Bab 26

19.5K 522 6
                                    


"Sayang!" Ameer menggamit Hana yang duduk tersandar di dinding. Wajah yang ditekap ke lutut itu di tarik. Tangisan Hana semakin lebat melihat Ameer di depannya dengan darah yang mengalir di tepi bibir. Hana terus meluru masuk ke dalam pelukan Ameer.

Setelah tangisan Hana mereda, Aneer menarik kepala isterinya, mahu menatap wajah itu.

"Sayang, Am minta maaf sebab lambat pick up sayang. I'm so sorry sayang." Lirih suara Ameer mengucup kepala Hana berkali-kali.

Hana hanya menggelengkan kepala. Betapa dia bersyukur dengan kehadiran Ameer.

Ameer membuka blazer nya sebelum menyarung tubuh Hana yang sudah terdedah. Pilu hatinya melihat bahu dan leher isterinya sudah merah tanda dikasari. Tubuh Hana dibelek lagi jika ada luka dimana-mana, namun gerakan tangannya dihentikan Hana.

"Sorry. I tak pandai jaga diri I untuk you" runtuh lagi air mata Hana.

"Tak sayang, I yang patut minta maaf sebab I tak pandai jaga you. Maaf." Balas Ameer menarik Hana ke dalam pelukannya, bahu Hana ditepuk perlahan cuba memberi ketenangan.

"Nak pergi klinik?" Hana hanya menggeleng kepala sebagai jawapan. Ameer mengangguk sebelum memapah Hana untuk bangun dan didudukkan ke sofa di ruang menunggu sebelum berlari ke bilik Hana untuk mengambil selendang isterinya.

Hana hanya memerhati perbuatan Ameer yang memakaikan selendang di kepalanya sebelum membetulkan kedudukan blazernya di tubuh Hana. melihat sikap Ameer buat Hana terharu, walaupun Haneef telah cuba mencabulnya, Ameer tetap melayannya dengan baik. Hana memeluk Ameer menyembunyikan wajahnya di wajah Ameer. Ameer hanya membiarkan sambil memapah isterinya ke kereta.



Sampai di rumah Ameer membawa Hana ke bilik sebelum menyediakan air mandian untuk isterinya.

Ameer membawa Hana ke bilik mandi sebelum membukakan pakaian Hana. Ameer terkejut apabila tangannya yang baru mahu membuka seluar Hana ditepis kuat. Ameer mengangkat kepala, wajah Hana ketakutan.

"Sayang, easy sayang. I Ameer Hadeef, your husband. You're safe now. Trust me." Pujuk Ameer. Bahu Hana mula turun tanda ketegangannya beransur pergi. Melihat Hana yang mula terpujuk Ameer meneruskan perbuatannya yang terhenti tadi. Hana diarahkan masuk ke tab mandi. Hana hanya diam memerhatikan setiap perbuatan Ameer yang sedang memandikannya dengan penuh berhati-hati. Selesai mandi dan berbilas, Ameer mula mengelap tubuh Hana sebelum memakaikan pakaian untuknya.

"I mandi sekejap, then kita solat?" Ajak Ameer teragak-agak apabila melihat isterinya seperti patung bernyawa sejak tadi. Hanya menurut tanpa mengatakan apa-apa.

Hana hanya menganggukkan kepala.

Ameer bergerak ke arah almari pakaian untuk menyarung pakaian bersih sebelum membentang sejadah untuk menunaikan solat sementara Hana hanya duduk di birai katil, masih sama seperti Ameer tinggalkan tadi.

"Sayang?"

Diam.

"Hana?" tegur Ameer lagi. Namun, Hana masih membisu seperti tadi, seolah berada di alam lain. Lantas Ameer mencuit sedikit bahu Hana yang berlapik baju, masih mahu menjaga wuduk. Namun lain pula reaksi Hana apabila menepis kuat tangan Ameer, namun apabila melihat wajah Ameer yang terkejut Hana segera mendatangi Ameer sebelum memeluk Ameer dengan erat.

"Sorry, I tak sengaja. I terkejut." Hana rasa bersalah kerana terbawa-bawa bayangan perbuatan Haneef terhadapnya.

"It's okay sayang." Ameer mengusap belakang Hana. Dahi Hana dikucup berkali-kali apabila sedar yang Hana sudah membatalkan wuduknya.

"Kita solat dulu?" Ameer mengajak isterinya apabila tersedar waktu maghrib yang sudah semakin tiba ke penghujungnya.

Hana meleraikan pelukannya sebelum berlalu untuk mengambil wuduk.

Sementara menunggu waktu isyak, Ameer memberi sedikit tazkirah berharap dapat memberi semangat untuk isterinya setelah apa yang berlaku petang tadi.

"I tahu bukan lelaki yang baik. Tapi I masih berusaha untuk berubah kearah kebaikan itu. I harap I boleh bawa you sekali ke arah itu." Mukadimah Ameer membuat Hana memberikan perhatian kepada suaminya itu.

Hana memberi sepenuh perhatiannya terhadap penyampaian Ameer, sehinggalah dia mendengar satu ayat yang keluar dari bibir itu sungguh menyentak kesedarannya.

"...Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-Nya. Oleh yang demikian, kita sebagai hamba-Nya mesti berbaik sangka dengan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada kita. Sesungguhnya, Allah memberi ujian kepada kita sebagai tanda kasih dan sayang Allah kepada hamba-Nya. Seperti yang telah di sebut dalam ayat Al Baqarah:286, "Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya....."

Bagai dihentak dengan batu besar, Hana tersedar bahawa apa yang telah berlaku merupakan ujian untuk dirinya dan Ameer. Tazkirah Ameer sungguh terkesan di hatinya. Sehinggalah mereka menunaikan solat isyak.


"Bie, I'm sorry." Ucap Hana selesai solat isyak.

"You okay sayang?" soal Ameer pelik.

'Dah okay lah tu, dah boleh panggil bie.' Ameer menghembus nafas lega.

"Betullah abang Amy cakap, Ameer Hadeef adalah lelaki yang Allah kirim untuk seorang Hana Zaharah. Terima kasih sebab hadir dalam hidup I. I love you so much bie." Hana memeluk erat suaminya sebagai tanda terima kasih.

"Alhamdulillah. You pun. Terima kasih sebab terima I. I love you more sayang. Semoga Allah lindungi hubungan kita sampai ke syurga. All the thing we need is to trust each other." Ameer mengeratkan pelukan.

"So, you nak cerita what had happened today?" Ameer cuba mengorek cerita dari Hana.

Mendengar cerita isterinya Ameer genggam penumbuk. Terasa dikhianatioleh adik sendiri. Tidak mungkin dia akan melepaskan isterinya untuk Haneef,dan tidak mungkin juga Ameer mahu membiarkan hubungannya dengan Haneef terus keruh. Ameercuba menggunakan logik akalnya untuk membuat keputusan dengan waras. 

Undang-Undang Cinta ✔Where stories live. Discover now