay, thanks sebab inform awal. Kau join yang lain warm up dulu." Ujar Hafiz Zulhaimy yang sedang leka bermain telefon. Baru mengangkat punggung untuk menyertai ahli pasukan di padang, telefon bimbitnya berbunyi notifikasi dari aplikasi Instagram. Hati Hafiz Zulhaimy tergerak untuk melihat notifikasi itu.
Terkejut bukan kepalang, apabila dia mendapat Direct Message dari seseorang yang menyatakan dia merupakan peminat Hafiz Zulhaimy dan baru mendapat tahu tentang kontroversi yang melandanya. Namun, si peminat itu turut mengirim rakaman video yang jelas menunjukkan Hana diserang oleh seorang wanita, tangannya mula menggigil kerana marah apabila melihat perlakuan wanita itu terhadap adiknya. Lebih menyakitkan apabila mendengar semua ayat yang keluar daripada mulut wanita itu. Namun dia bersyukur ada seorang lelaki yang membela adiknya walaupun sekadar kelihatan belakang badannya sahaja. Mendengar semua pembelaan lelaki itu cukup membuat Hafiz Zulhaimy berterima kasih dengan kemunculannya.
Hafiz Zulhaimy bersyukur apabila video itu hanya dikirim kepadanya dan dia meminta agar si pengirim tidak menyebarkan video tersebut. Namun, kemarahannya tidak dapat di kawal apabila dia mula melihat Instagram milik adiknya. Ramai yang mengutuk malah ada yang menghina Hana, membuat dirinya kecewa. Popularitinya telah melukai adiknya sendiri.
Walaupun Hana merupakan seorang model sambilan yang sedang meningkat naik. Mereka berjanji mahu tidak mahu terkait dengan populariti masing-masing.
Hati Hafiz Zulhaimy sakit seolah dia gagal menjaga Hana. Satu-satunya adik yang ada di hadapan matanya.
'Kalau adik yang depan mata pun kau tak dapat jaga, apatah lagi adik-adik yang berada jauh dari pemerhatian kau.' Kata-kata itu seringkali bermain di fikiran Hafiz Zulhaimy.
Lantas, dia mengambil keputusan untuk melihat keadaan adiknya menggunakan matanya sendiri. HafizZulhaimy tahu Hana tidak mungkin bercerita masalahnya kepada ibu atau ayahmereka. Lebih-lebih lagi masalah yang berkaitan dengan populariti mereka. HafizZulhaimy yakin Hana memerlukannya sekarang. Sejurus itu, Hafiz Zulhaimymembuat keputusan untuk terus pulang, hendak meneruskan latihan pun diasudah tiada hati.
YOU ARE READING
Undang-Undang Cinta ✔
Roman d'amourCinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.